Antara bentuk derhaka anak anak di hari raya adalah, kita biarkan mak kita yang dah tua nak mati itu bersusah payah masak didapur, kita laki bini membungkang tidor tak ingat dunia. Bangun bangun, terus cari makan isi tembolok kita macam tuan besar.
Itu menunjukan kita tidak berperibadi islam. Tidak beradab. Dan tidak berakhlak islam. Kalau tak malu pada ibu ayah, malulah pada Allah.
JANGAN ‘HAMBA’KAN MAK AYAH DI HARI RAYA
Orang dulu dulu, anak anak perempuan dan lelaki amat menjaga adab dan rasa malu bila berkunjung dan berziarah kerumah orang tua.
Awal pagi dah bangun, kemas tempat tidur, mandikan anak anak dan memasak serta membantu ibu ayah di dapur. Terkadang melarang ibu mereka memasak dan malah merekalah yang memasakan untuk ibu mereka kerana itulah masanya mereka berbakti untuk ibu ayah.
Kebanyakan anak anak sekarang sudah tak macam dulu. Mereka hilang malu. Dan malu sudah tiada dalam akhlak mereka. Mereka hanya malu buka aurat saja tapi tidak malu membuka pekung akhlak buruk mereka dihadapan orang tua.
Malah ada yang bangun lambat dan tak semayang subuh pun. Tempat tidur berselerak. Anak anak mereka yang bangun pagi dibiar macam anak anak ayam kelaparan. Ibu ayah merekalah yang kelam kabut nak uruskan makan minum kencing berak anak anak mereka. Zalimkan?
Ads
Jangan dihairankan! Di mana mana pun kita pergi, kita akan jumpa situasi ini dan species anak anak yang begini. Malah terkadang berlaku dalam keluarga kita sendiri. Itulah akhir zaman.
Mak ayah bukan tak nak tegur, tapi takut nak menegur kepada anak anak. Takut ditengking anak anak. Maklum lah anak anak dah bagi duit raya pada mak ayah. Kalau ditegur nanti, mencukalah muka anak anak menantu dan tak nak balik lagi. Mak ayah pun takut kena gossip oleh anak anak menantu mereka bila anak anak menantu berkumpul sesama mereka.
Sebab itu mak ayah ni kalau nak pilih menantu, pilihlah yang berakhlak dan dari keturunan yang baik baik. Jangan nampak pakai tudung dan pakai lebai serta cium tangan saja, dah rasa bakal menantu ni ahli syurga. Jangan sekali kali.
Zaman sekarang ni ramai ‘scammer’. Bakal menantu pun boleh jadi scammer. Berpura pura bagus sebelum kahwin.
Ads
Mana yang dah dapat menantu scammer tu, nasihat nasihatlah mereka. Jangan biar mereka berakhlak begitu nanti keturunan kita pun akan ikut apa yang mak ayah nya buat.
Kalau mak ayah nya tak semayang subuh, keturunan pun akan jadi begitu. Kalau mak ayah nya menghambakan mak atu mertua mereka, anak anak mereka pun akan perlakukan kepada mereka juga. Ingat perpatah orang putih, “What you give, you get back.”
Ads
Jangan sedap hati dapat menghambakan mak ayah dan mertua walau dalam sedar atau tak sedar. Ia tetap dosa. Bukan dosa kecil tapi dosa besar.
Bagi yang lelaki, wajib mereka menasihati anak bini supaya menghormati mak ayah dan mertua serta bertimbang rasa dengan mereka. Jangan fikir keluarga kamu nak mudah dan senang lenang saja. Rumah mak ayah atau mertua bukan hotel atau homestay atau untuk ‘me time’ anak bini kamu tapi adalah tempat kamu berbakti kepada ibu ayah.
Ingat! Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Moga manfaat untuk renungan
Maaf andai terkasar bahasa.
Lumrah manusia yang suka kan kecantikan. Baik wanita mahupun lelaki, itulah yang dipandang.
Benar, kita kena cari yang cantik. Dan semua lelaki mahukan semua yang itu. Namun tak semua lelaki yang lelaki pandai bab mencari yang benar cantiknya itu pada hormat kepada suami yang pernah tak punya apa-apa, tak reti meminta serta banyaknya mengesat peluh suami dan menghulur air masa setiap kali yang disayang itu pulang dari berjuang.
“Macam manalah hidup jadi orang cantik ni kan bang. Semua orang suka, semua orang nak, semua orang bercakap pasal dia.”
Saya pandang sahaja wajahnya. Saya tahu jika saya beri komen, makin pudarlah warnanya pada hari tersebut. Benda yang sama dia ulang-ulang sepanjang 13 tahun kami kahwin, dia akan cakap dia bukan orang cantik, kahwin dah lama pun akan ada waktu-waktu dia akan rasa down, rendah diri, merajuk hati kerana banyaknya kekurangan diri dia.
Sering sahaja dia sebut dia tak ada rupa berbanding orang lain. Dan jika kami berdua, keluar mengopi, boleh jadi ada juga soalan dia tanya tentang bagaimana saya boleh memilihnya untuk jadi suri hati. Dan seperti biasa, jawapan saya hanya saya beri senyuman sahaja. Susahnya nak jawab.
Orang yang sama ini, bangun awal pagi, bergegas siapkan air panas, susun semua baju anak, tengok jadual suami kemudian susun baju seluar suami, siap sapu tangan stoking semua, kemudian dia juga perhati segala aksesori yang saya sering guna termasuk deodorant dan sebagainya, dan turun ke bawah membawa bakul kain, mencapai mug dan siapkan itu ini.
Sebelum keluar, dia akan pastikan tangan kami bersentuh dan saling berpandangan, kemudian masing-masing menuju ke tempat yang dituju.
Sampai tempat kerjanya, dia akan maklum, saya juga begitu. Kemudian kami akan saling bertanya hari ini buat apa, esok bagaimana, minggu depan, hujung minggu semuanya kalau boleh saling nak mencuri masa, berusaha sebaiknya mana yang lompong kami nak isi supaya ia jadi lebih baik.
Orang yang saya ceritakan ini bukan hari ini begini, semasa saya tumbang dulu, hancur berkali-kali, dibunuh dijiwanya sampai mati juga berulang-ulang lagi, dialah yang papah, berlari ambil ubat kemudian menangis-nangis dalam banyaknya doa, memarahi dan berlawan habis-habisan untuk saya dapat bangun balik sampai ke hari ini saya masih lagi memerlukannya.
Luka yang banyak itu, beliau tutup dengan segala yang beliau ada. Tak pandai mahu merajuk ke mana-mana jiwa lain hanya untuk memujuk hatinya sendiri. Banyaknya dia simpan sendiri dan sentiasa menjenguk saya pada setiap masa untuk pastikan saya boleh ada isi dalam hati, jiwa dalam jiwa dan sayang dalam sayang.
Semalam, saya meneliti lirik dari Ad Samad yang terbaru, Kasihku Selamanya. Saya tak mahu ikuti lagunya dahulu. Saya baca kisah dendam cinta ini menjadikan kita betul-betul sayang kepada orang yang kita sayang. Ianya dinyanyikan oleh Dato Sri Siti Nurhaliza.
Siti memulakan dengan “Sayangiku sayangku, seperti sayangnya aku padamu. Ku tagih kasihmu, ku raih semangat, cinta paling agung.”
Rasa yang ini membawa kita kepada alam-alam cinta yang susahnya kita nak sembang kepada sesiapa. Bertemu, berkahwin, dan kemudian hidup bersama berlama-lama, memandangnya tak jemu, bercakap tak pernah habis dan bernafas tak pernah cukup, lalu kita akan ulang-ulang lagi dan lagi rutin itu tanpa berakhir masa, kita masih rasa nak bercinta sebaik-baiknya.
Saya cakap dengan Musa, yang dah tak lama lagi nak mengakhiri zaman bujangnya, “Siti ini orangnya pasti teliti membuat sesuatu, tak mungkin dia akan buat saja-saja.”
Lagu ini, dibina atas medan untuk OST filem seram, Dendam Pontianak. Dan lagu yang dibuat bersama Aubrey Suwito ini membawa kita khayal dalam dendam cinta kita sendiri. Yang mana kita mahu bercinta selama-lamanya dengan orang yang kita suka.
Orang itu akan melawan rasa cantik orang lain, baiknya orang itu, hebatnya orang ini, yang mana dia yang kita pilih itu adalah orang yang akan kita cinta sampai bila-bila mengatasi sesiapapun.
Ketagih kita dalam buaian kasih sayang itu adalah “kasmaran” dan “pijar” yang digunakan di dalam lirik tersebut. Yang mana dia memberi makna mabuk gila berahi atau jatuh cinta (mengikut kamus dewan).
Lagu ini ditutup dengan ayat, “Akulah satu-satunya yang akan kau cinta.”
Yang saya faham, dalam dunia orang bercinta, kita tak pandai berlebih. Kita hanya suka ianya sederhana. Ianya tak kurang, tak juga terlalu banyak. Lalu, kita mahu janji itu adalah janji kita sama-sama. Tak pernah peduli hal orang, tak juga mahu ambil tahu apa yang orang kata, sampan yang kita naik itu, cukup untuk kita.
Akan ada badai. Sekejap ada ombak datang, sekejap juga ada buaya bertandang, namun semua itu memerlukan semangat dan simpanan kemahiran untuk berlawan. Seorang luka, seorang lagi akan bangun memegang pedang. Jika dua-dua luka, yang tinggal hanya berpegang tangan, lalu matilah sama-sama juga dalam cinta.
Itulah cinta.
Dan itulah yang kita duk sering luah, kita adalah satu-satunya yang kita akan cinta sama-sama.
Demi Tuhan, jika yang baik rupa, baik juga adabnya, maka baiklah dia. Namun jika dia tak ada rupa, ada adab baiknya, maka baiknya juga dia.
Dalam hal ini, adab yang menang.
Benar, kita kena cari yang cantik. Dan semua lelaki mahukan semua yang itu. Namun tak semua lelaki yang lelaki pandai bab mencari yang benar cantiknya itu pada hormat kepada suami yang pernah tak punya apa-apa, tak reti meminta serta banyaknya mengesat peluh suami dan menghulur air masa setiap kali yang disayang itu pulang dari berjuang.
Lalu dia memberi senyuman paling manis di dunia dan menyebab suami yang keletihan pulang mencari sedikit emas untuk dijadikan hadiah bertahun kahwin, jadi puas dan pijar begitu sahaja. Ia membekas di hati dan membuah rasa rindu.
Apabila jauh teringat-ingat, apabila dekat saling mengenyit mata. Janji itu adalah spontan tanpa siapa suruh, tidak juga dipaksa-paksa untuk berbuat. Kasih kita suami isteri dalam kerasukan yang kita sahaja memahami. Lalu hiduplah kita dalam bahtera itu dalam pandangan orang yang kata kita sweet, kita begitu kita begini.
Walau banyaknya kurang, tidaknya ada itu, tidaknya ada ini. namun kita sentiasa ada dua jiwa, yang mana setianya itu bersifat selamanya. Dan itulah jawapan kepada soalan tadi,
Saya memilih sebab pandainya dia bercinta, dan ia melangkaui semua sebab orang lain yang pandai itu, ada ini. Benarnya, cukuplah dia yang ada di sisi, apa yang saya kurang, dia berjaya tampung, dan apa sahaja yang dia lemah, saya bantu, saat condong diumpil, saat tumbang diangkat. Itulah kuasa suami isteri, biarlah berakhir masa, terhenti nyawa, kami masih lagi bercinta-cinta.
Terima kasih untuk lagu yang sedap ini. Bukan sahaja ianya diterima untuk OST, namun saya yakin ramai akan seram sejuk kerana mengingatkan perjalanan perkahwinan masing-masing yang banyaknya badai, susahnya melawan kesukaran hidup namun kita masih berpegangan tangan sama-sama melaluinya.
Tahniah semua team. Masih di tangga tertinggi hati kami ditawan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad, Hargai dia bukan kerana wajahnya, badannya, namun jiwanya, itulah Kasihku Selamanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umum mengetahui bahawa sudah pastinya ketika banyak harta benda musnah akibat banjir yang melanda negara termasuk Selangor, Kelantan, Pahang dan Melaka.
Salah satu kerosakan kenderaan yang teruk akibat ditenggelami air bah. Boleh dikatakan ribuan kereta rosak akibat bencana alam itu.
Dalam pada itu, meninjau di socmedia mendapati banyak bengkel kereta menawarkan service untuk membaiki kereta. Namun ada segelintir tidak meletakka harga.
Bukan untuk buruk sangka, namun ketika ini bimbang ada pihak yang mengambil kesempatan atas kesulitan orang ramai.
Prihatin apa yang berlaku, seorang warganet telah berkongsi panduan bagaimana untuk mengelak daripada ditipu ketika melakukan urusan service kereta.
Beliau yang merupakan bekas pelajar dalam bidang automotif memberikan panduan untuk dijadkan rujukan kepada mangsa banjir untuk membaiki kereta rosak akibat banjir.
Selanjutnya ikuti perkongsiannya.
Ilmu service kereta yang kena tahu
Gambar sekadar hiasan
Banyak pulak bengkel dah start promo dia punya service. Tapi x letak harge. Tulis Ade promosi je.
Meh aku share sikit, mengikut pengalaman aku sebagai pelanggan tegar bengkel kereta, graduate Automotive, and Penulis.
Semoga korang tak kene tipu. Ini cuma indication kasar, part2 yang penting, rate might varies mengikut lokasi.
Aku bagi yang generic version je, pengguna MyVi or Saga dan sewaktu denganye. Pengguna continental boleh estimate 30% to 60% increase from indication:
A. ECU
Situasi 1 : Kalau ko Berjaya bukak battery ; keringkan dgn hair-dryer, lepas tu jemur, lepas tu balut pakai kain then simpan dalam beras 24 jam supaya menyerap lembapan. Then jemur lagi. Baru pasang
Situasi 2 : Beli baru. Dalam RM 600 – RM 800
Kalau electric power stereng : ada ECU sendiri. So total ade 3 ECU termasuk TCU dalam kereta canggih mcm Lexus, Pegoet, Vios, Altis, Honda FD, Estima etc.
Cost, for generic version : >< RM 400
Cost, for BMW/Merc : RM 800
Manpower : RM 150
B. TCU
Pada kereta yang pakai electronic injection biasenye ada TCU, computer utk Gearbox. So ada ECU + TCU
Situasi 1 : Kalau ko Berjaya bukak battery ; keringkan dgn hair-dryer, lepas tu jemur, lepas tu balut pakai kain then simpan dalam beras supaya menyerap lembapan. Then jemur lagi. Baru pasang
Situasi 2 : Beli baru. Dalam >< RM 1200
C. Minyak gearbox + filter gear box ( KALAU GEAR BOX AUTO)
Buang then tukar baru. Minyak dgn Filter
Klu BMW, rumit sikit. Kene keluarkan bottom part yg mcm sarang semut tu, tembak pakai angin then jemur. F10, F30. Turun gearbox. Lepas tu termenung.
Cost, for generic version : RM 300 – RM500
Cost, for BMW/Merc : RM 400/litre
Manpower : RM 150
D. TEKAN Brek MASA NAK CRANK ENJIN – takut clutch plate melekat dekat flywheel -sebab karat kene air. Buka spark-plug. Tukar baru
Cost, for generic version : RM 40 per plug
Cost, for BMW/Merc : RM 80 per plug
Manpower : –
E. Minyak enjin – buat visual insection – Kalau berlumpur, mcm milo or likat mcm ice-cream: Flush pakai thinner then tembak pakai air-pressure. Make sure Oil-Filter pun cabut
Cost, for generic version : RM 80 – RM120 for 4 litre
Cost, for BMW/Merc : RM 250 – RM400 for 4 litre
Manpower : –
F. Tangki petrol (cuci) ; keringkan
Cost, for generic version : RM 120 – RM 200
Cost, for BMW/Merc : ><RM 400
Manpower : –
G. Kepala soket & fuse
Tanggalakan semua kepala soket radio, fuse, keringkan pakai hairdryer
H. Cover and drive-chain
Tanggalkan semua cover head and drive chain. Kalau boleh bukak cover head sekali tembak valve.
I. Yang pakai rear-drive, or drive train or propeller:
Bukak unit differential gear and flush minyak grease dlm tu. Then replace grease baru.
J. Tayar
Same dengan unit tayar. Bukak bearing then tukar. Kalau x tukar pun takpe. Tapi lumpur2 banjir akan makan ko punye shaft sampai kereta berdengung dalam mase 3-4 bulan lagi.
Ini bikin untuk kasi kereta jalan sahaja yaa. Kalau mau setting you punya GPS, radio, configurate you punya absorber, autodrive mode, aircond etc. kasi tambah laa.
– Kalau ko pakai Honda FD or Civic or sewaktu dengannye, tak payah laa ko redah. Air manifold intake dia duduk dekat bawah bumper. Once ko redah air, macam ko masukkan air dalam hidung ko. Dia terus sedut masuk injection unit. Standby RM3000.00
So estimation total cost utk repair:
Cost, for generic version : RM1800-RM5500 mengikut severity
Cost, for BMW/Merc : RM4000-RM12000 mengikut severity
Credit to towkay Shiawase Bkt Jalil, Roshahrillzall Jamian berkongsi sikit sebanyak pengalaman dia.
Memulakan sesuatu perkara yang baru kepada anak-anak tentunya memerlukan latihan dan galakan daripada kita sebagai ibu ayah.
Apatah lagi dalam menunaikan ibadah puasa yang memerlukan mereka menahan lapar dan dahaga untuk tempoh masa yang panjang.
Jadi apa kata praktiskan beberapa tip yang dikongsikan Saleha Idris ini.
Tips Anak Awal Usia Berpuasa Waktu PKP
1. Kebiasaannya dibuat untuk anak usia 5-9 tahun.
2. Terangkan kepada anak tentang bulan Ramadan.
Bulan Ramadan dah menjelang. Adik cuba puasa ya. Nanti kita tak boleh makan siang selama 30 hari. Beritahu jadual makan akan berubah. Kita makan dua kali sahaja. Sebelum Subuh dan waktu Maghrib.
Perlu memberitahu untuk masukkan info di dalam minda mereka.
Terangkan ini Latihan buat mereka. Ajar hormat orang puasa. Makan senyap dan bukan di depan khalayak.
3. Panggil mereka juga bersahur. Semasa sahur kita borak dan berbual. “ Adik puasa ke hari ni, ni adik sahur”. Walaupun mata dia kebil tak apa. Asalkan kita dah masukkan perkataan dalam minda dia.
4. Sebagai ibuayah yang menjadi role model pada anak anak.
Anak anak akan perhatikan perbuatan ibuayah.
Waktu Ramadan ini mereka akan lihat rutin kita berbeza.
Sudah banyak habiskan masa membaca Al-Quran.
Waktu tengahari ibu sudah tidak ke dapur tetapi ambil wuduk dan terus membuka AlQuran.
Waktu malam dipenuhi dengan solat tarawih dan bermunajat.
Anak anak akan tiru perbuatan ini.
Percayalah, rumah yang dipenuhi AlQuran dan mengingati Tuhan.
Jiwa anak lembut dan mudah dibentuk.
5. Sediakan makanan bernutrisi.
Apa yang dimakan akan menjadi darah daging.
Pilih makanan yang beri khasiat dan nutrisi.
Tidak penting penuhkan meja dengan hidangan banyak.
Cukup 1 atau 2 lauk sahaja.
Ambil chia seed dapat simpan air dalam tubuh anak. JAdikan mereka tenaga.
6. Tidur awal dan nyenyak.
Selepas tarawih boleh buku AlQuran lagi. Mengaji sebelum tidur.
Makanan berkhasiat galakkan tidur dan tenaga baik.
Boleh ambil minuman atau makanan seperti pisang, susu, dark Chocolate 70% drink OCOC. Bagus untuk dapat tidur nyenyak.
7. Kurang menonton televisyen dan rancangan yang melalaikan.
Jika sebelum ni layan senatron 2 jam. Kurangkan 30 minit.Tanamkan matlamat untuk cuba khatam Quran.
8. Jika anak beritahu mereka lapar.
Minta mereka tahan sedikit dahulu. Beri masa contoh lagi 10 minit.
Jika tidak dapat juga dan melihat anak sudah tidak berdaya.
Minta mereka minum air dahulu.
Percayalah kelamaan mereka sendiri tidak selesa untuk makan.
Kerana dalam kepala mereka sudah dipasak aku berpuasa ni.
Untuk permulaan jika mereka tidak biasa
9. Kurangkan aktiviti bermain yang guna banyak tenaga.
Beri mereka rehat dan santai sahaja.
10. Boleh buat visualisasi.
Minta anak Tarik nafas tahan dan hembus.
Buat relaksasi.
Kemudian minta mereka bayangkan diri kuat semangat dan bertenaga.
11. Beri ganjaran.
Setiap hari jika mereka dapat selesaikan puasa.
Beri mereka ganjaran intrinsic (pujian dan penghargaan).
Beri mereka ganjaran ekstrinsik. (Duit, masakan kegemaran)
Ganjaran ekstrinsik adalah diberi pada awal untuk membentuk habitual behavior.
Apabila perbuatan itu sudah boleh ditanam teruskan pasak kebaikan dalam minda.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.