“Nak Malu Apa, Aku Bukan Mengemis Mintak Duit Orang…”Tukar Duit Syiling Ke Kedai Untuk Tampung Belanja. Suami Ni Kongsi Pengalaman!

Share

Realiti hidup ada pasang surutnya, sekejap kita berada di zon selesa terkadang diuji dengan pelbagai masalah, begitu juga dalam kehidupan rumah tangga. Tentunya setiap kita ada jalan ceritanya yang tersendiri.

Umpamanya perkongian daripada Firdaus Shakirin ini, ada sahaja usahanya untuk memastikan perbelanjaan keluarga dapat dilunaskan dengan caranya yang tersendiri. Bahkan dia menyatakan, “Nak malu apa, kita bukan mengemis mintak duit orang…”

Ikuti perkongsiannya di sini.

Saya penah ke satu kedai makan ni, saya tanya kedai tu, nak tukar duit syiling tak…dia tanya balik, ada banyak ke…saya kata dalam 100 mungkin, tapi saya tak kira lagi…dia kata boleh, bawak mai…

Saya balik, saya kira…dapat dalam 75 ringgit, terus bawak pergi kedai tu…dia bagi duit kertas 75 ringgit…saya balik, saya letak dalam beg isteri 50, dompet saya 25…
Gaji seminggu lagi…

Masa kira duit syiling, wife tanya, duit tak cukup ka…nak dia ambik duit simpanan tak…

“Tak apa, jap lagi abang tukar duit syiling ni, ada la duit belanja…”

Dari anak sorang sampai anak 3 penah buat macam tu…benda tiba-tiba yang tak dijangka macam susu habis, pampers habis, bila tengah bulan kita pergi beli, terus bajet jadi lari…saya cakap kat diri sendiri,

“Nak malu apa, aku bukan mengemis mintak duit orang, pinjam sana sini, gadai barang kemas bini…”

Tanya kedai nak duit syiling ke tak ja pun…tu pun ada ketika time tanya, orang tengok lain macam…kadang-kadang ada jugak kedai yang tak nak, terpaksa pergi kedai lain…untuk bagi anak bini makan, tak dan langsung nak pikir tentang malu…

Kalau bergantung harap sepenuhnya pada duit bini, bleh la nak malu…ini duit syiling sendiri, hasil tabungan sendiri…

Sampai sekarang saya simpan duit syiling…nampak banyak ja, kira dan letak tepi…pastu menabung lagi…nanit time sesak, time perlu untuk tukar, baru saya tukar…

Susah dalam alam perkahwinan ni, lain orang, lain kesusahannya…ada yang smpai kena gadai barang kemas, ada yang smpai pinjam duit kawan, ada yang sampai ikat perut tak makan…tapi, kita laki bini atak adanya nak bagi tahu semua orang kita ni tengah sesak, tengah susah…Kita berdua ja yang tahu…

Takat mana yang kita ada, kita cuba ikhtiar guna untuk dapat duit belanja…ada sorang kawan ni, dia cagar telefon kat member, kalau dia tak dapat bayar, ambik la telefon dia tu.

Janji ada duit nak bagi anak bini makan…sampai tera tu…tak pernah rasa? Untunglah…kalau penah rasa, maka itu cuma sebahagian daripada perjalanan alam rumahtangga kita sebagai suami dan isteri…ke depan ni, macam-macam cabaran lagi…

Semoga kita tabah menghadapi…InsyaAllah…

Meninjau di ruangan komen, ramai berkongsi pengalaman hidup dan menjadikan amalan menanbung duit syiling sebagai kelaziman.

Sumber : Firdaus Shakirin

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club