Kediaman yang dihiasi hamparan permaidani memang nampak menarik, kemas dan cantik. Namun, agak leceh untuk menjaganya, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil. Pantang leka susu tertumpah, terkena air kencing dan sebagainya lagi.
Nak mencucinya bukan mudah, jika mahu hantar ke dobi mahal dan leceh untuk mengangkutnya. Jika dibiarkan boleh menjejaskan kesihatan seisi keluarga dek habuk dan kotoran yang melekat padanya.
Selain menggunakan khidmat dobi, sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan sendiri demi memastikan permaidani atau karpet kita terjaga dengan cantik tanpa habuk yang memudaratkan kesihatan. Boleh buat sendiri saja di rumah. Karpet pun nampak sentiasa cantik, bersih dan tidak cepat rosak.
Ads
Langkah-langkahnya:
1. Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
Ads
3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan taburkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
Ads
6. Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20ml cuka dalam campura air secukupnya kemudian cuci.
7. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.
8. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
9. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.
Menerusi perkongsian video di Instagramnya, Dr Say berkongsi kisah pembantu rumah warga Filipinanya yang bertindak mengasari anak ketiganya ketika dia bertugas di luar kawasan.
Pembantu rumah itu dilihat memangku anaknya namun menggoncangkan badan dan membiarkan kepala anak kecil itu dibiarkan tergantung ke bawah ketika berada di pangkuan. Hal ini sepatutnya tidak dibiarkan berlaku kepada seorang bayi yang masih kecil.
Pun begitu Dr Say menerusi videonya di Instagramnya turut memohon maaf kepada orang ramai kerana kekhilafan dirinya yang meninggalkan ketiga-tiga anaknya itu ketika bertugas di luar kawasan.
“Saya mohon maaf atas kelalaian saya. Banyak kecaman, nasihat dan teguran yang saya terima. Saya terima dengan hati terbuka untuk saya perbaiki diri saya.
“Saya bernasib baik anak saya tiada kecederaan atau kecacatan kekal & saya hargai setiap kata-kata anda semua. Terima kasih sekali lagi atas teguran anda semua & again my sincerest apology for the mistakes that i have done,” tulisnya di kapsyen.
Menerusi videonya kata Dr Say, dia memaafkan pembantu rumah warga Filipina itu kerana merasakan dia pembantu rumah yang baik sepanjang tinggal bersamanya.
“Sebab sebelum insiden tu saya tengok dia baik. Tak pernah minta keluar rumah langsung pada hari cuti.
“Tapi selepas dia dah dibuang, baru saya dapat tahu dia cakap hidung anak saya macam babi. Dia selalu cubit anak saya dan dia periksa balik nak tengok ada kesan Lebam ke tak. Apabila mandikan baby dia terus jirus seluruh muka dan bukannya mandikan perlahan-lahan,” katanya berkongsi.
Mengulas lanjut, Dr Say berkata dia dan isteri akan memperbaiki kelemahan mereka sebagai ibubapa demi anak-anak, terutamanya apabila berada di luar kawasan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang cerdik, lembut hati dan mendengar kata ibu bapanya. Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.
Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksanaan dan juga sikap menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan berasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.
Tetapi, sejauh mana kita boleh memantau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala sosial. Jom kita amalkan doa di bawah ini.
Doa untuk melembutkan hati anak yang degil Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah As-Syura ayat 19
“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa “.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (Sebut namanya). “Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
Doa untuk menangani anak lasak dan nakal Amalkan ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doa permohonanku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
Doa supaya anak rajin kerjakan solat. Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat ).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.
Doa anak taat perintah Allah Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini; Surah Al-Baqarah ayat 128.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
Doa agar anak dengar kata Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69. “Kami berfirman, Hai api, jadilah engkau sejuk, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim. Atau Al-Hasyar ayat 22-24.
“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara , yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Doa memohon rahmat dan keberkatan Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9 “Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa yang terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.
Kejadian semalam gempar apabila seorang ibu melahirkan bayi di surau pusat membeli belah di ibu kota ketika berlangsung expo barangan bayi. Lebih menakjubkan proses bersalin ibu itu begitu mudah dan berlaku dengan pantas. Memang rare sekali! Dalam situasi ini ramai yang menghulurkan bantuan.Tabiklah!
Keadaan ibu dan bayi selamat setelah tindakan pantas orang ramai yang menghulurkan bantuan termasuk menghubungi operator kecemasan dan pasukan perubatan penganjur. Lebih menakjubkan bayi dan ibu dalam keadaan selamat sehingga mereka dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya.
Situasi yang mendebarkan ini dilalui olah salah seorang yang terlibat menghulurkan bantuan ketika kejadian itu. Ikuti perkongsian puan Tinie Badri ini yang merupakan salah seorang yang melalui detik cemas ketika saat membantu ibu muda ini yang dikenali sebagai Rynn bersalin semalam. Perkongsian ini begitu mengujakan buat mereka yang bergelar ibu.
Hari ni dalam sejarah yang tak mungkin mami lupakan. Hajat di hati ke TCE Baby Expo nak beli barang baby je, direzkikan Allah menyaksikan baby lahir depan mata. Allahuakbar.
Kisahnya lepas selesai membeli beberapa barang baby yg dihajati, kami pun turun ke surau. Selesai solat Maghrib, mami dan anak2 tunggu Dedi di luar surau. Takde kerusi di luar tu. Mami taklarat dah berdiri, jadi duduk bersila di lantai dengan Kaklong Dan Aira.
Tiba-tiba pintu di tepi mami terbukak, dan seorang ibu hamil bersama seorang kawannya masuk. Dan kawannya beritahu “Nak bersalin dah ni”. “Ha??? Ke contraction je?” Mami menyedapkan hati “Tak, dah nak keluar” kata ibu tadi sambil menurunkan seluarnya. Oh my.. paniknya
“Ya Allah Ya Allah tolong tolong panggil ambulan, nak bersalin dah” mami menjerit bagitau orang sekeliling. Hp mami out??♀️ Kawannya kata tak sempat dah tolong cover dia dengan kain. Ya Allah serious mengeletar mami masa ni. Mami dan sorang lagi di situ tolong tutup ibu yang dah terduduk di hujung sudut. Baby dah selamat dilahirkan. “Allahuakbar, Allahuakbar”. Mami masih panik, kawan ibu tu tadi dah menangis sambil pegang baby ?syabas buat kawannya yang berani! Dedi tolong bagi kain pelekat dari dalam surau untuk cover ibu tadi, ada seorang makcik sedekahkan kain batiknya untuk selimutkan baby.
Ada seorang perempuan cakap dia nak call ambulan tapi basement tu takde line, dia akan naik call di atas. Mami mintak dia bagitau pak guard sama. Seorang perempuan pulak bgtau dia akan call organizer. Rupanya sis ni exhibitor di situ, tokey butik Mumdreams dengarnya tadi mujur dia ada no organizer. Dan seorang lagi lelaki yang ada di situ bantu call kecemasan. Alhamdulillah dapat.
Mami sempat bercakap kejap dengan operator kecemasan yang bertanyakan keadaan baby dan ibu. Mami bagitau baby ada menangis, mata berkedip dan ada pergerakan. Ibu pun sedar. Kami disuruh selimutkan baby. Masa ni kawan yang pegang baby pun dah lenguh bertinggung. Mami tolong pegang baby tu sementara dia betulkan duduk. Allahuakbar nak nangis rasa dapat pegang baby yang masih basah. Lembut, bersih, Comel sangat. Baby boy.
Kemudian pasukan Medic organizer sampai dan sambung bercakap dengan pihak hospital, suuh cari tali diorang nak guide untuk ikat tali pusat. Jenuh kami cari tali ? last kami jumpa tali yang kat face mask dalam beg Medic tu. Mami tarik je tali tu? pihak medic tu pun ikat tali pusat baby. Masa ni uri tak keluar lagi. Ibu ni dah rasa rengat sakit perut.
Mak ibu yang melahirkan dah sampai di situ. Dia memang datang bersama ke expo tu tapi berpisah sebab anaknya nak ke hospital dnegan kawannya. Katanya takpe selawat usap je perut nanti keluar la. Kagum betul makcik ni tenang cool je. Orang Brunei makcik ni. Elok makcik ni cakap memang keluar urinya. Allahuakbar sebelum ni mami tak pernah tengok real uri tu macam mana. ? Organizer pun ada datang membantu. Katanya ni first time baby TCE lahir kat event, diorang akan contact untuk bagi hadiah special untuk ibu ni.
Ada yang menghulurkan air mineral. Ada yang tolong pegang kain cover dari jadi tontonan. Ada yang tolong pegang fon untuk team medic tu bercakap dengan hospital. Ada yang tolong suluh dengan lampu fon masa team Medic nak ikat tali pusat. Ramai yang membantu.
Tak lama kemudian ambulan datang. Alhamdulillah kejap je tali pusat dipotong. Baby dan ibu dibawa ke HKL ? Alhamdulillah .Dah setel baru mami sedar kain mami ni basah kena air ketuban n sedikit darah
? rezki mami yang tak pernah bersalin normal dan tak berpeluang pun nak normal yg ketiga bulan depan ni, untuk tengok macam mana orang bersalin normal depan mata.. baru tau air ketuban tu mcm mana ? Allahuakbar. Doakan mami selamat bersalin czer bulan depan ye. (Memang tak diizinkan bersalin normal, baby songsang dari awal sampai akhir due to Bicornuate Uterus-kelainan bentuk rahim)
Terima kasih pada semua yang membantu. Baik2 semuanya. Rezki ibu tu mudah je melahirkan. Pukul 7 katanya start sakit, dia bersalin tu dalam 7.30-7.40 mcm tu. Sempat ibu ni bersembang agaknya sebab dia banyak jalan tu mudah bersalin? tengok mukanya pun tenang ceria je. Tahniah puan! Selamat Berpantang. Terima kasih Allah atas pengalaman hari ini.