Antara bentuk derhaka anak anak di hari raya adalah, kita biarkan mak kita yang dah tua nak mati itu bersusah payah masak didapur, kita laki bini membungkang tidor tak ingat dunia. Bangun bangun, terus cari makan isi tembolok kita macam tuan besar.
Itu menunjukan kita tidak berperibadi islam. Tidak beradab. Dan tidak berakhlak islam. Kalau tak malu pada ibu ayah, malulah pada Allah.
JANGAN ‘HAMBA’KAN MAK AYAH DI HARI RAYA
Orang dulu dulu, anak anak perempuan dan lelaki amat menjaga adab dan rasa malu bila berkunjung dan berziarah kerumah orang tua.
Awal pagi dah bangun, kemas tempat tidur, mandikan anak anak dan memasak serta membantu ibu ayah di dapur. Terkadang melarang ibu mereka memasak dan malah merekalah yang memasakan untuk ibu mereka kerana itulah masanya mereka berbakti untuk ibu ayah.
Kebanyakan anak anak sekarang sudah tak macam dulu. Mereka hilang malu. Dan malu sudah tiada dalam akhlak mereka. Mereka hanya malu buka aurat saja tapi tidak malu membuka pekung akhlak buruk mereka dihadapan orang tua.
Malah ada yang bangun lambat dan tak semayang subuh pun. Tempat tidur berselerak. Anak anak mereka yang bangun pagi dibiar macam anak anak ayam kelaparan. Ibu ayah merekalah yang kelam kabut nak uruskan makan minum kencing berak anak anak mereka. Zalimkan?
Jangan dihairankan! Di mana mana pun kita pergi, kita akan jumpa situasi ini dan species anak anak yang begini. Malah terkadang berlaku dalam keluarga kita sendiri. Itulah akhir zaman.
Mak ayah bukan tak nak tegur, tapi takut nak menegur kepada anak anak. Takut ditengking anak anak. Maklum lah anak anak dah bagi duit raya pada mak ayah. Kalau ditegur nanti, mencukalah muka anak anak menantu dan tak nak balik lagi. Mak ayah pun takut kena gossip oleh anak anak menantu mereka bila anak anak menantu berkumpul sesama mereka.
Sebab itu mak ayah ni kalau nak pilih menantu, pilihlah yang berakhlak dan dari keturunan yang baik baik. Jangan nampak pakai tudung dan pakai lebai serta cium tangan saja, dah rasa bakal menantu ni ahli syurga. Jangan sekali kali.
Zaman sekarang ni ramai ‘scammer’. Bakal menantu pun boleh jadi scammer. Berpura pura bagus sebelum kahwin.
Mana yang dah dapat menantu scammer tu, nasihat nasihatlah mereka. Jangan biar mereka berakhlak begitu nanti keturunan kita pun akan ikut apa yang mak ayah nya buat.
Kalau mak ayah nya tak semayang subuh, keturunan pun akan jadi begitu. Kalau mak ayah nya menghambakan mak atu mertua mereka, anak anak mereka pun akan perlakukan kepada mereka juga. Ingat perpatah orang putih, “What you give, you get back.”
Jangan sedap hati dapat menghambakan mak ayah dan mertua walau dalam sedar atau tak sedar. Ia tetap dosa. Bukan dosa kecil tapi dosa besar.
Bagi yang lelaki, wajib mereka menasihati anak bini supaya menghormati mak ayah dan mertua serta bertimbang rasa dengan mereka. Jangan fikir keluarga kamu nak mudah dan senang lenang saja. Rumah mak ayah atau mertua bukan hotel atau homestay atau untuk ‘me time’ anak bini kamu tapi adalah tempat kamu berbakti kepada ibu ayah.
Ingat! Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Moga manfaat untuk renungan
Maaf andai terkasar bahasa.
Sumber:Muharrik Daie
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club