
Ingin memulakan projek menghias rumah, selain pemilihan dan perletakkan perabot menjadi keutamaan untuk menampakkan gaya dekorasi yang indah, kemasan lantai juga memainkan peranan agar keseluruhan ruangan nampak sempurna.
Memberi ilham pada penggunaan material dengan gaya bajet namun nampak hebat berkilat seperti mozek, perkongsian daripada DanialDannia Asone ini mungkin boleh dijadikan inspirasi.
Lihat sahaja ruang tamu yang telah siap sepenuhnya ini. Nampak memukau bukan?
Jadi jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Saja nak sharing kat sini nak pakai mozek..belum ada rezeki….pakai tikar getah 2 tahun…dah koyak rabak pikir punya pikir…nak tukar tikar getah 2 tahun lagi kena tukar plk….letih nak angkut perabot oii….
2 pilihan dalam fikiran..nak pakai vinyl or cat epoxy pikir punya pikir….kami laki bini decide try epoxy paint dulu…sebab nampak lawa..bersinar macam mozek.
Dan…..bila selesai..rasa berbaloi jugak laa….dengan kos rm300+ dapat ruang tv..ruang tamu dan dapur…memang cantik….nak tngok ketahanan dia macam mana….menggelupas atau tidak..kita tengok nanti..tapi setakat ni memang rasa puas hati….
sebelum cat…sapu bersih-bersih….dan pastikan lantai betul-betul kering….
ni dah kering..cat pagi…malam baru tuan rumah boleh masuk rumah tapi perabot tak boleh bawak masuk lagi…kena tnggu 24 jam paling kurang untuk masukkan perabot…kasi cat betul2 kering….
ok..dah masukkan perabot…nampak la lawo banyok dari tikar getah
Ruang dapo ni kena rajin mop la plok…sebab lantai color cerah…taik cicak..tapak kaki tuan rumah memang mudah mencemarkan ia.
Sumber : DanialDannia Assone
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Pernah Rasa Nak Buat-Buat Terjatuhkan Anak & Gugurkan Kandungan.” Wanita Ini Kongsi Kisah alami Kemurungan & Tanda Yang Ramai Tak Tahu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Orang hanya nampak luaran namun yang mengalaminya tahu betapa masalah kemurungan memberi impak yang cukup mendalam. Bukan pada diri sendiri bahkan turut membabitkan orang sekeliling.
Kisah wanita yang terjun bangunan, mengelar sehingga menyebabkan kematian anak sendiri dan sebagainya sering kita dengar sejak akhir-akhir ini.
Kerana itu orang sekeliling terutama ahli keluarga perlu peka dengan masalah ini. Jangan ambil ringan kerana ia boleh mengundang masalah yang lebih besar.
Berikut adalah perkongsian dari Puan Zarina Shahrin yang pernah melalui saat-saat sukar apabila diri dilanda kemurungan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua dalam menghadapi situasi ahli keluarga atau orang terdekat mengalami masalah kemurungan.
Kemurungan.
Sejujurnya dahulu semasa berperang dengan penyakit ini, saya tidak tahu saya sedang menghadapi kemurungan. Setiap hari bergelut dengan “benda gila” yang mengganggu emosi dan fikiran yang mana akhirnya dilepaskan kepada anak-anak melalui jeritan dan pukulan. Tapi bila suami ada di rumah, dan “berfungsi” sebagai housemate dan “another parent” bagi anak-anak, perasaan itu hilang. Diri rasa tenang.
Pernah, saya rasa nak buat-buat terjatuhkan anak (dari tingkat 6) semasa suami tengah kunci pintu rumah, bila kami nak keluar ke mana-mana. Saya fikir masa tu, akan kurang satu beban bila anak kurang seorang.. (astaghfirullahalazim) ..Syukurlah perasaan waras yang tinggal entah 10-20 peratus masih ada untuk menghalang niat gila saya ketika itu.
Pernah, bila bawak kereta dan berhenti di lampu isyarat yang mana kebetulan kereta saya di depan sekali. Bila perhatikan lori besar dari arah kiri/kanan yang sedang mengejar lampu hijau, saya geram dan rasa sungguh-sungguh nak memecut dan rempuh lori-lori ini… Biar mati. Habis cerita. Sebab hidup rasa tiada makna. Rasa tak diperlukan. Rasanya kalau saya hidup pun, anak-anak asyik kena marah kena pukul, baik saya mati sahaja. Again, tahap sedar yg tinggal 10-20 peratus itu menghalang saya daripada melakukannya.
Hidup saya kucar-kacir.. basuh pinggan di dapur, anak menangis di depan saya tinggalkan pinggan penuh di sinki dengan air terpasang. Lepas anak berhenti nangis, tengok pula kain baju belum dilipat, lipat dulu.. bila tengah lipat baju, perasan air bunyi kat dapur, baru sedar tadi tergopoh-gapah tinggalkan benda kat dapur.
Tinggalkan baju yang tengah dilipat pegi dapur pulak sambung basuh pinggan periuk, lepas tu sidai baju dalam mesin basuh.. bila pergi semula ke depan, masyaallah ternampak kain baju yang sedang dilipat tadi tertinggal begitu sahaja. Pakej dengan anak2 dah tolong sepahkan. Selalu juga terasa aku ni gila ke apa.. Otak aku ni dah jem ke buat kerja separuh tinggal sana-sini.. perkara kecik sebegitu pun buat saya tertekan.
Mengapa tak share dengan suami? Selalu. Ya, jawapannya selalu. Tapi selaku makhluk yang fikirannya lebih ringkas, jawapan suami saya hanyalah “rileks, buat apa nak stress. Siapkan satu-satu..” — jawapan tidak membantu.
Pernah saya kata padanya, “sayang rasa sayang dah gila la abang” ..dengan airmata yang baru nak bergenang sebab nak mengadu betapa penatnya dan saratnya perasaan yang sedang saya tanggung… Dia sambil ketawa menjawab, “la gila kenapa pulak sayang..”
Sekarang saya tahu dia tak bermaksud mentertawakan saya, tapi pada ketika itu saya sungguh-sungguh rasa diketawakan. Airmata yang tadinya mula bergenang jadi kering. Lantas saya jawab la begitu-begitu sahaja.. Dan perasaan tertekan pun semakin terpendam menjadi semakin sarat..
Setahun lebih berperang dengan diri sendiri yang gila. Sehingga kemuncaknya bila saya tahu yang rupa-rupanya saya sedang mengandungkan anak ketiga sudah hampir 10 minggu. Saya menangis semahu-mahunya kerana sungguh-sungguh belum mahu dengar berita tentang kehamilan lagi. Anak sulung setahun lapan bulan dan anak kedua baru 8 bulan.. Rasa nak digugurkan sahaja anak dalam kandungan pada waktu itu. Mujur Allah temukan dengan rakan2 yg membantu. Gugur airmata keibuan saya bila seorang rakan berkata “sedih baby kalau dia tau ibu dia nak buang dia..”
Penyelesaiannya datang bila seorang lagi kawan mencadangkan cuti setahun tanpa gaji. Ya, cuti. Dan cuti itu haruslah benar-benar cuti, yang mana anak-anak ke taska dan saya dirumah bersendirian. Berehat. Ketika berpantang, anak-anak ke taska, suami kerja, saya dengan baby bersendirian. Lepas baby 2 bulan, Baby pun pegi taska bersama kakak-kakaknya.. saya dirumah sorang-sorang. Pada awalnya hanya tidur, tidur, dan tidur…
Saya boleh tidur sampai pukul berapa saya nak tidur. Baju blonggok biarkan. Ada mood basuh, takda mood biarkan nanti suami akan bawa ke dobi. Saya mula mencari penyelesaian untuk memudahkan kerja saya. Beli bakul – satu anak satu bakul baju supaya saya tak payah lipat baju. Untuk pemakanan anak-anak, saya dah mula gunakan konsep – asalkan makan kenyang dan bukan kenyang dengan makanan ringan. Tak kisahlah kalau 3-3 orang nak makan bubur kosong pun takpa. Nasi dengan kicap sahaja pun takpa asalkan makan. Kalau dulu mesti ada protein dan sayur.
Menjelang bulan ke enam selepas anak ketiga join ke taska. Saya terperasan yang emosi sudah stabil. Kerana. Enam bulan masa yang saya dapat untuk bersendirian. Berehat, dan buat ikut suka hati saya. Saya akui suami kadang rasa marah sebab saya dah la cuti tapi rumah tak terurus sama macam hari kerja. Tapi saya abaikan. Saya abaikan sahaja semua benda. Sebab saya nak berehat. Dengan rehat itulah saya telah menjadi diri saya semula, biarpun ada rakan2 lama yang datang bertanya mengapa saya sudah tidak seperti dulu.
Dan hari ini, dengan izin Allah selama lebih kurang setahun kebelakangan ini saya telah confirmkan yang saya bebas daripada penyakit gila ini. Rasa dah tak mahu ingat lagi..
Dan betapa sedihnya rasa hati saya bila hari ini seorang rakan menunjukkan hasil ujian mentalnya. Dan keadaannya lebih teruk daripada saya.. I know she needs help. But her husband did not know. Doaku supaya Allah pelihara kamu sekeluarga.
Sekian,
ZarinaShahrin.
RakanFacebookAnda.
**Jangan ada komen mengecam suami saya hanya kerana kurang penglibatan beliau dalam post ni ok. ?
Cuci Tandas Lagi Mudah Bila Buat Petua Ni. Taklah Lenguh Tangan Menyental!

Operasi membersihkan tandas kadang kala menuntut kita untuk menyental sepenuh hati bagi memastikan ruang tandas menjadi bersih berseri-seri. Hal ini kadang kala menyebabkan kita keletihan untuk mencuci tandas.
Namun tidak lagi bila mana anda mengamalkan petua ini. Cara mencuci tandas menjadi lebih mudah dan kosnya juga cukup murah.
Apa tidaknya bahan-bahan yang diperlukan untuk mneghasilkan bahan pencuci boleh dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan sedia ada didapur. Jom semak bagaimana membuatnya.
Tip Membersihkan Tandas/Bilik air.
- Basahkan permukaan dinding, lantai, tombol paip, belakang pintu, basin dan semua yang ada di dalam bilik air yang ingin dibersihkan.
2. Lepastu sembur dengan clorox original. Kalau boleh sila masukkan clorox dalam botol spray. Gunakan hanya peluntur brand Clorox berpenutup biru saja.
3. Bila sudah spray, tinggalkan sekejap. Biar semua kotoran kembang. Setengah jam ke sejam. Kemudian rinse off.
InsyaAllah semua kotoran daki dan kerak akan tanggal begitu saja. Tak payah try hard nak gosok-gosok, kecuali bekas selaput sabun. Yang tu memang kena berus sikit. Settle, Sekarang semua orang boleh cuci tandas dengan mudah !
Nasihat awal: Sila pakai spek dan tutup mulut dan hidung sebab cecair peluntur yang meruwap itu boleh merengsakan kulit.
Selain petua yangtelah dikongsikan oleh Ikin Maskuri ini, ada juga cara lain yang boleh ibu-ibu gunakan untuk memastikan tandas yang dicuci kelihatan bersih bersinar dan yang menariknya tanpa perlu kita terlalu menyental.
Lain tidak bukan adalah dengan menggunakan baking soda. Bahan nan satu ini bukan sekadar berfungsi dalam masakan terutama dalam membuat kek, sebaliknya ia juga boleh membantu dalam mencuci kotoran.
Umpamanya bagi menghilangkan segala macam kotoran di bahagian mangkuk tandas dan tangki tandas,bahan yang diperlukan:
1. Cuka
2. Baking soda
Cara pertama:
• Panaskan segelas cuka 40 ° C, dan kemudian campurkannya dengan baking soda
• Guna 200 gram (7 oz) cuka, dan 1 sudu soda.
• Tuangkan campuran tersebut ke dalam tangki tandas selama beberapa jam. Lebih elok biarkan semalaman.
• Untuk hasil yang lebih puas, buat la beberapa kali.
Cara kedua:
• Kosongkan tangki air, dan tutup pili air.
• Lap permukaan dalaman tangki dengan kain kering, dan tuang kain yang dah dibasahkan dengan cuka dan sapu di kawasan yang kotor.
• Selepas 2-6 jam, anda boleh membersihkan kotoran dengan pengikis (bukan logam).
Pokok Berbuah Nak Lebih Elok Hasilnya, Buatkan MOL Dari Nanas. Mudah Je Nak Buat!

Menikmati hasil dari tanaman sendiri semestinya cukup istimewa, hanya mereka yang pernah lalui pengalaman tersebut dapat menggambarkan rasa seronok dan puas hati. Apatah lagi jika hasil tanaman berbuah lebat.
Jadi buat anda yang baru-baru bercucuk tanam pokok jenis berbuah, bolehlah membaca perkongsian bagaimana caranya untuk hasilkan baja asli menggunakan buah-buahan yang dikatakan bagus sebagai penggalak buah.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum sahabat2 dan selamat mlm.Mari kita buat mol buah-buahan. Tak kira lah nak buat buah apa, seperti buah pisang / nenas / betik dll lagi.
Kebaikkan Mol buah-buahan:-
1. Sangat bagus untuk tanaman peringkat mengeluarkan bunga atau pokok berbuah, dapat merangsang pengeluaran bunga yang lebih banyak dan dapat meningkatkan kualiti buah.
Bahan2nya:-
*1 kg gula merah
*1 kg buah nenas atau kulit nenas yg tak nak jangan dibuang jadi kita buat MOL untuk tanaman.
(Kalau nak guna buah-buah campur, buah pisang masak yang kita dah tak nak makan, betik masak yang dah rosak dan lain-lain lagi, pun boleh yang penting beratnya 1 kg sahaja.)
*1 balang besar
*Kain kasar atau 1 keping tissue
*Tali untuk mengikat secukupnya.
Cara2 buat MOL:-
-Potong kecil-kecil atau cube pun boleh
-masukkan gula merah dahulu dalam botol berselang seli dengan kulit nenas hingga habis . (Berlapis lapis)
-tutup dengan kain dan ikat dengan tali
-tulis tarik diperam dan tarikh MOL matang.
-setelah 2 minggu tapis dan ambil cecair MOL
-Kulit nenas buat kompos jangan dibuang.
ARTIKEL MENARIK : Ni Cara Paling Simple Nak Mudahkan Urusan Isteri Di Rumah. Sila Buat!
Cara nak guna MOL sebagai semburan baja foliar.
-1,5 litre ( air hujan terbaik) tak ada air hujan air paip yang telah tertadah selama 24 jam pun boleh
– masukkan5 ml atau 1tutup botol MOL ke dalam botol air tadi dan sembur dipokok diawal pagi dan petang seminggu sekali.
Jika pokok besar boleh lah buat 2 kali seminggu.
Sumber:- petik dari sharing dari Urban farming. Kpd sahabat selamat mencuba. Sekian sharing saya pada minggu ini.
Semuga kita semua maju jaya dalam berkebun, walaupun ditepi rumah jika betul caranya boleh menjimat belanja dapur atau exchange sayur dengan kawan.
Sumber : Saadiah Madon