Jika dilihat petua orang dulu-dulu memang banyak menggunakan limau kasturi untuk penjagaan kecantikan diri untuk seorang perempuan. Pelbagai ramuan dan cara dihasilkan untuk mendapatkan kesan yang diingini.
Pun begitu, kita sebagai generasi hari ini, kenalah ‘menuntut’ bagaimana untuk mendapatkan ramuan tersebut dan bukannya cuba buat-buat yang akhirnya boleh menyebabkan masalah lain pula pada kulit.
Jadi di sini dikongsikan 11 ramuan atau resipi menghasikan ramuan cantik dengan limau kasturi yang dikongsikan oleh puan Safira Redzuan II, Cikgu Spa Bengkel Fast Track Ala Hotel Lima Bintang.
Balik sesekali di kampung tengok pokok banyak limau kasturi. Kalau dibiarkan busuk jadinya.
Limau kasturi ni sangat sedap di buat air tapi kalau dah banyak sangat takkan nak minum hari hari kan.
Jadi cikgu nak kongsi pelbagai kegunaan limau kasturi untuk kecantikan dan kesihatan
Setiap gabungan bahan beserta sukatan yang betul ada tindakan kimia semulajadi yang membantu menyelesaikan masalah sekiranya konsisten dan istiqamah.
Jadi janganlah over menggunakan bahan. Janganlah campur sesuka hati . Walaupun kategori alami namun kalau sukatan over boleh juga jadi iritasi. Sebab itulah berpada pada dalam apa jua yang kita buat.
Bahan bahan juga mudah di dapati. Hanya di dapur sahaja.
1. KULIT KEPALA GATAL/BERKELEMUMUR
3-5 biji limau kasturi di perah airnya.
1 sudu kecil baking soda
Air asam jawa setengah gelas
Kacau sebati dan lumur satu kepala sambil picit dan pakai shower cap atau plastik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian boleh cuci
Amalkan seminggu 2-3 kali
2. MASKER MUKA BUANG BINTIK PUTIH DAN KECUT JERAWAT
1 biji limau kasturi di ambil airnya
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil madu
1/4 sudu kecil baking soda
Kacau sebati dan tambah sedikit air dan sapulah di wajah dan biarkan selama 30 minit . Kemudian cuci dengan air biasa
Amalkan seminggu 2 kali
3. SCRUB MUKA BUANG KULIT MATI
1/2 biji limau kasturi di ambil airnya
1 sudu kecil gula perang halus
1/2 sudu kecil madu
Kacau sebati. Dan scrub la wajah dengan perlahan lahan. Dan cuci wajah dengan air biasa
Amalkan seminggu 2 kali
4. LULUR BADAN GEBUKAN KULIT
3 biji limau kasturi di blend bersama kulit
4 sudu besar tepung beras
2 sudu besar garam halus
1 sudu besar gula halus
Gaul sebati dan tambah sedikit air kalau terlalu pekat. Lulurlah badan. Biarkan seketika dan bilas dengan air biasa
Amalkan seminggu 2 kali
5. KAKI BERBAU/ FUNGUS/ KAKI KERING/ TAPAK KAKI KERAS
3 biji limau kasturi di blend bersama kulit
1 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar garam halus
1/4 sudu kecil baking soda
Gaul sebati dan sental seluruh kaki.
Amalkan seminggu 2 kali
6. RENDAMAN KAKI
5 biji limau kasturi di perah airnya
1 sudu kecil baking soda
2 sudu garam kasar
Di masukkan di dalam air suam takat buku lali. Rendamlah kaki selama 15 minit.
Amalkan seminggu 2 kali
7. KEMPIS PERUT
1 sudu kapur sirih
1/2 biji limau kasturi diambil airnya
Gaul sebati
Sapu di kawasan perut dan balut dengan plastik pembalut makanan barulah pakai barut/bandage/korset.
Penggunaan yang kerap mampu membentuk perut idaman
7 . JAMU BUANG ANGIN
1 1/2 halia diketuk
5 helai daun pudina
3 kuntum bunga cengkih
Rebus bahan dengan 500ml air sehingga mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dalam cawan dan perah 1 biji limauk kasturi dan tambah 1 sudu madu .
Kacau sebati dan minum.Minum Sehari sekali sebelum makan.
8. LULUR BADAN BUANG ANGIN
1/2 halia
Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
2 biji limau kasturi
Blend semua bahan.
Masukkan bahan dalam 4 sudu tepung kacang hijau
2 sudu garam halus
Gaul sebati dan tanbah sedikit air dan lulurlah seluruh badan dan lebihkan tempat yang bermasalah seperti pinggang dan bahu. Biarkan seketika dan bilas dengan air biasa
Amalkan seminggu 2 kali
9. MANDIAN LIMAU KASTURI SEGAR BADAN
15 biji limau kasturi di ambil airnya
2 cawan garam kasar
2 sudu besar baking soda
Masukkan dalam baldi dan mandilah. Kalau boleh berendam lagi bagus. Bagi yang ada tub mandi boleh lebihkan garam dan limau.
Amalkan seminggu 2-3 kali
10. REDAKAN GATAL MUKA AKIBAT RESDUNG
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 biji limau kasturi di hiris
5 helai daun pudina
Rebus sehingga mendidih. Tutup api tuang dalam besen dan waplah muka tu sehingga habis wap. Hati hati dengan kepanasan besen.
Amalkan seminggu 2 kali.
11. HILANGKAN BAU KETIAK DAN CERAHKAN KETIAK
2 biji limau kasturi
3 helai pudina
1/4 biji kentang
Blend ketiga bahan ini . Kemudian tambah 2 sudu besar garam halus, 1/4 sudu kecil baking soda dan sedikit
Sentallah di ketiak perlahan lahan. Biarkan seketika dan bilas dengan air.
Amalkan seminggu 4 kali untuk dapat kesan yang bagus.
Okay. Selamat mencuba. In Sha Allah. Niat baik baik dapat baik baik. Niatlah setiap kali nak amal nak singkirkan penyakit dan bad energi.
sumber : Safira Ridzuan II