Nak Kurangkan Bau Najis Kucing, Wanita Ini Kongsi Tip Mudah, Boleh Cuba!

Share

Bagi mereka yang mula berjinak-jinak mahu memelihara kucing, di sini terdapat tip cara untuk mengurangkan bau najis kucing.

Menarik perkongsian ini menyediakan cara yang mudah untuk mengurangkan bau terutama bagi yang membela kucing dalam rumah.

___________________________________

Saya nak berkongsi satu tips yang baru saya buat dua hari lepas. Tips ni bagi mereka yang bela kucing indoor. Masalah yang sering dihadapi adalah bau poo pee yang keluar daripada litterbox.

Kalau nak mengurangkan bau, perkara utama adalah kena rajin cuci litterbox setelah dua atau tiga kali penggunaan kucing kita. Hasilnya bau mmg dah kurang, tapi  sebolehnya kita nak kurangkan lagi hingga bau tu hampir takdak langsung.

GUNA ARANG

Caranya adalah dengan menggunakan arang. Tak perlu beli arang yang mahal pun, saya cuma guna arang yang dipakai utk bakar-bakar lauk ja. Boleh beli kat kedai hardware, satu paket besar sekitar RM4 ke RM6 ja (ikut lokasi masing2).

Saya potong separuh botol air besar (lagi besar bekas lagi bagus), tebuk lubang bagi banyak2 mcm dlm gambar tu, pastu masukkan arang bagi penuh & tutup atasnya dengan kain kasa pembalut luka (boleh ja guna tisu atau kain biasa).

Selepas siap buat semua tu, boleh la gantung atau letak tepi sangkar  betul2 dekat dengan litterbox.  Bagi kucing yang tak duduk dalam sangkar, boleh letak tepi litterbox kucing anda.

Saya dah cuba selama dua hari. Memang berkesan.. Sebelum ni ada sikit2 bau drp litterbox kucing saya, tapi sekarang ni dah kurang sangat.

Cara ni jugak boleh guna utk letak dalam kereta atau dalam bilik. Kalau dalam bilik punya saya isi arang tu dalam balang besar. Cara penghasilannya sama juga, cuma saiz bekas ja lebih besar. Kalau rajin, hias2 la sikit bekas tu ikut kreativiti masing2.

*kucing saya ni dlm proses pemantauan lagi selepas rawatan sakit batu karang. Dah masuk bulan kedua dia duduk dlm sangkar. Dua tiga jam sekali dia akan dikurung utk makan minum & guna litterbox.

Selamat mencuba!

Sumber: Lembayung Cahya Rabbani