Mencipta keunikan dekorasi laman di kediaman keluarga ini, nyata memberi impak yang istimewa. Terlihat comel dan menarik dengan adanya aksesori unik yang diilhamkan sendiri oleh keluarga Sha Sha ini. Walaupun sekadar laman yang kecil, hanya di sudut kiri dan kanan pintu pagar rumah, namun laman ini mampu memberi rasa bahagia buat seisi keluarga.

Nak Laman Nampak Cute, Boleh Buat Apa Keluarga Ini Lakukan. Menang Unik & Menarik!

Ketahui kisah lanjut keluarga ini bersama laman kesayangan mereka. Semoga perkongsian ini dapat memberi ilham buat anda  yang suka berkebun bunga.

Deko di laman ini semua saya dan suami buat sendiri. Bercerita tentang idea, kadang-kadang kalau saya pergi jalan-jalan ternampak sesuatu yang cantik, saya dan suami cuba lah buat untuk letak di taman. Sering kali juga saya menyelak-nyelak majalah untuk lihat idea baru dan unik. Bukan itu sahaja, malah turut jadikan inspirasi laman-laman kawan yang cantik untuk direalisasikan di laman yang kecil ini.

Ads

Suami saya rajin jugalah bagi idea dan rajin tolong buat besi-besi deco, anak-anak pun ada yang tolong kalau cuti sekolah, tolong alih-alihkan pasu dan sebagainya.

Nak Laman Nampak Cute, Boleh Buat Apa Keluarga Ini Lakukan. Menang Unik & Menarik!

Semua pokok-pokok ini pada mulanya saya beli di kedai-kedai pokok bunga yang berdekatan dengan tempat saya. Alhamdulillah, semuanya hidup segar dan rajin berbunga. Sebenarnya tiada tip tersendiri, cuma kena rajin bagi baja seminggu sekali dan siram pun  2 kali sehari. Selain itu, bila kita nak bubuh baja tu saya gembur-gemburkan tanahnya. Mana yang tanah kurang saya tambah, kemudian baru bubuh baja.

Ads

Nak Laman Nampak Cute, Boleh Buat Apa Keluarga Ini Lakukan. Menang Unik & Menarik!

Rumah saya jenis teras lot tengah, jadi kawasan yang ada cuma di bahagian depan kiri dan kanan pintu pagar.

Ads

Nak Laman Nampak Cute, Boleh Buat Apa Keluarga Ini Lakukan. Menang Unik & Menarik!

Alhamdulillah, dengan taman yang seadanya ini kami sekeluarga berasa happy dan memandang laman ini seakan terapi bagi saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Bukan kami sekeluarga sahaja sukakan laman ini, malah ada juga orang yang lalu lalang di kediaman kami merakam gambar kerana tertarik dengan deko yang kami hasilkan.

sumber : Sha Sha

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI