Bercuti ke luar negara bersama keluarga tentunya menjadi momen yang indah namun tidak dinafikan bila berkunjung ke negara asing bab mendapatkan makanan halal menjadi salah satu kerumitan.
Atas sebab ini juga kita sebagai ibu begitu prihatin dalam memastikan anak-anak tidak kelaparan bila berkunjung ke luar negara hingga sanggup untuk menyediakan menu untuk santapan keluarga.
Apatah lagi buat ibu yang memang suka memasak. Kalau boleh ke mana sahaja keluarga bercuti akan dipastikan menu yang enak dapat disajikan buat keluarga tercinta.
Pun begitu, tidak dinafikan bila hendak menyediakan masakan Melayu, penggunaan daun kunyit, daun kesum, serai, halia dan sebagainya menjadi antara bahan wajib ada. Hal ini sudah pasti memberi kerumitan andai kita melancong ke negara yang berbeza herba dan ramuan masakan yang digunakan.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya ada cara efektif yang boleh anda lakukan dengan membawa daun-daun atau rempah tersebut ke lokasi percutian anda. Ini sebagaimana perkongsian Puan Normah Bahari yang berada di UK.
Ujarnya, “Pada yang rajin masak dan perlu sangat daun kunyit , daun limau purut , daun kesum , daun kari ,lengkuas , kunyit hidup untuk di bawa keluar negara. Di sini saya nak share cara saya keringkannya dengan menggunan AIR FRYER, dengan bawa yang kering kita tak akan rasa berdebar bila nak berdepan dengan kastam.
“Sekiranya ada stok banyak, walaupun disimpan dalam peti ais, lama-lama akan rosak juga, lebih baik dikeringkan dan dapat simpan berbulan-berbulan,’ kongsinya di Facebook.
Ads
Cara keringkannya
Suhu kurang dari 100
Masa kering kan 30> 40 minit, kalau rasa belum kering betul, tambah masa lagi.
Untuk lengkuas, kunyit hidup , serai dan halia kena potong-potong , perlu masa lebih lama.
Ads
Di UK ni ,sepanjang saya berada di sini saya nampak halia yang banyak, yang lain belum nampak lagi.
Meninjau di ruangan komen, ada juga yang berkongsi pengalaman dan ramai menyifatkan sebagai tuah sebenarnya. Ini kerana ada di antara mereka yang lepas dan ada juga yang tersangkut ketika melalui pemeriksaan kastam.
Pun begitu tidak dinafikan ramai juga yang mengucapkan terima kasih di atas perkongsian tersebut, sekurang-kurangnya dapatlah juga menggunakan tips tersebut untuk pastikan daun-daun herba tersebut dapat disimpan lama dan kekal elok untuk digunakan dalam masakan.
Perkongsian resipi kali ini memang istimewa. Nampak sungguh menyelerekan dan tidak hairanlah boleh membuatkan sesiapa pun terasa teringin untuk menikmatinya. Apatah lagi buat penggemar keju, mesti tidak sabar untuk mencuba menyediakan menu nan satu ini. Jadi usah tunggu lagi, ayuh kita sediakan menu ini dan nikmati bersama seisi keluarga. Jom semak ramuan-ramuan yang diperlukan.
Ada ke yang suka makan lasagna? Hari ni ariana nak share cara ariana masak lagsana
Resepi Lagsana Daging Cheese Tertarik
11-12 keping lasagna
600gram daging cincang
1 sudu cili giling
3 biji bawang merah(dicincang halus)
3 biji bawang putih(dicincang halus)
1 sudu besar oregano
1sk secukup rasa
1 sudu besar gula
1sk garam
680gram sos pasta tomato prego
1/2 cawan air
================
400ml susu full cream
2 sudu besar butter
1sk gula
2 sudu besar gandum
2 slice cheddar cheese
================
100gram tomato puri
1 sudu besar minyak
Cara penyediaan:
1. Mula-mula tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging cincang dan tumis sehingga daging bertukar warna. Masukkan pula sos pasta tomato dan kacau sebati
Masukkan oregano dan kacau sebati.
3. Masukkan gula dan kacau sebati. Masukkan garam dan kacau sebati. Kemudian masukkan secukup rasa dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan air. Kacau sehingga kuah sedikit pekat serta daging masak. Ketepikan
4. Dalam kuali lain cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau sehingga sebati dan tak berketul.
5. Masukkan pula susu full cream dan gula. Kacau sebati.
6. Masukkan kepingan cheese dan kacau sehingga pekat. ( Jangan terlampau pekat, nanti bila sos putih dah sejuk, sos lagi pekat)
7. Dalam bekas masukkan sos tomato puri + minyak masak. Kacau sebati. Ariana guna bekas kaca 9 inci(boleh bakar dalam oven)
8. Rebus lagsana dulu sehingga lembut,
9. Susun lagsana dalam bekas tadi. Letak inti daging dan ratakan
10. Letak sos putih
11. Taburkan mozarella cheese dan daun basil(nak guna oregano or yang lain pun boleh)
12. Ulang semula dengan letak kepingan lagsana, daging, sos putih, cheese sehingga ke lapisan teratas. Ariana buat 3 lapisan. Pastikan bahagian atas sekali tabur dengan oregano.
13. Dah siap balut dengan aluminium foil dan bakar suhu 170°c selama 50 minit. Bergantung pada oven masing-masing. Boleh kurangkan masa@suhu
Sayuran hijau seperti brokoli, sawi, timun, ulam-ulaman, kacang panjang dan beberapa sayuran lain semua sudah maklum memang kaya dengan khasiat yang diperlukan oleh tubuh.
Pun begitu, untuk pastikan khasiat dan kebaikkan sayuran ini dapat diserap sepenuhnya, hal mencuci sayur-sayur telah menjadi antara perkara utama yang perlu dilakukan terlebih dahulu oleh ibu-ibu bagi memastikan hidangan yang dimasak adalah selamat dan bebas daripada bahan-bahan kimia dan seumpamanya.
Untuk itu, ketahui cara mencuci sayur brokoli dengan lebih mudah dan selamat. Ini memandangkan jika ada yang perasan, kebiasaannya jika diteliti pasti ada warna-warna putih pada bahagian atas brokoli seakan lilin.
Melalui perkongsian Puan Salmy Saznira, rupanya dia ada cara untuk menghilangkan dan mencuci sayur brokoli agar lebih selamat untuk dimakan.
Dulu kakmie dan famili tak suka makan sayur brokoli ni. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin minat pulak. Pendek kata tak leh nampak brokoli segar pasti nak angkut beli.
Kalau perhati betul-betul, atas gugusan brokoli ni ada warna putih-putih kelabu kan. Semacam lilin pun ada. Cuba alirkan air, pasti air tak boleh lalu ke dalam tu.
Ada perasan tak?
Kebanyakan brokoli di tempat kita ni banyak yang diimport, nak bagi sayur segar sokmo bahan kimia bubuh situ.
Tu la kakmie cuba cari jugak cara nak bersihkan racun-racun tu. Alhamdulillah jumpa dah. Rasa bersih sikit la nak makan.
Caranya mudah jer. Guna semua bahan yang ada kat dapur.
Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5minit. Lepas tu bilas bersih. InsyaAllah.
Dan ini hasil ujikaji yang dilakukan sendiri oleh Puan Salmy atau lebih mesra disapa KakMie
– Brokoli (kiri) sebelum direndam.
– Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli-(Racun lilin dah hilang).
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kata orang kalau masak menggunakan santan segar yang diperah, rasa masakan lebih enak berlemak.
Pun begitu, jika tidak pekat santan yang digunakan, bimbang juga masakan tidak terlihat sempurna. Nampak cair seperti menggunakan air sahaja. Sudahlah begitu, rasanya juga akan kurang berlemak.
Jadi ikuti tip yang sering dilakukan oleh Norsyahida ini dan semoga bermaanfaat untuk semua.
Tips di dapur. Tips supaya santan perahan lebih pekat.
Mungkin ada yang dah tahu tips ni dan biasa buat. Mungkin ada yang belum tahu.
Kepada yang biasa guna santan kotak di larang keras untuk ikut tips ni.
Untuk akak-akak atau mak-mak yang suka masak guna santan asli dari isi kelapa parut(orang utagha panggil kukoq nyoq) sebelum perah isi kelapa yang dah parut tu boleh blend dulu dengan air suam.
Air jangan terlalu banyak nanti santan tak berapa pekat.
Lepas tu tuang dalam penapis macam biasa dan hampas kelapa tu masukkan balik ke dalam blender. Then ulang langkah yang sama sampai dapat jumlah santan yang nak. InshaAllah, santan akan jadi lebih pekat.
Cara ni mak saya ajar masa mula-mul saya belajar masak zaman remaja dulu.
Alhamdulillah, sampai sekarang anak dah sorang masih ikut cara ni.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.