“Musang King yang ditanam dari anak akan mula berbunga pada usia 5 tahun dan berbuah sepenuhnya pada usia 7 tahun keatas. Imagin, apabila anda bersara pada umur 55 atau 60, sudah tersedia banyak pokok MK yang mendatangkan hasil lumayan.”
Menarik untuk pelaburan selepas bersara. Malah buah durian jenis ini memang laku keras dipasaran bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara China.
Nak tahu bagaimana untuk tanam MK, ikut cara panduan yang disediakan oleh lelaki ini, Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Oma
IKUTI PERKONGSIAN INI.
PERMINTAAN TINGGI DI NEGARA CHINA
Persediaan bersara bermula dari sekarang.
Ok catatan ini berbeza sedikit dari yang lain kerana saya ingin mencadangkan penanaman durian Musang King (MK) sebagai ‘cash cow’ apabila bersara nanti.
Mungkin anda ada 5 tahun lagi atau 10 tahun atau 20 tahun rancangan untuk bersara tetapi persedian boleh bermula sekarang.
Saya telah hadir banyak kursus anjuran FAMA dan Jabatan Pertanian mengenai tanaman durian MK dan boleh nampak potensi masa depan industri tanaman durian MK.
Ramai entrepreneur dari China telah mula invest bersama rakan kongsi orang Malaysia untuk menanam beribu ekar ladang MK di Malaysia.
Pada ketika ini orang cina di China sudah mula ‘giler’ dengan durian MK walaupun harganya Rm188 sekilo.
Di Guangzhou sahaja terdapat 30 juta peminat MK dan ianya sudah mula merebak ke wilayah lain dinegara China.
Imagin 1 billion rakyat China yang giler durian MK kita. Memang ianya akan menjadi pelaburan yang sangat menguntungkan nanti.
Orang melayu yang skeptikal selalu bertanya apakah harga MK dapat bertahan apabila banyak estate MK mula mengeluarkan buah?
Rakan cina ramai sudah mengorak langkah menanam MK walhal bani melayu masih lena dan tertanya-tanya apa jadi bila MK sudah melambak nanti, walhal cangkul masih belum dipegang lagi.
Dengan permintaan tinggi dari Negeri China dan juga lokal, harga MK masih bertahan Rm30 sekilo didusun semenjak 5 tahun dahulu.
JANA PENDAPATAN SELEPAS BERSARA
Research yang dibuat oleh FAMA menjangka permintaan MK akn meningkat setiap tahun.
Anda tak perlu mempunyai tanah puluhan ekar untuk bermula penanaman MK ini. Cukup sekadar menanam 5 batang sebagai permulaan, atau pun bermula dengan suku ekar.
Semasa kursus kami diberitahu bahawa seorang penanam yang mempunyai 5 batang MK beroleh pendapatan Rm75k pada satu musim.
Jika anda mula sekarang, semasa bersara nanti anda hanya perlu ‘menuai’ hasil MK sebagai hobi sahaja.
Sebenarnya ada jalan pintas jika anda mempunyai banyak pokok durian kampong dibelakang rumah.
Jabatan Pertanian mengesyorkan anda membuat cantuman dewasa pada pokok durian kampong, iaitu mengahwinkan sion MK pada batang durian kampong.
Setelah tunas MK sihat, pokok lama boleh ditebang dan pokok baru menjadi MK. Setelah 3 hingga 5 tahun ia akan mula berbuah.
Jika anda ingin bermula dengan penanaman MK dari anak, banyak ilmu perlu di pelajari dari segi pengairan, baja, penjagaan pokok dari penyakit dll.
Semuanya boleh dipelajari dari kursus kursus yang dianjurkan oleh FAMA marketing, Mardi dan Jabatan Pertanian.
MK yang ditanam dari anak akan mula berbunga pada usia 5 tahun dan berbuah sepenuhnya pada usia 7 tahun keatas.
Imagin, apabila anda bersara pada umur 55 atau 60, sudah tersedia banyak pokok MK yang mendatangkan hasil lumayan.
CARA MENANAM DURIAN MUSANG KING
1.Mula-mula, pilih benih yang sihat dan dijamin ketulenannya, pastikan tidak ditipu oleh sesetengah penjual yang hanya mahu mengambil komisen (dropshippers).
Setiap benih durian mempunyai daun yang berbeza, anda kena belajar bezakan daun musang king dengan durian lain.
2. Sediakan tapak penanaman durian dengan mengorek lubang 80x80x80 cm.
Pastikan kawasan penanaman mempunyai cukup cahaya matahari dan berbukit, elakkan menanam di kawasan tanah rendah yang lembab dan sering berair.
3. Sebelum menanam benih, masukkan semua galian ke dalam lubang seperti tinja ayam yang sudah kering sebanyak 2-3 kilo, baja subur NPK 15.15.15 dan CIRP atau hormon akar.
Biarkan selama 3-4 minggu untuk membunuh bakteria sebelum memasukkan benih.
4.Selepas menanam benih durian, pastikan pokok disiram dengan air setiap hari atau memasang sistem pengairan automatik (dripping) agar tanah sentiasa lembab untuk mempercepatkan akar tumbuh.
5. Pokok durian perlu di pagar dengan net hitam seluas 2×2 kaki untuk mengelak belalang memakan daun dan mengelak cahaya matahari terus terkena pada benih durian.
6. Untuk mencegah penyakit seperti hawar daun dan seranggan penyakit kulat pada daun, sembur dengan racun kulat seperti Monceren atau Decis sekali setiap 1 bulan.
7. Pembajaan perlulah dilakukan sekali dalam 2 atau 3 bulan dengan baja subur NPK 15.15.15 untuk membantu percepatkan pertumbuhan pokok durian.
8. Bila pokok berumur 5 tahun, tabur dengan baja penggalak buah dan kurangkan baja subur. Paling penting adalah mencegah penyakit kanker batang, jika ternampak daun durian mula kering dan gugur, itu petanda kanker batang atau serangan anai-anai / serangga di bahagian akar.
Tulisan ini untuk buka mata anda semua. Don’t just dream, DO IT NOW!!
Kredit: Zainuddin Omar