Meskipun kecantikan dan wanita itu tidak dapat dipisahkan, tapi jika salah cara dan pemahaman dalam bab penjagaan kecantikan bimbang juga boleh menyebabkan masalah lain pula.

Atas sebab ini juga, Dr Noorulhana Hadzarami, Doktor Pakar Bius ingin berkongsi info kepada wanita di luar sana tentang mitos dan fakta kecantikan. Jom semak.

 

 

Adakah amalan berpantang kaum Melayu selepas bersalin mampu memastikan wanita cantik dan sihat hingga ke mati?

Tidak. Wanita seluruh dunia tidak mengamalkan pantang kaum Melayu tetapi mereka tetap cantik dan sihat. Hanya sebahagian kecil wanita Asia mengamalkan pantang dan pastinya ia bukan amalan pantang kaum Melayu.

Ads

Amalan berpantang hanyalah untuk memberi ruang ibu berehat selepas bersalin. Tak salah jika ia dilakukan dengan rasional dan tidak melampau. Amalan pantang yang ketat adalah berbahaya dan boleh membawa maut. Yang lebih penting untuk sihat dan cantik ialah pemakanan seimbang dan senaman sepanjang hayat. Bukan amalan jangka pendek yang dilakukan sekali dua seumur hidup.

Nak Jaga Kecantikan, Dr Ni Terangkan Faktanya Agar Bukan Saja Untuk Cantik Tapi Sihat!

Adakah senaman tidak bagus untuk wanita kerana ia menyebabkan rahim jatuh?

Ads

Rahim tidak jatuh disebabkan senaman. Malah obesiti akibat tidak bersenam adalah faktor penting rahim jatuh. Faktor lain rahim jatuh ialah bersalin berkali-kali, proses bersalin terlalu lama, usia lanjut, tekanan abdomen yang kuat (batuk kronik, sembelit) dan tidak mengamalkan senaman otot pelvis.

Otot pelvis kita boleh dilatih melalui senaman Kegel supaya dapat menampung rahim dengan baik.

Nak Jaga Kecantikan, Dr Ni Terangkan Faktanya Agar Bukan Saja Untuk Cantik Tapi Sihat!

Ads

Adakah senaman angkat berat tak bagus kerana membuatkan otot wanita bertambah besar.

Tidak. Senaman rintangan dan angkat berat boleh membantu tulang supaya padat dan membentuk otot yang kuat. Adalah sukar untuk otot wanita menjadi besar dengan hanya melalui senaman. Jadi usah risau untuk menambah variasi senaman.

Adakah kulit yang cantik perlu putih melepak?

Tidak. Semua warna kulit adalah cantik. Melanin adalah cantik. Malah, melanin pada lapisan kulit mampu melindungi kulit dari cedera akibat sinaran UV. Hargailah warna kulit kita.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI