Ingin hubungan suami isteri terus seperti pengantin baru? Untuk pengetahuan anda yang telah berkahwin, dalam hubungan suami isteri jangan pernah berkata,”Tak ada ‘mood’lah, sayang”. Itulah kesalahan yang paling besar yang sering dilakukan oleh para isteri tanpa disedari!
Sebagai isteri, anda tidak wajar menolak permintaan suami, dan seperti anda sudah sedia maklum, ia berdosa! Sekiranya anda kerap tidak ada mood untuk melunaskan keinginan sang suami, sebaiknya anda mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.
Lagipun salah satu yang membuatkan hubungan suami isteri menjadi lebih harmoni ditentukan di ranjang. Jadi, cubalah ‘panaskan’ kembali hubungan suami isteri dengan sebaik mungkin.
1.Mandi
Selalu mandi sebelum melakukan hubungan seks dengan pasangan. Ini akan membuatkan badan anda terasa segar dan secara tidak langsung akan membuatkan ada lebih berkeyakinan dan penuh energi.
2.Pakailah Minyak Bayi Atau Lotion
Ads
Kulit yang nampak sihat dan bercahaya pasti akan membuatkan anda kelihatan lebih seksi. Jadi, selepas mandi cubalah anda sapukan minyak bayi, minyak zaitun atau lotion pada kulit anda. Kulit anda yang lembut dan berbau wangi pasti akan disukai oleh pasangan.
3. Jangan Ragu Untuk Memakai Pakaian Dalam Yang Seksi
Jangan abaikan pemilihan pakaian dalam atau lingerie. Pilih lingerie yang seksi, misalnya yang dihiasi renda-renda. Tidak ada salahnya jika anda bertanya kepada si dia tentang potongan lingerie yang dianggap seksi olehnya. Sesekali apalah salahnya anda memuaskan fantasi sang suami.
4. Suramkan Suasana Bilik
Ads
Pastikan suasana atau pencahayaan di bilik tidur anda lebih suram daripada kebiasaannya. Ia akan membuatkan suasana di kamar beradu menjadi lebih romantik serta dapat meningkatkan ghairah sensual anda dan suami.
5. Jadilah Diri Anda Sendiri
Anda mungkin sering melihat filem-filem yang menampilkan adegan seks, di mana para wanitanya kelihatan cantik dengan solekan yang sempurna. Tetapi, anda tidak perlu meniru sampai sejauh itu. Jadilah diri anda sendiri, natural kerana sang suami pasti lebih senang anda menjadi diri anda sendiri.
6.Mesti Ada Keyakinan Diri
Ads
Anda perlu yakin pada diri anda sendiri, bahawa anda juga seksi . Paling tidak pun, di mata suami anda. Keyakinan diri ini secara tidak langsung akna membuatkan anda kelihatan lebih seksi.
7. Kuasa Ciuman
Ingat ya, jangan memperkecilkan kuasa sebuah ciuman.Dengan satu kucupan sahaja ia sudah mampu meningkatkan rasa ghairah anda dan pasangan. Jadi, jangan melupakannya sama ada ketika mahu memulakan hubungan seks ataupun selepasnya. Lagipun ciuman akan membuatkan akan membuatkan anda berasa lebih intim daripda hubungan seks itu sediri. Selain itu, jangan lupa bisikkan sesuatu yang manis, manja dan menggoda di telinganya.
8. Jangan Malu Untuk Cuba Teknik Baru
Jangan malu-malu atau ragu-ragu untuk mencuba teknik-teknik baru yang berkaitan dengan hubungan seks. Apabila anda dan suami, seronok melakukannya, sudah tentu kedua-duanya dapat beraksi dengan baik. Biarkan emosi anda dan suami terus bermain.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun bertindak nekad melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat sebuah kondominium di Taman Cahaya selepas dipercayai didera dan dikurung pada Jumaat.
Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Thina, 48 berkata, kejadian itu disedari isterinya ketika berjoging di kawasan berkenaan.
“Ketika itu kanak-kanak berkenaan berada di belebas tingkap di tongkat 4 kondominium berkenaan.
“Dia menjerit meminta tolong kerana sudah tidak tahan didera oleh seorang wanita di rumah terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, kejadian itu bukan kali pertama, malah pada minggu lalu kanak-kanak itu dibogelkan dan diarah berdiri di balkoni rumah.
“Kejadian itu memang kami saksikan, anak-anak saya juga melihat, malah ketika menyelamatkan kanak-kanak itu dia memberitahu sudah tidak tahan dan penat,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas menerima laporan dari orang awam pada jam 4.41 petang.
Menurutnya, kanak-kanak terbabit dipercayai dikurung dalam sebuah bilik unit kondominium terbabit sebelum dipercayai cuba melarikan diri dengan keluar daripada tingkap bilik berkenaan sebelum terperangkap di belebas tingkap berkenan.
“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian pada jam 4.48 petang mendapati pintu kediaman terbabit sudah berjaya dipecahkan oleh pengawal keselamatan kondominium terbabit.
“Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu dipercayai mangsa penderaan berdasarkan kesan-kesan birat dan luka pada tangan, lengan, kaki dan belakang badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Norazam berkata, mangsa adalah kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia lapan tahun dan ketika kejadian mangsa ditinggalkan berseorangan.
Katanya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Apabila sudah bertemu jodoh, ada anak-anak yang lebih selesa untuk hidup berdikari dan tinggal berasingan daripada keluarga.
Jadi, banyak benda perlu diuruskan termasuklah kelengkapan rumah Seperti pinggan mangkuk Dan sebagainya.
Kisah yang dikongsikan Di laman tiktok ini mengundang perhatian ramai. Apa tidaknya, si anak kelihatan mengambil sedikit perkakas dari rumah ibu dan bapa untuk dibawa pulang bersama.
Berdasarkan hantaran daddysyu di laman TikTok, anak perempuannya yang sudah bernikah ingin membawa pulang sedikit perkakas dapur untuk kegunaan dirinya dan suami.
Walaupun mendapat persetujuan ibunya, tetapi reaksi si ayah berbeza.
Selepas diperiksa, rupanya anak perempuannya mengambil sekotak yang mengandungi periuk serta pinggan mangkuk.
Sambil ketawa, anaknya mengatakan hanya sedikit sahaja yang diambil namun ayahnya sempat berleter panjang dalam loghat utara sebelum menyuruh untuk menyimpan kembali barang-barang tersebut di dapur.
“Dia punya sikit tak boleh bawa bincang…kut-kut ini cara mak nak beli barang dapur baru, nice idea.
Itu antara kata-kata warganet pada ruangan komen. Rata-rata mengakui terhibur melihat reaksi anak dan ayah ini.
Jodoh tak panjang. Pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie dan Nina Ismail memaklumkan kepada ramai yang mereka telah pun berpisah pada Ogos lalu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Melalui Instagramnya, Jovian berkongsi kisah duka itu selepas bersama-sama melakukan siaran langsung produk mereka di Tik Tok.
Pun begitu kata Jovian, dia dan Nina namun tetap bersahabat baik untuk kesejahteraan dan kasih sayang tak berbelah bagi buat anak mereka, Jeanelle.
“Kebahagiaan Jeanelle kekal sebagai keutamaan kami, dan setakat ini, kami telah melakukan yang terbaik, Alhamdulillah.
“Kasih sayang kita terhadap ibu bapa dan keluarga juga tak berubah. Kita yakin dengan perancangan Allah, kerana Dia adalah perancang yang paling hebat,” ujarnya.
Tambahnya lagi, sokongan dari semua yang sentiasa memberikan sokongan buatnya dan Nina sepanjang 10 tahun berkahwin menjadi suatu perkara yang cukup berharga dan akan terus diingati oleh mereka.
“Sepanjang sedekad yang lalu, ramai daripada anda telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. Kami akan sentiasa menyimpan tahun-tahun ini di hati kami.
“Sokongan anda untuk #Jovianina sangat berharga, dan kami berharap anda akan terus menyokong dan menyayangi kami seperti yang anda lakukan,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Jovian dan Nina mendirikan rumah tangga pada 2013. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Jeanelle Nika Mandagie.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.