Nak Kuah Mi Kari Lebih Sedap, Pekat & Melekat, Tiga Bahan Ni Wajib Ada. Wanita Ni Kongsi Resipi Rahsia Air Tangan Ibu!

Share

Tidak dinafikan, penyediaan mi kari ni agak leceh kerana banyak bahan yang digunakan.

Termasuklah bahan untuk hiasan atau taburan dia atas hidangan, namun kepelbagaian bahan  itulah yang menariknya tentang menu yang satu ini.

Bagi peminat makanan laut pasti tersenyum lebar dengan gandingan kerang dan udang menambahkan kemanisan untuk lebih perisa terutama pada kuah karinya.

Selalu orang hidangkan mi kari pada hari-hari istimewa, jadi walaupun agak remeh tapi berbaloi. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Rusuzaimi Ishak untuk hidangan seisi keluarga.


Mee Kari Resipi Ibu…?

Antara tips yang dikongsi seorang wanita yang saya gelarkannya ‘ibu’ untuk menghasilkan kuah mee kari yang sedap, pekat likat dan melekat pada mee ialah:

1. Jika ada bajet lebih, boleh masukkan udang banyak2 dalam kuah kari.

2. Jika tiada bajet, memadai beli 5-6 ekor udang, rebus dan blend semua bahagian udang termasuk kepala dan kulitnya. (Kupas kulit dan cabut kepala udang, basuh bersih dan rebus bersama isi udang) Isi, kepala dan kulit udang yang direbus dan diblend akan menjadikan air rebusan udang pekat.

* boleh juga ikut cara ke2 ini sekalipun banyak stok udang. Ini bertujuan untuk menjadikan kuah kari lebih ‘manis’ dan terasa ‘udangnya’.

3. Guna rempah kari Baba’s yang bertentangan..cth: untuk kari ayam (sepatutnya guna kari ayam) tapi untuk rasa lebih enak, gunakan kari ikan/udang.

4. Tambahkan gula batu secukup rasa. Tak perlu tambah apa2 gula lain. Gula batu akan menjadikan kuah mee lekat pada mee.

Bahan-bahan asas kuah mee kari lain sama je rasanya:

Bawang putih

Bawang merah

Bawang besar

Rempah: kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang, cengkih, rempah ikan Baba’s (ingat tips terbalik)

Halia

Daun kari

Santan

Garam

Serbuk perasa

Daun kari

Ayam yang dipotong selayaknya?

Dan jangan lupa mee lah ya.

Bahan2 aksessori ikut kegemaran masing2

Tauhu kering yang buncit

Tauhu kering keping yang keras

Lada besar

Daun sup/bawang

Telur rebus

Fishball/fishcake

Bawang goreng

Sawi, kobis, taugeh celur

Saya gunakan tips dan resipi ini setiap kali masak mee kari untuk hidangan keluarga dan apa-apa jamuan di rumah. Alhamdulillah. Ramai yang gemar dan puji keenakkannya.

Selamat mencuba

Rasakan kelainannya???

#meekariresipiibu

#suriprofessional

#cintayangsederhana

#rezekiAllahluas