Ramai yang ingin bersara tanpa dibebani hutang yang menganggu aliran tunai.
Ketika usia ini sepatutnya kita menjalani kehidupan dengan tenang tambahan pula anak-anak dah besar.
Namun tidak semua yang bernasib baik untuk menjalani kehidupan begitu.
Bagi yang bercadang hidup tenang selepas bersara, kena tahu perancangan kewangan.
Ikuti perkongsian saudara Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
Jutawan pada umur 50?
Untuk menjadi hartawan muda perlukan disiplin, pelan kemakmuran dan istiqama.
Sekarang adalah masa terbaik untuk melabur dalam bidang hartanah.
Setahun dua ini saya saksikan harga banyak rumah sama ada baru atau sub-sale merudum dan ini adalah masa terbaik untuk pelaburan.
Adakah harga akan turun lagi?
Allahualam.
Allah sahaja yang tahu tetapi saya jangkakan ramai orang akan menjual hartanah mereka kerana ekonomi yang kurang segar akibat covid.
Don’t despair.
Tidak pernah terjadi dalam sejarah dunia ekonomi merudum dan terus merudum. Ia tetap akan naik kembali.
Paling lama recession adalah dua atau tiga tahun kerana dari pengalaman saya yang telah melalui 4 recession mulai tahun 80’an, ianya tidak akan berpanjangan.
Ayuh, when the going gets tough the tough get going.
Anda tak perlu bayar ribu-riban menghadiri ceramah Azizan atau Najib untuk berjaya.
Sebelum ini saya telah menulis beberapa catatan bagaimana menguruskan kewangan dan membuat pelan kemakmuran dari pengalaman yang saya pernah lalui.
Orang paling susah untuk nampak pelan kemakmuran adalah ‘wage earners’ dan penjawat awam.
Ini adalah kerana mereka sudah berada dalam ‘comfort zone’ dan tidak ingin menyusahkan diri, memeningkan kepala untuk melabur dan menghadapi risiko.
Ingatlah ketika umor 50 nanti, apabila rakan-rakan lain sudah berjaya dan anda masih ditakuk lama, pada masa itu sudah tidak guna menyesal menangis ‘elephant tears’. Tips di sini percuma sahaja dan yang diperlukan ialah sifat semangat dan istiqama menempuh apa-apa dugaan.
Siapa kata mudah untuk menjadi jutawan pada umur 50?
Saya terbaca dalam satu buku bahawa 80% menjadi millionaire ketika umur mereka mencecah 50, atau older.
Juga disebut secara purata ianya memerlukan seseorang itu bekerja 32 tahun untuk menjadi millionaire.
Ini bermakna anda perlu bekerja dan mula financial planning dari umur 20’an lagi untuk mencapai financial freedom pada umur 50 and beyond.
Baru-baru ini saya menerima satu whatsapp message dalam grup dari seorang rakan yang ‘mengeluh’ kerana menjalankan perniagaan.
Walaupun sudah berumur lebih 60, beliau masih struggling untuk berjaya dalam perniagaan.
Saya catatkan intisari posting beliau.
Pada beliau ada 3 kategori orang melayu yang boleh berjaya dalam perniagaan iaiitu:
• mereka yang mewarisi kekayaan/perniagaan dari parents.
• mereka yang telah berkecimpung lama dalam perniagaan, berpengalaman dan survive.
• mereka yang bekerja sebagai broker dan mendapat commission yang besar.
Katanya lagi CEO dan directors big corporations ‘knows nuts about business’ dan tidak tahu masalah orang berniaga.
Dari 15 government agencies yang beliau berurusan, 95% pegawai ibarat menanam tebu ditepi bibir, hanya pandai bercakap tetapi tidak membantu businessman dalam perniagaan.
Dari message tersebut saya boleh baca bahawa beliau sangat kecewa dengan dunia perniagaan.
Sebelum itu beliau bekerja sebagai penjawat awam dengan ‘easy life’ sentiasa bermain golf dan mempunyai kuasa besar sebelum bersara.
Yes, business is not easy and not many people have the mettle to survive the ‘dog-eat-dog’ environment.
Adakah cara lain untuk anda menjadi millionaire at 50?
Saya mendapat juga satu message dari seorang rakan yang tidak menjalankan perniagaan tetapi menceburi bidang hartanah.
Pada beliau hartanah adalah pelaburan terbaik yg boleh menjanjikan pulangan yg tinggi dan berisiko paling rendah.
Harga hartanah jarang merosot dan setiap tahun paling minima boleh mendapat 4% ROI.
Apabila mendapat anak pertama beliau membeli sebuah rumah teres berharga Rm200k dan menjualnya 15 tahun kemudian dengan harga Rm500k.
Setelah membayar Rm100k baki hutang bank, beliau masih mempunyai Rm400k yang dilaburkan dalam pelaburan berlainan. Sebahagian duit itu beliau menaja anak-anak untuk further eduction.
Pada umur 50 beliau sudah memiliki 4 biji rumah yang berharga lebih dari Rm1 juta setelah menolak semua baki hutang piutang bank.
Tentunya pada permulaan susah menanggung bayaran bank atas pelaburan hartanah tetapi ianya low risk dan high return.
Who says it is easy to be a millionaire? Saya mempunyai ramai kawan yang menceburi pelaburan hartanah ini dan kebanyakan mereka adalah millionaire pada umur 50.
Semua bermula pada umur 20’an dan awal 30’an, dengan pelaburan hartanah permulaan berharga sekitar Rm100k sahaja.
Semasa bekerja dalam sebuah pemaju hartanah terbesar di Malaysia saya dapati beberapa staf berusia 30’an sudah mempunyai empat atau lima biji rumah dengan positive net worth (harga property lebih tinggi dari hutang).
Bekerja dengan pemaju membuka mata mereka tentang prospek cerah masa depan bidang hartanah.
Walaupun begitu beberapa staf berusia 40’an dan 50’an hanya memiliki sebiji rumah kediaman sahaja.
Apabila ditanya kenapa, mereka menjawab,
“Tuan Haji, apabila dah makan gaji kami malas nak pening-peningkan kepala fikir pasal pelaburan”.
Itulah perbezaan mereka yang nampak peluang pelaburan dan merangka pelan kemakmuran berbanding mereka yang sudah berada dalam comfort zone.
Amma ba’du.
TIP RANCANG KEWANGAN
Beberapa tips yang saya dapat dari mereka dan yang pernah saya lalui:
• jangan sayang property anda. Jika ada keuntungan, JUAL.
• lebih baik membeli rumah dari membeli rumah kedai.
• lebih baik membeli rumah teres dari apatmen.
• lebih baik membeli apatmen dari condo.
• pastikan credit rating anda dengan bank adalah positif.
• lebih baik beli dua rumah berharga Rm200k sebiji dari membeli sebiji rumah Rm400k.
• beli rumah lelong, repair dan jual semula.
• Jika menguntungkan beli jual rumah walaupun dalam tempoh 5 tahun. Keuntungan boleh membayar RPGT.
• lebih baik beli rumah freehold dari leasehold.
• elakkan beli rumah bumi unit walaupun lebih murah kerana susah untuk dijual.
• beg, steal, borrow (literally) bayaran deposit (10%), lawyer fees (1%) dan stamp duty (1-2%) bila beli rumah.
• beli rumah launch pertama housing developer kerana 30% lebih rendah dari saingan berdekatan.
• beli rumah bumi unit untuk kediaman sendiri sahaja.
• jangan put-off beli rumah yang nampak lusuh dan usang. Orang akan berebut beli rumah setelah repair dan cat semula.
• cari rumah sub-sale yang bernombor baik seperti 28, 68, 88 dll kerana senang jual.
• cari rumah dipinggir kota dengan harga yang lebih murah. Siapa sangka harga rumah di Senawang, Semenyih, Dengkil, Puncak Alam dan Puchong naik berlipat ganda walhal 10 tahun dahulu tiada siapa ingin membelinya walaupun harga murah.
• rumah kediaman sendiri tidak perlu besar atau mahal asalkan selesa dan selamat.
• elakkan beli rumah berdekatan STP (sewage treatment plant) walaupun murah kerana sukar jual balik. • paling baik pelaburan adalah rumah teres dan apatmen. Elakkan beli condo yang lebih mahal dan maintenance fees yang sentiasa naik.
• lebih baik bergaya dengan banyak rumah dari bergaya dengan kereta baru yang depreciate harga setiap tahun.
• cari mentor pelaburan hartanah dan belajar dari mereka yang sudah berjaya.
• lawyers fees adalah tetap tetapi boleh dapat diskaun jika kerap menggunakan yang sama.
• setengah penjual menggunakan satu lawyer sahaja dari pembeli untuk jimat kos tetapi semuanya terpulang pada anda.
• boleh dapatkan servis agent untuk membeli/menjual property tapi pastikan dapat diskaun.
Sebagai permulaan anda boleh berkongsi dengan beberapa rakan lain atau adik beradik untuk berkongsi membeli first property.
Bila umor mencapai 50, cairkan pelaburan anda, retire young dan enjoy life.
“Go cruising and catch the trade winds in your sails” kata orang Parit Jawa.
You are now a millionaire at 50.
* jika artikel ini membantu, doakan lah kesejahteraan saya dan keluarga dunia akhirat. Ameen.