Nak Kurangkan Berat Badan Tanpa Perlu Berlapar, Bukan Mustahil! Wanita Ni Dah Buktikan & Memang Berjaya

Share

Cabaran menurunkan berat badan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun dengan semangat dan disiplin yang konsisten, wanita ini telah membuktikan ianya bukanlah suatu yang mustahil.

Menurutnya pada tahun 2017 berat badannya pernah mencecah hingga 69kg namun setelah lakukan 6 perkara ini secara konsisten, pada tahun 2018 berat badan ideal 58kg diperolehi.

Dan hingga ke hari ini, wanita ini yang dikenali sebagai Nur Afiwah Syaqira kekal memiliki tubuh langsing idamannya.

Jom semak perkongsian menarik ini.


 

69kg (2017) & 58kg (2018)

NO SUPPLEMENT 

Memandang kan ramai tanya pasal tips. Ok, I kasi tips ringkas je tau. Benda ni senang sebab tak payah berlapar, I tak mampu buat Atkins sebab for me Atkins agak melampau sebab tak boleh makan nasi dan I tak boleh tak ambil nasi walau sikit dah cukup. So, kat sini I akan share beberapa tips yang korang boleh ikut dengan syarat kena KUAT SEMANGAT, DISIPLIN, KONSISTEN dan bukan diet sekadar HANGAT2 TAHIK AYAM okeh

CUT SUGAR– Gula berlebihan akan menyumbang kepada pembentukan lemak. I memang jenis jarang minum manis so takde masalah untuk stop ambil gula. Kalau korang yang suka minum manis ni jangan terus stop, tapi kurang kan dulu. Kalau rasa nak minum manis tu korang kunyah je gegula Mentos atau chewing gum (sugar free).

KURANG KAN PORTION NASI- Dulu I makan 2/3 pinggan ok hahahahaha! Pastu I cuba kurang kan sepinggan dan sekarang setengah pinggan je. Takpun kalau nak makan beras perang pun ok sebab karbo dia tak setinggi beras putih biasa. Pastu lauk lebih kan sayur, dada ayam, ikan. Kalau lapar petang tu korang makan lah buah ke kekacang ke huhuh. Malam I tak makan, kalau lapar I minum green tea pastu tidur je jangan layan kan perut sangat hahahah. Kalau korang lapar malam, makan lah buah ke telur rebus ke salad ke. Tapi pastikan makan 1 jam sebelum tidur. Hari-hari makan kena ON TIME ok!

GREEN TEA (NO SUGAR)- Korang boleh try Green Tea brand Ahmad Tea (London) atau Green Tea Boh. Green Tea Ahmad tu kat 99 SpeedMart senang jumpa. Minum 3 kali sehari semasa makan atau selepas makan. I minum semasa makan sebab green tea ni dia boleh menghalang penyerapan lemak (sumber google). Korang boleh search kat google sendiri kebaikan Green Tea untuk kurus. Green Tea ni dia meningkatkan kadar Metabolisme badan. Masa lunch I minum sekali, petang sekali pastu malam sebelum tidur. Korang nak makan apa pun makan lah, tapi kuantiti kena sikit. I kadang tu ada jugak cheat day makan cake ke apa ke yang I teringin. Tapi pastu I minum green tea sebab green tea ni masa kita tidur ke duduk tak buat apa pun dia bekerja bakar lelemak kita. Yang penting jangan letak GULA ok! Ni bukan teh kedai mamak hahahaha.

NO SUPPLEMENT- I tak pernah makan apa-apa supplement kurus! Jangan tanya pasal supplement ok! Tolong jangan percaya mana-mana ubat kurus lentik mantap ke apa ke hahahahahahaha. Sila sayangi buah pinggang anda. Kurus lah secara semulajadi lagi puas. Takde jalan pintas dalam dunia ni, semua nak kena usaha. Antara NAK dengan TAK NAK je. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kuat kan semangat, DISIPLIN dan KONSISTEN serta MOTIVASI DIRI kena ada ok. Letak lah wallpaper model ramping lelawa ke jadi kan pembakar semangat korang. Nak letak gambar I pun okay je. Ehh! Bahahahahahahahaha .

EXERCISE- I jarang exercise sebab takde masa hahahah tapi time kerja I suka lari-lari kejar customer lah kejar anak customer lah pastu kena panjat sana panjat sini angkat kotak so kira ada jugak lah pergerakan tu wakakakaka! Kalau korang ada masa tu buat lah work out ringan-ringan` pun takpe asalkan berpeluh. Nak pergi Gym lagi baguih! I lambat turun berat sebab tak exercise, kalau tak tu I maybe dalam 2/3 bulan dah boleh turun 10-15kg.

AIR MINERAL 2/3 LITER SEHARI– Wajib ok! Taktau nak explain kebaikan air putih ni hahaha. By the way, air putih bukan elok untuk kesihatan je, nak kulit lawa bersih pun takde hal. I tak pakai apa-apa skincare pun dah setahun lebih for those yang tanya tu. Cuma rajin-rajin kan diri minum air putih ya. Start dari sekarang belajar bawa air putih pergi mana-mana atau beli lah kalau lupa nak bawa.

Akhir kata, menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan hahahaha Good luck semua!