“Teringinnya nak makan durian?” Ayat-ayat sebegini selalu kita dengar dari ibu hamil. Soalnya bolehkah ibu hamil makan buah durian?

Walaupun tinggi dengan khasiat, terdapat banyak spekulasi berkenaan sama ada selamat ke untuk wanita hamil makan durian.

Sebenarnya, tidak terdapat bukti saintifik yang menyokong dakwaan tersebut. Wanita yang sedang hamil boleh memakan durian memandangkan buah ini mempunyai kandungan vitamin, mineral selain ciri-ciri antioksida.

Satu cawan buah durian (243 gram) sama ada jenis segar atau sejuk beku, mengandungi sekitar 357 kalori. Ia turut mengandungi sebanyak 66 gram karbohidrat, 13 gram lemak dan 3.6 gram protein.

Malah, buah durian juga mempunyai sifat antibakteria, antikulat yang menjadikan ia selamat untuk dimakan walaupun anda sedang hamil.

Namun begitu, ia tidak boleh diambil sesuka hati tanpa kawalan. Pengambilan buah durian secara berlebihan juga boleh memberikan kesan negatif kepada ibu hamil.

Nak Makan Durian Tapi Risau ‘Panas’, Ini Panduan Untuk Ibu Hamil

Khasiat makan durian ketika hamil
Terdapat beberapa khasiat atau manfaat wanita hamil makan durian yang ramai tidak tahu. Antara khasiat tersebut ialah:

1. Melegakan anemia
Anemia merupakan sejenis keadaan penyakit yang mengurangkan kadar hemoglobin dalam darah. Apabila anemia berlaku, ia boleh menyebabkan keletihan, insomnia dan sakit kepala.

Dalam kalangan wanita yang sedang hamil, anemia berisiko menyebabkan kecacatan dan kematian kepada janin di dalam kandungan.

Buah durian memiliki kandungan asid folik yang sangat tinggi. Untuk makluman anda, asid folik diperlukan bagi menghasilkan hemoglobin dalam darah. Pengambilan buah durian sekali gus dapat mengelakkan anemia dalam kalangan ibu yang sedang hamil.

Nak Makan Durian Tapi Risau ‘Panas’, Ini Panduan Untuk Ibu Hamil

 

2. Memelihara otak dan tulang belakang bayi

Selain itu, durian juga tinggi dengan kandungan folat. Folat amat penting bagi wanita yang sedang hamil kerana ia menggalakkan pertumbuhan tisu badan selain memelihara kesihatan otak dan tulang belakang bayi dalam kandungan.

3. Kaya dengan serat pemakanan
Ramai ibu hamil sering mengalami masalah sembelit akibat perubahan hormon dalam badan. Durian boleh bertindak sebagai julap semula jadi dan membantu dalam penyingkiran bahan kimia berbahaya daripada usus.

Ia juga memastikan membran mukus dilindungi memandangkan kandungan serat boleh mengurangkan tempoh pendedahan kepada toksin.

4. Durian memiliki antioksida
Bukan hanya vitamin dan mineral, tetapi buah durian juga memiliki unsur zink, triptofan dan organo-sulfur yang mempunyai kesan antioksida.

Antioksida akan membantu melindungi ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan daripada radikal berbahaya dan juga bahan-bahan pencemar.

Nak Makan Durian Tapi Risau ‘Panas’, Ini Panduan Untuk Ibu Hamil

 

5. Kaya dengan mineral
Tiada masalah jika wanita hamil makan durian kerana buah durian juga kaya dengan mineral penting. Antara mineral yang terdapat dalam buah durian ialah seperti zat besi, mangan, magnesium dan juga tembaga.

Mineral-mineral ini sangat bermanfaat kepada wanita hamil kerana ia boleh membantu meningkatkan aliran darah kepada janin.

Siapa yang perlu elak makan durian ketika hamil?
Terdapat beberapa golongan atau kelompok wanita yang perlu mengelakkan diri daripada makan durian ketika hamil. Antaranya ialah:

* Wanita hamil yang obes
* Wanita hamil yang mempunyai diabetes gestasi
* Wanita hamil yang mempunyai sejarah keluarga dengan diabetes
* Wanita hamil yang berada dalam trimester ketiga

Secara amnya, wanita hamil dibolehkan dan selamat untuk makan durian jika mereka mahu. Namun, jumlahnya perlulah dikawal dan sebolehnya makanlah dengan jumlah yang sedikit.

Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Sumber: Hello Doktor

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI