Menyediakan hidangan bergoreng memang mudah dan boleh dikatakan hari-hari ada sahaja menu yang dimasak. Umumnya, bagi memastikan hidangan yang dimasak adalah hidangan yang sihat, kita akan pastikan hanya menggunakan minyak yang baharu sahaja setiap kali ingin menggoreng.

Namun bagaimana pula caranya untuk kita menguruskan setiap kali ada lebihan minyak setiap kali memasak? Pastinya tidak mungkin dibuang ke dalam singki, sebab kita tahu akan menjadi penyebab utama sinki tersumbat.

Jadi di sini dikongsikan tip yang boleh dipraktikkan untuk urus lebihan minyak masak. Jom semak.

Nak Lupuskan Lebihan Minyak Masakan, Begini Kaedahnya Paling Mudah & Menguntungkan!

Suri rumah selalu rasa kusut memikirkan nak buang kat mana minyak masak yang dah tak boleh pakai. Dahlah minyak tak boleh digunakan berulang kali. Sekali dua goreng je lepas tu kena buang. Tapi nak tuang dalam sinki, takut tersumbat. Nak kumpul dalam tong banyak-banyak, lepas tu nak buang kat mana ?

Kami berikan beberapa cadangan cara yang boleh anda lakukan terhadap minyak masak terpakai:

IKLAN

1. Serahkan kepada pihak yang ada menyediakan khidmat kitar semula minyak

Nak Lupuskan Lebihan Minyak Masakan, Begini Kaedahnya Paling Mudah & Menguntungkan!

– Apa kata daripada anda buang minyak masak terpakai di kawasan yang boleh menyebabkan pencemaran, lebih baiklah sekiranya anda jual kepada pihak berkenaan, bukan? Contohnya menjual kepada Akademi Tahfiz Al’ Hira dan Kelab Belia Sentosa di Batang Kali atau di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tujuan penghasilan biodisel.
Anda dapat duit, alam pun terjaga dari pencemaran.

2. Kitar semula sendiri

IKLAN

Nak Lupuskan Lebihan Minyak Masakan, Begini Kaedahnya Paling Mudah & Menguntungkan!

– Kalau anda jenis yang kreatif dan suka ber-DIY, bolehlah cuba lihat di internet cara penghasilan bahan berasaskan minyak. Sebenarnya dari minyak masak terpakai anda boleh hasilkan bahan yang paling mudah iaitu lilin.
Percaya tidak?

 

IKLAN

3. Kumpul dalam botol

– Kalau rasa malas nak menjual kembali minyak terpakai tersebut, anda boleh kumpul kembali minyak tersebut dalam botol-botol kosong dan buang di kawasan kitar semula. Nanti pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran akan uruskan sisa buangan tersebut.
Senang kan kerja?

Jadi selepas ini, bolehlah amalkan cara-cara di atas ini bagi menggantikan tabiat salah pembuangan minyak yang selalu anda lakukan itu. Bukan apa, alam ini kan tempat tinggal kita. Kalau tidak kita yang menjaganya, siapa lagi?

 

Sumber : BKKM,JKN Kedah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI