Nak Kempis Perut, Kenalah Cuba 3 Cara Yang Sudah Diamalkan Oleh Ramai Ibu-ibu. Memang Terbukti Berkesan!

Share

Memang banyak cara nak kempiskan perut telah kita baca. Namun kali ini adalah petua dan cara yang telah diamalkan dan telah dikongsi di laman fb dan dirangkumkan untuk manfaat bersama.

Terbukti mereka berjaya melihat kesannya. Diharapkan melalui beberapa perkongsian ini  memberi keyakinan untuk kita pula mencubanya.

RESEPI KEMPISKAN PERUT
(Sesuai utk wanita dan lelaki)

Resepi ini sgt mudah, menggunakan bahan-bahan semulajadi dan rempah dari dapur sahaja. Sangat sesuai untuk :

1. Kempiskan perut
2. Buang angin dalam badan
3. Yg bersalin czer sgt digalakkan sebab anda tak bertungku untuk kempiskan perut.

Ibu mengandung tidak di benarkan

Ibu breastfeed boleh amalkan selepas bayi bebas jaundice

ATURAN MAKAN:
*Ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Selepas makan. (Bergantung kepada ketahanan dan keperluan badan)
*Diamalkan setiap hari secara berterusan untuk kempiskan perut.

sumber : Nurul Diyana Kamaludin

Begitu juga dengan Cik Rose ada berkongsi resipi di MAHN, dia juga amalkannya dan ini katanya,  “Sy dh cuba..alhamdulillah mmg bagus..resepi kesihatan utk meleperkan perut  sy”-Che Ros

Manakala ini pula menjadi amalan Nur Shuhada dalam memastikan perutnya kempis dan lawas membuang air besar, iaitu dengan mengamalkan air rendaman asam keping.

“Sejak amalkan air rendaman asam keping ni….rasa segar badan…lawas n perut kempis sikit..jom amalkan tiap mlm sbelum tido…”Nur Shuhada Ibrahim

 

NI CARA LAIN

Selain itu tidak dinafikan perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari juga dapat membantu ibu-ibu untuk mendapatkan perut yang ramping. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.