Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi bab penjagaan diri terutama dalam mengekalkan bentuk badan.
Tetapi, memasuki fasa berumah tangga, adakalanya sukar untuk mendapatkan bentuk badan asal.
Lebih-lebih apabila sudah mengandung dan melahirkan. Yang dapat badan asal memang bertuah, sedangkan yang lainnya terpaksa berusaha gigih diet dan menjaga makan demi tujuan tersebut.
Berbeza dengan ibu kepada 3 cahaya mata ini, dia sangat menitikberatkan hal pemakanan. Mesra dengan panggilan Cik Oya, Norafiza Mahmud kongsikan menu diet yang diamalkan olehnya untuk kekal langsing dan rahsianya miliki kulit cantik berseri. Paling penting kena belajar untuk uruskan masa.
Tiada lagi rojak, tiada lagi laksa
Ads
Menurut sebelum memulakan diet perlu latih diri untuk mengurangkan pengambilan nasi, roti putih, gula dan makanan yang kurang kandungan garam.
Ujarnya lagi, walau sesibuk mana pun perlu luangkan masa untuk diri sendiri dan kena belajar mencuri masa.
Ini jadual diet kurus & cantik kulit wajah
Ads
Ads
Mungkin anda boleh cuba tips ini jika mahu menurunkan berat badan secara semulajadi. Apa yang penting, anda kena bersemangat dan berdisiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini, pelakon Wawa Zainal pernah meluahkan kebimbangan terhadap perkembangan anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar, yang masih tidak bercakap walaupun sudah memasuki usia empat tahun ketika itu.
Tidka kiralah selebriti mahupun orang biasa, pasti akan menimbulkan kerisauan jika sesuatu yang tak kena berlaku pada anak-anak. Siapa tak risau kan kalau mempunyai anak ada masalah bercakap.
Terbaru, Wawa Zainal berkongsi kisah anak sulungnya itu yang dikatakan mengalami masalah ‘speech delay’ atau lambat bercakap. Menurut isteri kesayangan aktor Aeril Zafril, Attar yang kini berumur 6 tahun banyak didedahkan dengan gajet sebelum ini.
Bagaimanapun, Wawa memberitahu Attar sudah menunjukkan banyak perubahan selepas dihantar ke kelas terapi. Dia berkongsi perkara itu kepada pengikutnya menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.
Mengenai posting smlm.. ramai yg tanya attar ni sbnr nya ada masalah apa. attar ni speech delay. umur da 6 tahun tapi belum lancar sgt lagi becakap. tapi Alhamdulillah ada peningkatan semenjak wawa hantar dia pegi OT,speech therapy.
Untuk yang mengadu anak masi belum bercakap padahal da 2tahun+ ,3 tahun tu cuba kurangkan gajet.. sbnr nya attar ni pun lambat sbb suka tgk gadjet dulu😢silap kitorng 😭😭 bila wawa posting psl attar rmi yg DM.
rupanya ramai jg ibu2 di luar sana yg alami masalah yg sama.. tak pee.. kita doa & usaha. usaha nya hantar pegi therapy etc.. & byk luangkan masa dgn dia. gud luck mommies ❤️❤️
Itu antara perkongsian dari Wawa Zainal mengenai perkembangan anak sulungnya itu.
Pendedahan Wawa tersebut mendapat reaksi dari peminatnya. Malah ada yang memberi semangat serta berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah melalui situasi tersebut.
Membersihkan rumah pasca banjir diakui bukanlah kerja mudah, cukup melelahkan. Apatah lagi jika di dalam rumah bukan sahaja ada saki baki air banjir malah ada yang dipenuhi dengan lumpur, sampah dan sebagainya.
Pun begitu, tugas-tugas membersihkan rumah perlu dilakukan segera, semakin lama dibiarkan akan semakin sukar pula jadinya. Lebih-lebih lagi jika ada banyak lumpur, jika dibiarkan bimbang akan mengeras dan kesannya semakin sukar untuk dibersihkan dan rumah akan berbau.
Lantaran itu, sebelum anda memulakan operasi membersihkan, apa kata baca perkongsian daripada Adzmal Abdul Aziz di akaun facebooknya.
Difahamkan ilmu yang dikongsikan ini diperolehi daripada kawan-kawannya yang menetap di Pantai Timur yang selalu menghadapi banjir. Ujarnya, selain water jet, glove, plastik sampah, penyodok air dan safety shoes menjadi antara alatan wajib ada, bahkan pasir kucing juga sangat berguna.
Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian penuh daripadanya di sini. Semoga bermanfaat!
Sebab rumah kita penuh dengan lumpur jadi kita kena basuh guna air tekanan tinggi. Mudah kalau ada water jet ni sebab barang rumah kena cuci banyak kali sebab busuk bau lumpur.
Ibu bapa mana yang tidak berasa gembira bila melihat pembelajaran anak-anak yang memberangsangkan. Syukur dikurniakan anak yang bijak dan mudah faham apa yang diajar oleh guru-guru.
Namun jika ada sesetengahnya anak-anak kita tidak dapat skor dengan baik sesuatu subjek umpamanya, jadi apa usaha kita sebagai ibu bapa untuk membantu anak-anak sewaktu mereka di rumah?
Cadangan dan saranan dari seorang cikgu ini elok dijadikan panduan. Jom semak apa katanya.
BAGAIMANA KITA BOLEH MEMBANTU ANAK YANG LEMAH DI RUMAH?
Baik, pagi ni aku kongsi tips untuk ibu bapa dan penjaga untuk bantu anak yang lemah dalam sesuatu topik khususnya mata pelajaran Matematik.
1) Download soalan peperiksaan pertengahan tahun/akhir tahun dan minta anak buat seperti mana tempoh peperiksaan. Google je, belambak soalan boleh dimuat turun dan cetaklah.
Boleh juga guna set soalan dalam buku latihan yang dibeli. Jangan benarkan anak meniru, tengok sifir dan bertanya dalam tempoh ini. Jangan bagi adik-adik dia kacau. Buat bagai peperiksaan yang sebenar.
2) Rujuk skema jawapan dan tanda kertas anak bersama dia. Kira markah dan tulis besar-besar macam cikgu selalu tulis. Buku latihan biasanya disediakan skema jawapan dibahagian tengah atau belakang.
3) Kesan topik apa yang anak buat silap dalam kertas soalan tersebut. Contohnya jika dia salah dalam topik Bahagi, Isipadu Cecair, Perpuluhan, Pecahan, Luas, Ukuran Panjang dan Jisim; listkan semua sekali.
Mula latih mereka secara topikal. Mula dulu dengan Bahagi. Bagi penerangan cara kira yang betul mengikut kefahaman kita. Bagi soalan Bahagi je banyak-banyak. Bagi sampai 50-100 soalan pun tak apa. Biar dia buat sampai dia faham betul-betul.
Ini dinamakan teknik masteri. Murid belajar satu-satu topik sampai dia betul-betul kuasai baru bergerak ke topik seterusnya. Tak semestinya dalam satu hari kita buat semua ini, mungkin makan masa 2-7 hari baru mereka kuasai.
Jangan risau bab masa. Lambat ke cepat dia boleh kuasai tu nombor dua. Yang penting latih tubi topik sama.
Buku latihan berbentuk topikal berlambak di pasaran. Beli sahaja. Bila dah kuasai, baru bergerak topik seterusnya yang mereka salah dalam peperiksaan. Latih tubi lagi sama macam topik Bahagi tadi.
Begitulah ulang dan ulang sehingga mereka kuasai semua topik yang mereka lemah tadi.
Langkah akhir sekali, beri semula soalan peperiksaan pertengahan tahun atau set soalan akhir tahun yang merangkumi semua topik.
Bagi anak jawab, InsyaAllah ada peningkatan yang mendadak.
********************************************
Aku tahu, pasti ada yang pertikai kenapa suruh ibu bapa ajar anak kat rumah. Pasti ada yang kata itu tugas guru.
Benar, tugas mengajar adalah tugas guru. Benar sekali.
Cuma perlu diingatkan guru mengajar secara kelas. Tak boleh hadap satu lawan satu. Tak boleh tumpu pada anak kita seorang. Tak boleh bagi perhatian macam ibu bapa boleh bagi secara one to one dengan anak.
Bila mengajar secara kelas, pasti ada murid yang ketinggalan. Yang mana mereka tak faham tapi mereka tak tanya pula. Bila mereka tanya, penerangan yang diberi mereka faham seketika. Pulang lupa pula. Tambah-tambah bila cikgu mula masuk topik yang seterusnya.
Topik yang mereka belum betul-betul faham, mereka akan tak dapat kuasai.
Ini tips KHAS UNTUK IBU BAPA YANG MAHU MEMBANTU anak-anak mereka belajar di rumah. Yang tak nak bantu, tak apalah.
Ini bukan paksaan. Ini bukan gesaan. Ini cuma tips bagi ibu bapa yang berkobar-kobar nak bantu anak, cuma tak tahu cara.
Nah, inilah caranya.
Silakan SHARE kepada kawan-kawan kalian yang jenis suka bantu ajar anak-anak di rumah juga.
Kerjasama ibu bapa dan guru pasti lahirkan generasi yang lebih berjaya.