Nak Kenal Orang Yang Suka ‘Kontrol’ Orang Lain, Tengok Pada 10 Tingkah Laku Ni. Kalau Ada, Betullah Tu!

Share

‘Membaca’ atau mengenali serta memahami tingkah laku seseorang itu ada pelbagai cara. Umpamanya seperti yang dikongsikan oleh Puan Ainon Mohd dari sudut psikologi dan melihat ciri orang berpersonaliti suka mengawal orang lain.

Nak tahu apakah ciri-ciri tersebut, ini disenaraikan untuk info bersama.

10 TINGKAH LAKU ORANG YANG SUKA KONTROL ORANG LAIN
Menurut pakar-pakar psikologi, salah satu fitrah manusia adalah kita takut jika kita ditimpa musibah. Justeru kita mahu kawal kehidupan kita, supaya dengan itu kita selamat dari musibah.

Perkara pertama yang kita mahu kawal dan pastikan adalah orang-orang yang rapat dengan kita.

Antara pakar psikologi yang menulis tentang tingkah laku individu yang ‘controlling’ adalah Dr. Timothy A Carey.

Berikut adalah tanda-tanda seseorang yang mempunyai personaliti controlling:
1. Dia buat banyak peraturan. Apabila ada orang tak ikut peraturan itu, dia cepat melenting.
2. Dia suka buat sistem. Dia melenting apabila ada orang buat kerjanya tak ikut sistem.
3. Dia mahu semua benda diletakkan pada tempat yang betul. Keadaan mesti sentiasa bersih, kemas, dan teratur.
4. Dia suka buat kerja ikut jadual waktu. Mesti ikut rutin yang sudah ditetapkan. Orang lain kena ikut jadualnya.


5. Dia ada rancangan yang teliti. Dia sangat stress apabila ada benda-benda berlaku tidak macam yang sudah dirancangnya.
6. Dia tetapkan cara-cara membuat kerja. Cara-cara itu adalah caranya, semua orang lain kena buat ikut caranya.
7. Dia sangat demanding. Dia mahu orang buat apa yang dia suruh, yang tak disuruh jangan dibuat.
8. Dia mahu yang perfek saja. Tidak ada istilah lebih kurang.

9. Dia susah nak percaya orang lain buat kerja. Orang lain buat kerja tak pernah betul, ada-ada sahaja yang tak berapa betul.
10. Dia suka memberi nasihat. Dia perasan dia lebih pandai, lebih bijak, dan dia lebih tahu apa yang baik dan apa yang buruk.

Sumber : Puan Ainon Mohd

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club