Benarlah orang kata, rindu yang paling sakit adalah merindukan orang yang sudah tiada. Kesedihan itu hanya Tuhan yang tahu, bukan mahu menidakkan takdir atau tidak boleh ‘move on’, namun hanya yang melalui sahaja tahu akan perasaan tersebut.
Demikian yang berlaku kepada Fatimah, si cilik popular yang tinggal di di Birmingham, United Kingdom (UK). Kehilangan orang tersayang memberi kesan yang sangat hebat kepada Fatimah yang baru berusia 5 tahun.
Hampir sebulan pemergian Adamdidam atau nama sebenarnya Adam Mahamed Ismail, belum terubat sedih dihati kanak-kanak ini. Umum sedia maklum akan hubungan istimewa dan cukup rapat dengan tiga beradik ini iaitu Fatimah, Omar Mukhtar dan Ali.
Justeru, kehilangan Adam dalam hidup anak-anak itu memberi kesan yang cukup mendalam, dan tidak mudah untuk mereka terima dalam jangka masa yang singkat.
Ibu kepada Fatimah berkongsi perkembangan terbaharu kanak-kanak itu menerusi akaun rasmi Instagramnya baru-baru ini.
Fatimah nak pinjam mamaje 1 minit jer…
Difahamkan, selepas mendapat tahu Adam atau dipanggil mamaje oleh anak buahnya telah meninggal, Fatimah terutamanya antara yang paling terkesan, sehingga kesihatannya terjejas, kerana terlalu merindui Adam.
Jika sebelum ini ibunya, memaklum keadaan Fatimah sudah beransur pulih, tetapi baru-baru ini Fatimah dikatakan masih tidak mampu melawan perasaan rindu terhadap mamajee dan hanya mampu pergi ke sekolah selama dua hari sahaja.
Last week, Fatimah managed to go to school for only two days. She had another breakdown on Wednesday, 12th June. It was really heartbreaking to witness her pain. At first, no sounds came out of her mouth, only the tears streaming down her face. Then finally, her voice broke the silence.
Perkongsian tersebut nyata cukup meruntun hati siapa yang membacanya. Malah, Fatimah turut meminta ibunya menelefon auntie Love, iaitu gelaran yang dipanggil kepada Neelofa, yang ketika itu sedang dalam umrah, meminta doa agar Allah memulangkan Adam walau hanya untuk satu minit.
She said, “Please call Auntie Love…I need her to help tell Allah to send back Mamajee for just one minute. All I need is one minute. Just one minute, and I will return him back to Allah.” ?
neelofa Stay strong Fatimah sayang, aunty love will call you tonight ❤️ speak soon ok, love you!
Demikian respond dari Neelofa tatkala membaca perkongsian tersebut. Tidak dapat nak dibayangkan betapa kasih dan sayangnya kanak-kanak ini terhadap arwah Adam.
Semoga Fatimah dan adik-beradiknya kembali ceria seperti sebelum ini. Kesedihan dan keperitan jiwa yang dirasai oleh anak kecil ini sangat berat untuk ditanggung, hanya masa yang dapat mengubatinya.
yasmin.mahmood My doa that Allah grant Fatimah the strength to go through this heartbreaking grief. Amiin.
farrahadeeba Allahuakbar.. fatimah sayang.. Aunty doakan Fatimah tabah dan kuat. Dan may your heart recovers soon
nooranizamaskor Peluk Fatimah, bacakan Al-fatihah & selawat 3 kali, hembus perlahan2 ke umbun2 kepalanya. Begitulah saya selalu buat kepada anak2 kecil saya ketika sakit. Yakinlah Allah akan bantu kita. Allah maha pengasih lagi penyanyang… Sayang Fatimah…❤❤❤❤
aleezasyakirin Ya allah kuatknlah semngat anak ini….ubatilah hatinya yg kerinduan…ameen ❤️
linnmahmood Allahu.. it’s heartbreaking…??
May Allah give Fatimah strength to face this pain..
naddya.muhammad Ya Allah.. Sebaknya.. Moga Allah berikan kekuatan pada Fatimah..
zaleha.olpin So heart breaking to hear this let alone to witness it. Aunty doakan Fatimah kuat ya, Allah sayangkan Mamajee, but Allah will send him to you in your dreams little angel. Big big hugs to you ❤❤??
adilakhairy Dia tahu Auntie Love ada di Makkah at that time and maybe she can help her to tell Allah… stay strong Fatimah. ?
kasihsyamimiaaizag Clever girl.. Semoga Allah temukan fatimah dan mamajee dalam mimpi. Utk hilangkan rindu fatimah utk mamajee kesayangan dia. Feel u little girl. ????
Sumber : The Family UK & Adamdidam