Adik-beradik mempunyai ikatan hubungan yang sangat kuat tetapi tidak dinafikan pasangan kembar pula mempunyai suatu perasaan dan ikatan yang cukup istimewa. Hubungan mereka akan menjadi sangat akrab seperti kawan baik untuk satu sama lain daripada zaman kanak-kanak hinggalah dewasa.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Paling biasa kita lihat, anak kembar ini akan mempunyai hobi atau minat yang sama, gaya pakaian yang serupa, menggemari makanan yang sama dan boleh dikatakan serba serbi pasangan kembar tersebut ingin lakukan segala-galanya secara bersama-sama.
Ini sepertimana kisah tiga beradik kembar ini yang sepakat menjadi raja sehari serentak. Memetik berita persandingan mereka di Berita Harian, siapa sangka tiga beradik kembar ini mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila impian bersanding secara serentak terlaksana, di sebuah dewan di Kota Warisan, Sepang, Selangor baru-baru ini.
Malah di hari bersejarah terbut, bukan sahaja kembar berusia 27 tahun ini, iaitu Nur Afrina Nor Azam; Muhammad Zuhri dan Muhammad Zuhair adalah kakak sulung mereka, Nur Adriana, 29 juga turut menjadi raja sehari.
Difahamkan sebelum berkahwin, dua beradik lelaki kembar seiras dan Nur Farina tidak pernah berpisah sejak kecil kecuali ketika masing-masing melanjutkan pengajian di universiti tempatan di lokasi berbeza.
Ibu mereka, Yulis Hayati Abrar, 53, berkata beliau dan suami, Nor Azam Ismail, 55, gembira apabila melihat anak kembar mereka bersanding serentak selepas seorang demi seorang bernikah pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Nak Lihat Anak Sanding Serentak
Katanya, pada mulanya anak kembar keduanya Muhammad Zuhri bernikah dengan pasangan Ilmee Syafiqah Abdul Jamel, 27, pada 31 Disember 2020 diikuti anak sulungnya, Nur Adriana dengan Muhammad Nur Zahid Ayob Karim, 28, pada 12 Januari 2021.
“Sepatutnya mereka berdua bersama pasangan masing-masing bersanding dahulu tetapi disebabkan PKP majlis tidak dapat diadakan.
“Kemudian pada 2 April 2021 kembar ketiga kami, Muhammad Zuhair pula bernikah dengan pasangannya Hafiyah Zainal Abidin, 28,” katanya lebih lanjut.
Yulis ibu kepada enam cahaya mata, berkata ketika tiga anaknya sudah bernikah beliau melahirkan hasrat untuk melihat mereka bersanding serentak ditambah pula saudara-mara mula bertanya bila majlis akan diadakan.
Ketika itu katanya, anak yang lain terus meminta anak kembar pertama, Nur Afrina untuk turut sama bernikah seterusnya bersanding serentak.
“Nur Afrina kemudian bernikah pada 18 September lalu bersama pasangannya Muhammad Amirul Fitri Ja’afar, 27.
“Seminggu kemudian hasrat saya untuk melihat tiga anak kembar dan kakak mereka bersanding bersama-sama di atas satu pelamin tercapai.
“Syukur Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran lebih 1,500 tetamu daripada semua keluarga.
“Lebih menggembirakan, anak sulung turut bersanding bersama cucu lelaki pertama saya yang kini sudah berusia enam bulan,” katanya.
Sementara itu, Nur Afrina berkata, beliau tidak menyangka kakak dan dua kembar lelaki seiras sanggup menunggunya bernikah terlebih dahulu untuk bersanding bersama-sama.
Akrab Sejak Kecil
Kakitangan swasta itu berkata, pada mulanya apabila melihat seorang demi seorang adik-beradik lain bernikah, beliau seakan merasa kehilangan kerana mereka berempat akrab sejak kecil.
“Dilahirkan sebagai anak kembar memang miliki pertalian amat rapat dan tidak pernah berpisah. Kami bertiga pernah demam serentak selepas seminggu masing-masing berpisah kerana belajar di universiti berlainan.
“Saya jurusan Diploma Science Geomatic ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), Arau, Perlis; manakala Zuhri di UiTM Jengka, Pahang dan Zuhair di UiTM, Shah Alam (kedua-duanya jurusan Diploma Sains Sukan)
“Kami semua ‘sekepala’ dan momen paling manis kami dapat bersanding bersama, Selepas boleh kami melakukan pelbagai aktiviti bersama dalam keluarga lebih besar,” katanya.
Penantian Berbaloi
Menurut Muhammad Zuhri, walaupun perlu menunggu lama sehingga lebih dua tahun untuk bersanding tetapi penantian itu amat berbaloi apabila dapat bersanding serentak dengan dua kembar dan kakaknya.
“Syukur semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan paling penting adalah kami amat gembira dengan keputusan yang dibuat ini,” katanya.
Bagi Muhammad Zuhair pula, beliau amat gembira kerana dapat menggembirakan ibu dan bapanya apabila mereka membuat keputusan bersanding serentak.
“Ini hadiah untuk ummi dan ayah kerana menjadi ibu bapa yang terbaik untuk kami,” katanya.
Nur Adriana pula berkata, dia amat berbesar hati apabila berpeluang bersanding bersama kembar tiga yang akrab denganya sejak mereka kecil lagi.
“Walaupun bersanding lewat hingga saya pun sudah mempunyai anak, tetapi ia satu pengalaman yang indah yang tidak mungkin akan dilupakan,” katanya.
Sumber : Berita Harian
ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!
Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club