
Tak sangka, dengan kreativiti dapat menghasilkan sesuatu yang menarik walaupun simple je. Inilah yang dikongsikan oleh wanita ini apabila suaminya membuat foldable table.
Puan Farah Fauzana Ismail berkongsi cara mudah dan jimat membuat foldable table menggunakan meja jepun dengan modal sebanyak RM17.30 je.
Foldable table💖
Mastermindnye mama tp tkg buatnye mestilah papa..tq lakiku yg baik hati…😂😂 Disebabkan ade yg tnye kite citer dulu skit..cermin hexagon,frame n foam wallpaper tu by kedai eco je..done iklan xberbayar😂 ok dh,kite tunaikan jnji..care diy foldable table👇
Bahan diperlukan utk 1 meja:
1.meja jepun/meja study bdk(mmg dh ade)
-klau xde bleh beli dkt mr diy dlm rm13++
-usha jgk papan plywood tp mcm costly + leceh jgk nk kne cat dll..jimat lgi beli meja tu..
2.adjustable bracket mr diy (rm13.90)-dlm gmbr kt bwh
3.wallpaper mr diy(rm3.40)
-sbb mls dh nk gi cari kedai eco😂
So total rm17.30 shj❤
Step2 kt gambar ye..cekidaut..
Datuk Seri Anwar Anwar Ibrahim Kongsi Pengalaman Masuk Penjara

Terdahulu, sedia maklum Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimasukkan ke penjara beberapa tahun dahulu. Namun sepanjang proses perbicaraannya, ia mengambil tempoh selama 10 setengah tahun untuk berada dalam penjara.
Selepas beliau bebas, beliau sampat berkongsikan pengalamannya sepanjang berada di dalam penjara selama lima tahun, sama seperti banduan lain yang tiada keistimewaan yang diberikan.
Menurutnya, 10 setengah tahun beliau berada dalam penjara cukup lama sangat mencabar baginya.
“Pengalaman dalam penjara banyak pengalaman baru, bukan sekejap. 10 setengah tahun tu memang lama. Allah saja tahu, Azizah nak datang jumpa tak boleh, kalau berjumpa pakai telefon ada cermin tu, nak sentuh tangan Azizah pun tak boleh. Hatiku luluh..Macam lagi Khai Bahar tu.” Ujarnya sambil berjenaka.
” Jadi apa yang saya lakukan, takkan la bac Al-quran dari pagi sampai malam. takk. baca, hafal, kemudian saya baca buku dari jam 8 pagi sampai 12.30 tenghari non stop. Buku falsafah, ekonomi, agama, tafsir, apa saja buku saja baca. Kemudian rehat sebentar, zohor, makan. Teh tarik tak ada ya, teh o tawar ada.”
“Mula-mula saya tidur atas lantai, dengan faktor umur saya sakit, doktor datang menasihati pihak penjara agar tidur dikatil dikhuatiri ada masalah lain datang. Makan saya diberikan katil. Kemudian saya didapati pucat, tak nampak matahari kerana berkurung. ”
“Di kesunyian petang, saya menyanyi lagu Azizah dari P Ramli. ‘Biar cantik rupamu dipandang mata ~ ” Ujar Anwar Ibrahim sambil menyanyi
“Saya tak ada macam orang tengok baik, baca quran, tak ada.. saya menyanyi juga..bukan salah bagi saya. Malam begitu juga, kita ibadah dan sebagainya..begitulah” Katanya
“Jadi saya berfikir macam mana nak jumpa Azizah, anak cucu ni? Kalau pergi mahkamah boleh.minta hak jumpa, tapi tak boleh, saya kalah.. tapi tak apa, pergi mahkamah pun dah syukur asalkan saya dapat keluar sekejap ”
“Tapi saya akui, pegawai penjara cukup baik dengan saya. Sampaikan hari ini saya dibebaskan, saya ditemuramah oleh TVC, Mereka tanya kenapa pegawai penjara menangis? saya kata bukan sebab dia nak saya masuk balik, tak..dia menangis sebab kami dah jadi kawan baik dan saya hormat mereka, saya tak salahkan mereka.”
“Nak masuk lokap saya tu ada 13 pintu besi, dari depan sampai nak masuk tempat saya. Macam penyangak atau penyamun besar saya ni. Macam mana saya nak lari..” Tambahnya
“Doktor dan Nurse juga baik dengan saya. Itu takyah cakap la…saya kata sakit telinga tapi tak sakit telinga. Asalahkan dapat keluiar sekejap jadilah.. hehe jagan bagitahu Azizah naa. ” Gurau Anwar Ibrahim
“Begitulah.. banyak lagi saya nak cerita. Tapi itulah, ada cerita yang seksa banyak lah.. you fikir yang tak boleh jumpa anak isteri, penyeksaan besar bagi saya. ”
“Dekat sana saya tak tahu apa yang berlaku, tak ada surat khabar, tv, radio dan sebagainya. Cuma 2 bulan sebelum saya dibebaskan baru ada tv. Saya tengoklah tv1 tv3 hari-hari.”
Video
Akhir katanya, dia berpesan pada semua yang hadir pada majlis itu bahawa dia berharap yang dia lalui ini tidak harus berlaku pada rakyat Malaysia. Kalau salah cakap, lawan, banta, itu adalah hak masing-masing. Tidak ada siapa yang harus dihukum atas berbezaan pendapat.
sumber : Tiktok ikaaa
Ibu Ayah Nak Hukum Anak Biar Berpada-Pada. Elak Sentuh Anak Ketika Stres, Boleh Undang Bahaya!

Tak dinafikan, sekarang ni semua hidup dalam tekanan fikir pelbagai cara untuk meneruskan kelangsungan diri dan keluarga supaya tidak putus dari mendapat rezeki.
Manakan tidak, kehadiran virus yang menggemparkan seluruh dunia kini menjadi asbab seseorang boleh hilang pekerjaan dan punca putusnya pendapatan. Bagi yang dewasa, setakat ikat perut masih lagi mampu tapi tidak bagi anak-anak yang masih kecil yang bukan sahaja perlu sediakan kelengkapan mereka, malah pemakanan mereka perlu dijaga supaya mendapat zat yang mencukupi.
Dek kerana masalah yang membelenggu, ada pula sesetengah ibu bapa melepaskan tekanan mereka pada anak-anak. Lebih-lebih lagi bila mereka buat sesuatu yang salah sehingga boleh membangkitkan amarah ibu ayah, sampai ada yang sanggup cederakan anak-anak mereka.
Jadi ibu ayah, kawal emosi masing-masing, elakkan dari menghukum anak-anak sehingga mendatangkan kesan buruk pada mereka seperti yang dijelaskan dalam perkongsian oleh Dr Redza Zainol ini. Jom ikuti pengisiannya!
Saya paling takut bila mak ayah jadi tertekan dan naik angin bila menguruskan ramai anak kecil di rumah.
Mudah sangat kita jadi hilang kawalan dan mula menghukum anak dengan cara yang sebenarnya sangat bahaya pada mereka.
5 cara hukuman ni sangat bahaya untuk anak
1) Pukul kepala dan muka anak
Banyak organ yang penting ada pada kepala anak. Kepala anak yang dipukul boleh tercedera sehingga berlaku gegaran (cerebral concussion) dan pendarahan dalam otak. Tempurung kepala boleh retak.
Mata boleh cedera sehingga cacat penglihatan anak. Telinga boleh cedera hingga pecah gegendang telinga.
2) Campak anak ke lantai dan dinding.
Bila terlalu marah, ada anak yang dicampak umpama patung permainan. Kesannya, dahi jadi luka, tangan patah, bibir pecah, badan jadi sakit sebab lebam.
3) Baling barang pada anak.
Objek yang keras boleh mencederakan anak. Buku atau permainan yang dibaling boleh buatkan anggota badan anak luka berdarah.
Menghukum anak mestilah dengan niat untuk mendisiplinkan anak dan bukannya untuk mencurah segala rasa marah pada anak.
4) Pukul sampai luka dan lebam.
Lebam dan luka pada badan anak yang kecil dikira keterlaluan. Tak patut untuk seorang budak menanggung sakit disebabkan lebam berhari-hari lamanya.
Jangan terkejut kalau anak kita menyimpan dendam sehingga mereka sudah dewasa.
5) Menggoncang anak.
Inilah yang paling saya takutkan. Bayi atau anak kecil yang digoncang terlalu kuat. Akibatnya sangat teruk.
Anak boleh ada pendarahan yang banyak dalam otak sehingga seluruh otak bengkak, ada pendarahan dalam mata dan patah tulang rusuk serta tulang belakang.
Rezeki Datang Pelbagai Cara. Usah Cemburu Hal Gaji. Penjual Roti Ini Kongsi Cerita.

Sejak perlaksanaan PKP untuk mengelak penularan covid-19, ramai rakyat Malaysia mengalami impak. Malah ada yang kehilangan perkerjaan, pemotongan gaji dan cuti tanpa gaji. Namun ada yang kurang sedap didengar apabila ada mempersoalkan gaji kakitangan sehingga ada yang mencadangkan pemotongan gaji kepada kakitangan kerajaan ini.
Menerusi facebook, Rol Sham, beliau menyuarakan pendapatnya mengenai isu yang diperkatakan dan percaya kepada setiap rezeki kita ada rezeki orang lain.
IKUTI PERKONGSIAN INI
UNTUNGNYA ORANG KERJA SEBAGAI PENJAWAT AWAM GAJI JALAN?
Semenjak PKP ni ramai kata untunglah jadi cikgu gaji tetap jalan, untunglah kerja gomen walaupun apa berlaku gaji tetap jalan siap ada yang dapat bonus dan BPN lagi. Hutunglah.
Kan untungkan mereka sampai ada cadangan suruh pemerintah potong gaji penjawat awam agar mereka juga turut membantu dalam keadaan sekarang.
Sebelum saya lanjutkan coretan saya, izin saya kenalkan diri. Saya hanyalah rol sham penjual jalanan yang menjual kebab dan roti john bukan penjawat awam hanya berniaga kecil-kecilan di pasar malam dan pasar tani. Jelas ye. Nanti ada kata saya ni juga penjawat awam tu pro penjawat awam.
Pernah dengar tak “dalam rezeki kita ada rezeki orang lain”. Jadi itulah kisah yang saya ingin sampaikan.
1. Kenapa kita rasa amat cemburu terhadap penjawat awam? sebab gaji tetap jalan macam biasa.
2. Kenapa rasa mereka patut dipotong gaji agar dapat membantu keadaan sekarang ini.
Jawapan saya tidak perlu cemburu dan potong gaji mereka. Sebab dengan gaji mereka, mereka sedang membantu meningkatkan ekonomi peniaga kecil seperti kami.
Golongan manakah paling ramai membeli produk makanan kami sewaktu PKP atau sebelum PKP. Mereka penjawat awam bergaji kecil mahupun besar . Mereka ini yang selalu ke pasar malam berhenti beli sebab balik tak sempat nak masak mahupun keletihan. Bukan sahaja penjawat awam bahkan swasta yang bergaji kecil. Mereka inilah penyumbang besar ekonomi kami.
Kami pula membantu peruncit membeli stok daripada peruncit manakala peruncit membeli daripada pemborong dan pemborong membeli daripada perkilang.
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada T20?
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada peniaga lain?
Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada penjawat awam?
Sepanjang saya berniaga tidak pernah lagi sekali sy dpt pelanggan daripada T20 (bukan sektor gomen ye) walaupun sebiji roti john berharga 5hinggit dan kebab 3hinggit. Tidak pernah.
Pelanggan saya banyak daripada penjawat awam, pekerja swasta m40, pekerja kilang, perkebun, pesawah dan majority adalah penjawat awam.
Tapi kenapa kita tidak rasa bersyukur apabila pemerintah kekal gaji mereka tanpa potongan. Kita perlu bersyukur sebab bila gaji penuh mereka tidak berkira-kira untuk berbelanja beli goreng pisang mak cik kiah ke nasi lemak pak maon ke atau juadah sampingan lain.
Namun jika gaji dipotong mereka akan mula berkira-kira kalau aku beli chicken chop harga 10hinggit aku tambah lagi berapa ringgit dpt beli ayam seekor atau beras 5kilo lagi berbaloi kena jimat ni gaji dah kena potong.
Nampak minda mereka akan berubah. Jadi apa berlaku pada peniaga micro makin lama makin hilang pelanggan dan akhirnya terpaksa tutup.
Gaji mereka dapat mereka tidak akan simpan pasti ada sikit untuk berbelanja. Jadi kenapa kita harus cemburu.
Dengan pemotongan gaji penjawat awam adakah ia membantu menaikkan jualan kita?
Jika ye kenapa dari sebelum PKP ada pejuangan gaji minima sepatutnya tidak perlu gaji minima kan. Saya bukan nak membela penjawat awam atau kakitangan swasta bergaji penuh tanpa potongan. Tapi mereka adalah antara penyumbang pembangunan ekonomi kecil.
Macam saya sekarang dimusim PKP kebanyakan customer saya adalah guru, polis, misi, pekerja kilang, pekerja sektor dibenarkan buka kebanyakan daripada mereka kalau penduduk kampung ada, mereka beli tapi kena jimat jugalah sebab punca pendapatan mereka terjejas saya faham itu.
Jadi yang berikan cadangan atau pihak yang cemburu itu dah lihat ke jualan kita harini berapa peratus daripada golongan penjawat awam yang dipersoalkan hutunglah gaji jalan.
Tak rasa bersalahkah?
Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing, jadi berhenti merungut dan terus berusaha. Alhamdulillah hariini roti john sy tak banyak jual tp still bersyukur masih ada duit masuk. InsyaAllah esok mungkin ada lebih sikit untuk hari ini jom kita bersyukur jika pun hanya RM 1 sahaja yang masuk. Kerana itu bukan rezeki daripada pembeli atau pemberi tapi itu adalah rezeki daripada Allah.
Sekian #abgkebabmenulis bagi yang tidak sependapat dengan saya, saya mohon maaf. Saya hanya luahkan sikit rasa sahaja.
“Dalam Gaji Mereka Ada Rezeki Kita”
Kredit : Rol Sham