Setiap wanita tentunya ingin kelihatan cantik. Sudah tentu akan tercari-cari produk atau petua untuk memastikan wajah awet muda dan glowing.
Bagi yang sudah mencuba pelbagai produk tentu kecewa apabila hasilnya tidak berkesan. Malah kulit wajah tetap nampak sama aje.
Apa kata cuba petua ni. Hanya menggunakan buah pisang berangan sebagai bahan campuran bersama bahan-bahan yang lain, ia dijadikan sebagai masker untuk kulit kembali berseri.
Nak cuba? Jom ikuti perkongsian oleh Rusmida Rusdi
Bahan-bahan:
1/2 pisang berangan
3 titis Serum ( untuk cepat resap dalam kulit )
1/2 sudu kecik kulit kayu manis
1 sudu kecik madu
1 sudu air masak
Cara-cara:
Lenyek pisang, campur madu, kulit kayu manis tu parut boleh tumbuk pun boleh.
Last letak serum untuk cepat resap masuk kulit.
Cuci muka dan tangan.
Apply kat muka. Biarkan 15-20minit kat muka. Bilas. Akan rasa best sangat muka akan lebih mulus dan cerah.
KHASIAT:
Pisang
Ada vitamin A,B, E yang penting untuk kulit lebih segar dan mulus.
Buang sel sel kulit mati yang lambatkan pembaruan sel kulit baru.
Cerahkan kulit muka.
Madu
Kulit lebih halus bila di pegang lebih lagi campur dengan pisang.
Lembap kan kulit yang kering.
Cerahkan kulit dan sekatakan tona kulit.
Remajakan kulit dari nampak tua.
Kulit Kayu Manis
Menghilang garis halus.
Menghilangkan parut hitam atau putih.
Mencerahkan kulit.
Menghilangkan jerawat.
Serum
Tujuan serum menambahkan penyerapan berganda dari khasiat bahan lain.
Remajakan kulit.
Khasiat bergantung atas bahan dalam serum.
Sumber: Rusmida Rusdi
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.