Kacang tanah sering disalah anggap sebagai penyebab tumbuhnya jerawat, namun begitu kajian oleh American Academy of Dermatology menyatakan bahawa kacang tanah bukanlah puncanya.
Hakikatnya ini yang kita perlu tahu, kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit batuk kering. Mengambil satu auns kacang tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama pesakit kencing manis dapat membantu kekurangan zat.
Untuk itu, apa kata waktu-waktu begini kita sediakan menu kacang tanah goreng rangup yang dimasak sendiri dengan penuh rasa kasih sayang untuk dijadikan menu kudapan untuk seisi keluarga.
Resipinya ini telah dikongsikan oleh Nazira Abd Kader di akaun fbnya, semoga memberi manfaat dan digemari oleh anda seisi keluarga.
“Kacang goreng bawang putih…ade sesape suke x mkn kcg ni. sy suke sgt².kt sini sy ade serta kn care² nk buat kacang ni…”–Nazira Abd Kader
Bahan-bahan:
1 kg kacang kopek (kopek kcg kpd dua supaya bile perap serap sepenuh nye n cuci)
20 ulas bawang putih (di blend n buat paste)
20 ulas bawang putih 20 ulas di hiris halus (masukkn mase goreng nanti)
Garam, gula dan perasa secukup rasa
Cara Buat :
Sy beli kcg ni kt pasar raya da siap packing.tertulis kcg kopek.ade yg pnggil kcg shandong ade yg kate kcg trojen.yg penting ni bkn kcg tanah biase.kcg ni pnjng ckit
Ads
2. Kemudian bawang putih paste dlm 2 sudu masuk kt dlm air rebusan.yg baki gaul kt kacang yg da siap rebus nanti
3.Rebus kan air bersama paste bawang putih garam n gula smpi mendidih
4.Masukkn kacang td
Ads
5. Rebus dlm 3minit n ttp kn api. Biarkn kacang dlm air rebusan dlm lbih kurang 10minit.
6. tos kn…lepas tos kn…gaul kacang td bersame paste bawang putih garam n aji.gaul rata. Letakkn dlm dulang. Perap semalaman.
Ni rupe kacang yg d perap semalaman.kacang akn jd kering cmni
7.Sebelum goreng kacang. Hiris kn dlm 20 ulas bwg putih. Ikut suke bwg putih nk byk mana. Sy suke byk²…
Ads
8.Panaskn minyk.lps tu kecilkn api.masukkn kacang.jgn byk sgt.nanti kacang x rangup
9.bile kacang da separuh masak mcm ni…barulah masukkan hirisan bawang putih tadi dan goreng sehingga kacang rangup.
Ekstra Tip :
Mase menggoreng kacang jgn msukkn kacang trlalu byk.nanti kcg xrangup
Goreng dgn api yg slow.memerlukan kesabaran nak goreng kacang ni. Nanti kalau api besar kacang cepat hangus dan lemau.
Coretan duka yang bertarikhb 18 Okt yang lalu dari seorang anak ini cukup menyentuh hati.
Mendapat perkhabaran kesihatan ibunya yang disahkan mengidap kanser payu dara bukanlah mudah untuk diterima.
Semoga, segala usaha yang dilakukan untuk merawat ibu tercinta berjaya dan diharapkan juga bonda tercinta terus tabah dan sabar menjalani rawatan.
Jom baca perkongsian ini semoga mampu menjentik hati setiap antara kita untuk memberikan yang terbaik untuk ibu bapa Yang semakin uzur.
Nilah ujian yg terbesar yg pernah aku rasa.. diwaktu aku menulis ini, jam sudah pukul 3 pagi, mata aku masih mengalir air mata, entah keberapa puluh kalinya sejak 3 hari lepas…
Aku pernah lalui latihan silat yg keras, aku juga dah lalui latihan tentera yg amat menekan hati, fikiran dan badan.., aku sudah lalui banyak kursus-kursus yg gila dan lasak, sudah lalui beratus jenis latihan eksesais tentera dalam bermacam jenis keadaan.. aku sudah lalui berpuluh operasi seluruh malaysia, semuanya aku boleh hadapi!!… aku sudah diuji naik menjulang dipuja, aku sudah diuji jatuh tersungkur dihina.. tetapi kali ini, ya inilah.. yg paling kuat menguji dan telah mengalahkan aku.
3 hari lepas, aku dapat laporan penuh tentang kesihatan emak aku.. tersentap hati aku, terduduk terus aku… sah bahawa emak aku kena kanser payudara, tahap yg sudah bahaya. Jangka masanya pun sudah tidak lama… inilah kanser pembunuh nombor 1 pada wanita.. Ya Allah.. Dalam dua tiga hari ini juga, aku macam nak gila mencari dan berjumpa doktor2 pakar, tanya pendapat. Aku tanya juga di sifu sensei cina, aku tanya merata-rata. Baik dari anak raja sampai ke kawan biasa, semua aku tanya. Aku usaha mencari jalannya. Walau di depan sesiapapun aku jumpa, air mata aku mengalir dengan sendiri tak tahu dah berapa puluh kali..
Aku cuba buat-buat ceria, sudah beberapa hari aku cuba tulis dalam Fb ini dengan lawak jenaka, aku tulis dan padam semula, tulis lagi dan padam lagi.. semata-mata aku nak bertahan dan nak dapatkan sedikit semangat dan senyuman. Aku cuba sembunyikan dari semua. Tapi saat ini, di waktu ini… aku mengaku, itu semua tidak lagi boleh ubati kesedihan hati aku. Pasrah, aku menyerah.. aku betul-betul sudah kalah. .
Pada aku sekarang, seluruh isi dunia sudah tidak penting. Apapun dan siapapun tak penting dah dalam hidup aku. Kerja pun aku tinggalkan, urusan niaga pun aku tak pedulikan, sesiapapun lagi, aku sudah tidak pedulikan. Kerana pada aku, emak aku itulah kunci untuk aku masuk syurga, bukan apapun atau siapapun lagi dalam didunia ini. Semuanya sudah tidak bernilai di mata aku kecuali emak aku..
Buah dada emak aku itulah tempat aku menyusu dulu, dari situlah mengalir menjadi darah dan daging dalam badan aku. Semua yg hebat yg aku ada sekarang, segala yg aku sedang berdiri sekarang, datang dari kasih syg dan dari buah dada emak aku.. tapi sekarang tuhan nak ambil emak dengan kanser di darah dan buah dada yg sama..
Ambillah nyawaku wahai tuhan, gantikanlah dengan aku. Pindahkanlah sakit itu kepada aku, aku merayu dan aku benar-benar mahu. Ambillah seluruh pahalaku, pindahkan segala pahala yg aku ada kepada emak aku. Tariklah segala dosa yg emak aku ada, tolonglah letakkan pada kepala aku. Biar aku saja yg tanggung didunia dan akhirat. Akulah satu-satunya anak lelaki yg emak aku ada… Aku sudah tak tahu nak buat apa…….
Kasihnya ibu membawa ke syurga… kasihnya ayah berkorban nyawa. Jika mereka sakit menderita, sudah tidak berguna segala isi dunia..
Ada cara yang cepat untuk melembutkan laksa tanpa perlu rebus lama. Hanya rebus 10 minit sahaja. Orang utara mungkin sudah lama gunakan cara ini tapi ramai juga yang belum tahu.
Tip Lembutkan Laksa
Makan laksa memang sedap tapi ramai tak rajin menyediakannya terutama bab nak rebus laksa yang mengambil masa lama. Jadi selepas ini tiada lagi alasan malas untuk masak laksa. Suzana Saad ada petua bagaimana nak lembutkan laksa dengan cara yang cepat.
Tip dari peniaga laksa, rendam dulu:
Dulu kalau nak buat laksa, bab malas bila nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tauke laksa, bila-bila terasa nak makan laksa, terus pergi cari ikan.
Rebus Tak Sampai 10 Minit
Ini caranya:
1. Rendam laksa kering semalaman atau 2 jam pun sudah cukup.
2. Dengan air rendam itu rebus hingga mendidih dalam 10 minit. Bila mendidih tutup api dan tutup periuk.
3. Biarkan dalam air panas selama satu jam. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh. Biarkan saja dalam penapis. Bila nak makan, ambil saja.
Apabila menyebut amalan pengambilan madu dalam keluarga, umum mengetahui ia adalah suatu perkara yang sangat bagus. Khasiat madu dapat dimanfaatkan oleh anak-anak hinggalah orang dewasa, ini memandangkan madu juga dikenal sebagai sahabat kepada penjagaan kesihatan.
Oleh itu, ada baiknya kita mengetahui secara detail tentang khasiat, tip dan pantang larang pengambilan madu ini bersama Dr. Suri Roowi, Pakar Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan. Jom semak.
APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MADU?
Saya terpanggil untuk berkongsi makumat tentang artikel berkenaan madu yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini yang mungkin agak mengelirukan.
Soalan 1:Adakah madu sesuai diambil bersama garam?
Jawapan
Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein.
Pengambilan madu beserta garam akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu dan secara tidak langsung ianya akan mengurangkan khasiat madu tersebut.
Soalan 2: Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?
Jawapan
Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia.
Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Seeloknya diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.
Soalan 3 : Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain?
Jawapan
Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (asid fenolik) akan lebih mudah dan lebih banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu.
Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah s.a.w. menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata `Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda . `Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan”
Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu
Barli juga tinggi beta-glukan dan bahan ini;
a. merupakan fiber larut air
b. tidak dapat diuraikan oleh enzim
pencernaan usus kecil
c. terus dibawa ke usus besar dan
difermentasi oleh mikroflora usus besar
d. bertindak sebagai prebiotik iaitu
menggalakkan pertumbuhan bakteria
baik seperti bifidobakteria, laktobasillus
dan merencatkan pertumbuhan bakteria
berbahaya seperti enterobacteriaceae.
e. membantu meleraikan bahan berkhasiat
dalam madu yang mungkin terikat bersama
bahan lain dalam usus besar manusia
Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia
Soalan 4 : Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?
Jawapan
Menurut kaedah tradisional, keaslian madu ditentukan dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah…
a. Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan
memusing dalam semangkuk air.
b. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala
walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan
menyala jika kandungan airnya rendah
c. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun disimpan bertahun-
tahun.
Sebenarnya, madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama.
Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya
Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69
…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut-perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda-tanda bagi kaum yang mereka berfikir….
a. Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap contohnya perang.
b. Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia.
c. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar.
d.Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan – `Food as Medicine’
e.Bahan antioksidan ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC
Kajian saya menunjukan madu kelulut lebih tinggi khasiat asid fenolik berbanding madu biasa. Hasil kajian saya juga madu kelulut asli juga ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)
Soalan 5 : Adakah madu boleh diletak dalam peti ais?
Jawapan
Madu sebaiknya disimpan dalam chiller atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Madu (khususnya madu kelulut) sebaiknya dibuang air untuk mengelakkan berlaku penapaian (yang akhirnya akan mengurangkan khasiat madu tersebut). Enzim dalam madu juga akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Bahan karbohidrat dalam madu juga akan berubah kepada hidroksimetilfurfural (HMF) jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas
Moga Bermanfaat
Ektra Info Tentang Dr Suri Roowi
Beliau adalah Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan – Makanan Kesihatan (Food Desigining), Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI. Beliau banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Standard Madu Kelulut Malaysia. Beliau juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan berasaskan madu. Dr Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal (melibatkan kajian ke atas tikus) dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh. Sebelum ini beliau pernah bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIM. Slot ini banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.