Nak ‘Lepas’ Kastam, Begini Trik Wanita Ni Bawa Daun Kesum Naik Flight!

Share

Bercuti ke luar negara bersama keluarga tentunya menjadi momen yang indah namun tidak dinafikan bila berkunjung ke negara asing bab mendapatkan makanan halal menjadi salah satu kerumitan.

Atas sebab ini juga kita sebagai ibu begitu prihatin dalam memastikan anak-anak tidak kelaparan bila berkunjung ke luar negara hingga sanggup untuk menyediakan menu untuk santapan keluarga.

Apatah lagi buat ibu yang memang suka memasak. Kalau boleh ke mana sahaja keluarga bercuti akan dipastikan menu yang enak dapat disajikan buat keluarga tercinta.

Pun begitu, tidak dinafikan bila hendak menyediakan masakan Melayu, penggunaan daun kunyit, daun kesum, serai, halia dan sebagainya menjadi antara bahan wajib ada. Hal ini sudah pasti memberi kerumitan andai kita melancong ke negara yang berbeza herba dan ramuan masakan yang digunakan.

Pun begitu, tahukah anda sebenarnya ada cara efektif yang boleh anda lakukan dengan membawa daun-daun atau rempah tersebut ke lokasi percutian anda. Ini sebagaimana perkongsian Puan Normah Bahari yang berada di UK.

Ujarnya, “Pada yang rajin masak dan perlu sangat daun kunyit , daun limau purut , daun kesum , daun kari ,lengkuas , kunyit hidup untuk di bawa keluar negara.  Di sini saya nak share cara saya keringkannya dengan menggunan AIR FRYER, dengan bawa yang kering kita tak akan rasa berdebar bila nak berdepan dengan kastam.

“Sekiranya ada stok banyak, walaupun disimpan dalam peti ais, lama-lama akan rosak juga, lebih baik dikeringkan dan dapat simpan berbulan-berbulan,’ kongsinya di Facebook.

Cara keringkannya

Suhu kurang dari 100

Masa kering kan 30> 40 minit, kalau rasa belum kering betul, tambah masa lagi.

Untuk lengkuas, kunyit hidup , serai dan halia kena potong-potong , perlu masa lebih lama.

Di UK ni ,sepanjang saya berada di sini saya nampak halia yang banyak, yang lain belum nampak lagi.

Meninjau di ruangan komen, ada juga yang berkongsi pengalaman dan ramai menyifatkan sebagai tuah sebenarnya. Ini kerana ada di antara mereka yang lepas dan ada juga yang tersangkut ketika melalui pemeriksaan kastam.

Pun begitu tidak dinafikan ramai juga yang mengucapkan terima kasih di atas perkongsian tersebut, sekurang-kurangnya dapatlah juga menggunakan tips tersebut untuk pastikan daun-daun herba tersebut dapat disimpan lama dan kekal elok untuk digunakan dalam masakan.

Sumber : Normah Bahari 

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!