Mungkin ketika ini ramai yang hendak keluarkan duit ASB, terutamanya bila sudah dapat dividen. Namun memikirkan terlalu ramai orang berurusan di kaunter bank menyebabkan ada pula perasaaan malas untuk turut bersesak di sana.
Jadi tahukah anda bahawa tanpa perlu ke kaunter bank urusan keluarkan duit, anda tetap masih boleh keluarkan duit tersebut.
Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Nabilah Fairuz dan perkongsian ini berjaya meraih tumpuan wargamaya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Jadi jom lihat langkah demi langkah yang perlu anda lakukan untuk tujuan itu :-
Cara Keluarkan Duit ASB Online Melalui Portal myASNB
Daftar dulu sebagai pengguna jika anda pertama kali menggunakan Portal myASNB.
Tekan DAFTAR dan isikan maklumat pengguna
Langkah 1 : Login macam biasa bila dah daftar. Masukkan ID dan KATA LALUAN.
Langkah 2 : Klik menu PORTFOLIO dan tekan TRANSAKSI
Ads
Langkah 3 : Pilih JUALAN BALIK
Langkah 4 : Baca dan fahamkan notis PENGISYTIHARAN.
Langakh 5 : Masukkan jumlah berapa RM yang kita nak keluarkan duit ASB tu.
Tandakan ✓ pada kotak Pengesahan.
Ads
Langkah 6 : Tekan butang TERUSKAN
Klik PERMINTAAN TAC dan anda akan menerima SMS dengan nombor TAC.
Masukkan nombor TAC yang diterima itu.
Pengesahan transaksi yang berjaya akan dipaparkan.
Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam masa 2-3 hari bekerja.
Selesai!
Ads
NOTA: Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.
Had Pengeluaran ASB Online
Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM2000 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
Bilangan jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.
Khairul Aming ‘upgrade’ masak-masak di New Zealand, ubah angin lepas puas ‘bersiaran’ di dapur. Khairul Aming dikenali sebagai pempengaruh muda yang sudah sinonim dengan video ‘masak-masak’ yang kreatif dan resepi yang lazat dan mudah disediakan.
Khairul Aming ‘Upgrade’ Masak-masak Di New Zealand
Selepas bertahun-tahun menyediakan sajian masakan di dapur, pemuda ini mengorak langkah dengan ‘menaik taraf’ konten miliknya. Selepas tujuh tahun berkarya dan menghasilkan kandungan ‘masak-masak’ di ruang dapurnya, kini Khairul Aming membawa pengikutnya menjelajah ke luar negara pula.
Difahamkan, rancangan yang mempunyai sembilan episod itu dirakam di New Zealand. Pempengaruh itu akan menerokai pemandangan cantik di negara tersebut terbabit sambil memasak menu makanan yang pelbagai.
Ubah Angin Lepas Puas ‘Bersiaran’ Di Dapur
Dalam hantaran yang dikongsikan di laman Instagram dan juga TikTok, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzaman begitu teruja mengumumkan berita gembira itu buat para peminatnya.
Selepas 7 tahun buat video masak kat dapur, tiba masa untuk upgrade my content. Memperkenalkan my new cooking series di mana kita rakam 9 episode memasak sambil explore New Zealand 🇳🇿
Impian untuk pursue my passion sambil travel dunia akhirnya tercapai. Welcome to the first episode.- tulisnya diruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut nyata membuatkan para peminat serta pengikutnya di media sosial begitu gembira. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada peminat dan pengikutnya melihat keindahan New Zealand yang cukup memukau sekaligus mempelajari menu baru dari pempengaruh itu.
Menjengah ke ruangan komen, video ‘Episod 1’ yang telahpun mencecah hampir 50 ribu jumlah tontonan membuatkan warga maya teruja menantikan perkongsian video lainnya.
Komen-komen penuh dengan pujian dan kegembiraan, menunjukkan ramai yang tidak sabar menantikan episod memasak sambil menjelajah keindahan New Zealand bersama Khairul Aming.
Sedih melihat rumah ditenggelami air banjir. Lebih menyedihkan bila mana banyak barang yang rosak, termasuklah pakaian diselaputi dengan lumpur.
Jangan terburu-buru buang semuanya. Masih boleh dipakai walaupun tenggelam dalam air. Berikut adalah tip yang boleh digunakan:
Gambar hiasan
1. Bersihkan dari lumpur
Memandangkan dobi tak terima, jadi kenalah cuci sendiri. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membersihkan lumpur terlebih dahulu dengan cara merendam baju tersebut.
Biarkan lumpur keluar dan bilas beberapa kali sehingga air bilasan tiada warna lumpur. Selain rendam boleh juga sembur menggunakan semburan air yang kuat.
gentlenursery.com
2. Asingkan pakaian berwarna
Selepas tanggal lumpur, asingkan pakaian putih dengan berwarna untuk proses basuhan seterusnya.
3. Rendam dengan air panas
Bagi menghilangkan bakteria atau kuman yang mungkin masih ada pada baju, rendam pakaian dengan air panas. Rendam paling kurang 5 minit, jika ingin lebih lama tambah air panas lagi. Ketika ini boleh tambahkan dengan cecair pencuci anti kuman atau virus.
Gambar hiasan
4. Baju bayi rendam sekali lagi dalam cairan pembersih kuman
Selain baju anda, boleh gunakan cara yang sama untuk baju anak-anak atau bayi. Rendam sekali lagi dalam air yang ditambah cairan pembersih kuman. Tak perlu lama, 10 minit mencukupi. Boleh guna cecair pembasmi.
5. Cuci seperti biasa
Selepas itu basuh sekali lagi seperti biasa menggunakan mesin basuh menggunakan mode paling lama supaya cucian bersih.
Gambar hiasan
Kemudian jemur di bawah pancaran matahari hingga benar-benar kering. Ataupun keringkan menggunakan mesin pengering di dobi layan diri. Panjangkan tempoh supaya baju kering dan mematikan kuman sepenuhnya.
Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.
Kalau yang sabar, boleh lah hadap megi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya.
Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.
Langkah 1:
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.
Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.
Langkah 2:
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.
Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?
Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha
Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.
Langkah 3:
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.
Langkah 4:
Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?
JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN
Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?
Langkah 5:
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.
Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2.
Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha
Langkah 6:
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.
Langkah 7:
Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.
Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?
Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe
Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.