Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Namun ada masanya, kita tidak dapat mengawal amarah itulah yang dilepaskan pada anak-anak. Tetapi cepat-cepat tersedar dan mula rasa bersalah kan.
Mungkin faktor tekanan baik kerja mahupun sekeliling membuatkan kita tidak dapat mengawal diri. Ditambah pula dengan karenah anak-anak membuatkan mudah nak naik angin.
Bagi pelakon terkenal, Saharul Ridzwan dalam satu perkongsian di laman instagramnya, dia bercerita mengenai situasi di mana tanpa sengaja memarahi anak sulungnya.
Selamat pagi anak Baba. Sorry marah2 Ali 😘
.
Kesian Ali, minggu lepas selalu dia kena marah dengan Baba. Kadang2 sebab kita stress and busydengan sesuatu benda, kita tak perasan terlepas marah tu dekat anak. Anak datang nak main, kita cakap, Nantiii! Jangan kacau! Dah anak merajuk dengan kita barulah terkial2 nak datang peluk. 😭
Kawan kawan, agak2 kita ni selalu marah anak or isteri kita, cepat2 lah kita mintak maaf, peluk orang yang kita sayang. Tanpa doa dari dorang ni kan, mungkin itu pun akan sekat sesetengah rezeki kita.
Ali nangis sampai sedu2 kadang2 bila kena marah, sudahnya Baba pulak berair mata bila tengok anak tak sihat lepas tu. Sayang family kita, baru Allah sayang kita ❤️
View this post on Instagram
Perkongsian dari Saharul itu turut dipersetujui oleh warganet. Ada yang berkongsi pengalaman sendiri.
Sumber: saharulridzwan