Nak Keluarga Bahagia, Bila stres dengan masalah, stop sebentar dan fikirkan. Doktor Ini Kongsi Solusi Yang Menenangkan Hati Dan Emosi!

Share

Keluarga yang bahagia adalah penentu membentuk rumahtangga yang harmonis. Namun jika tekanan yang dihadapi di tempat kerja, hubungan suami isteri, mertua, rakan-rakan dan juga anak-anak.

Ditambah pula, dengan sikap yang suka memendam rasa dan tidak berkongsi masalah dengan orang lain atau suami. Akibatnya, apabila tekanan  makin menebal dalam diri, ia akan menggangu perjalanan hidup anda sekali gus gagal membentuk keluarga yang penyanyang, sekali gus wujud jurang  antara hubungan anak, suami, mertua dan orang sekeliling.

Justeru, setiap apa masalah  ada cara solusinya. Anda harus tahu cara untuk mengawal stress ini. Perkongsian Dr Rozanizam Zakaria daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini boleh dijadikan panduan. Moga kita muhasabah diri!

_____________________________________________________________________

Stress biasanya berkait dengan ‘problem’. Settle problem, settlelah stress? betul ke? Kalau tak settle-settle juga? Kalau settle stress juga? kalau tak tahu nak settle?

Ada dua jenis problems yang biasa dihadapi oleh manusia.

  1. Actual problem – memang masalah yang nyata – perhubungan, kewangan, kerjaya dan sebagainya.
  2. Eventual problem – problem tak wujud lagi, tapi kita create dalam minda. Biasanya sebab karektor kita yang mudah risau. Istilah psikologinya “what-if-iyng style”.

Kita jadi risau sebab “kalau tak siap macam mana?..””kalau dia reject macam mana?..””kalau mati macam mana?..””kalau stress juga lepas baca ni macam mana?…”

Actual problem – kena settle dengan “Problem solving” – breakdown problem, cari penyelesaian, sediakan back-up plan, timbang pros dan cons, ambil tindakan… Tak dapat settle sendiri, dapatkan bantuan orang terdekat, kalau tak juga, kena dapatkan bantuan profesional.

Tapi eventual problem TAK AKAN selesai dengan problem solving. Sebabnya problem tak wujud lagi. Macam mana nak problem-solve!

Eventual problem kena selesai dengan ajar diri untuk terima uncertainties dalam hidup. Kena belajar usaha dan tawakal. kena belajar tidak semua perkara dalam hidup perlu dianalisa. Kena belajar “acknowledge” kerisauan itu ada tetapi jangan biarkan kerisauan itu mengatur kehidupan. Kena belajar “let go” your worries.

“…Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”

Rujukan: Sahih Muslim, hadith no 2664

Jadi bila stress dengan problem, stop sebentar dan fikirkan. Is this an actual problem or eventual problem?

Kredit: Dr Rozanizam Zakaria – Dr Nizam’s TIPS