Menerusi satu perkongsian dari Ustaz Hanif Jamaluddin, ada 3 perkara yang harus dilakukan oleh anak-anak muda sebelum kahwin untuk dapat peneman hidup yang terbaik.
- Perkemaskan Niat Dan Diri
Nak kawin sebab apa? Adakah sebab nafsu semata-mata? Atau seronok tengok kawan-kawan kawin? Kita perlu betulkan niat kerana Allah, mengikuti sunnah baginda Rasulullah dan menjaga diri dari perkara-perkara yang tidak baik.
Bila niat kita baik, maka Allah akan berikan yang terbaik sesuai dengan niat dan azam kita.
Begitu juga diri kita, nak sesuatu yang baik maka kita juga perlu berusaha sehabis baik untuk jadi baik.
“Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.” (An-Nur ayat 26).
- Dahulukan Agama Berbanding Perkara Lain
Kerana cantik kacak? Kecantikan akan mereput tua,
Kerana harta kekayaan? Harta akan habis diguna,
Maka pilihlah kerana agama dan akhlak mulianya.
“Dikahwini wanita itu kerana empat sebab; kerana harta kekayaan, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana pegangan agamanya. Pilihlah orang yang kuat pegangan agamanya nescaya kamu akan selamat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
- Berdoalah
Doalah dengan ayat dan bahasa yang paling kita faham. Mohonlah secara bersunguh-sungguh kepada Allah. Allah maha mendengar insyaAllah.
Di antara kesemua perkara diatas, inilah senjata yang paling ‘ampuh’ bagi seorang mukmin.
Tiada yang dapat mengalahkan kuasa doa yang dipohon tanpa putus asa kepada Allah SWT.
Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surah Al Furqan ayat 74:
“Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
Apa-apa pun kita berusaha dan Allah yang menentukan, dan Allah adalah sebaik-baik pemberi ketentuan dan perancang.
Tulisan asal oleh Ustaz Hanif Jamaluddin
Artikel Berkaitan :
Siapa Kata Usia Menjejak 40 Tahun Tidak Boleh Hamil? Ketahui 9 Artis Yang Memiliki Anak Di Usia Ini
Mesti Baca :
Nak Sembuhkan Demam Panas Dengan Pantas? Cuba Cara Ini..
7 Sebab Utama Dapat Kanser Payu Dara! Wanita Kena Tahu Untuk Menghindarinya
Anak Istimewa Mudah Menjaga? Ikuti Tip Daripada Doktor Ini Khas Untuk Ibubapa
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club