Jika dilihat petua orang dulu-dulu memang banyak menggunakan limau kasturi untuk penjagaan kecantikan diri untuk seorang perempuan. Pelbagai ramuan dan cara dihasilkan untuk mendapatkan kesan yang diingini.
Pun begitu, kita sebagai generasi hari ini, kenalah ‘menuntut’ bagaimana untuk mendapatkan ramuan tersebut dan bukannya cuba buat-buat yang akhirnya boleh menyebabkan masalah lain pula pada kulit.
Jadi di sini dikongsikan 11 ramuan atau resipi menghasikan ramuan cantik dengan limau kasturi yang dikongsikan oleh puan Safira Redzuan II, Cikgu Spa Bengkel Fast Track Ala Hotel Lima Bintang.
Balik sesekali di kampung tengok pokok banyak limau kasturi. Kalau dibiarkan busuk jadinya.
Limau kasturi ni sangat sedap di buat air tapi kalau dah banyak sangat takkan nak minum hari hari kan.
Jadi cikgu nak kongsi pelbagai kegunaan limau kasturi untuk kecantikan dan kesihatan
Setiap gabungan bahan beserta sukatan yang betul ada tindakan kimia semulajadi yang membantu menyelesaikan masalah sekiranya konsisten dan istiqamah.
Jadi janganlah over menggunakan bahan. Janganlah campur sesuka hati . Walaupun kategori alami namun kalau sukatan over boleh juga jadi iritasi. Sebab itulah berpada pada dalam apa jua yang kita buat.
Bahan bahan juga mudah di dapati. Hanya di dapur sahaja.
1. KULIT KEPALA GATAL/BERKELEMUMUR
3-5 biji limau kasturi di perah airnya.
1 sudu kecil baking soda
Air asam jawa setengah gelas
Kacau sebati dan lumur satu kepala sambil picit dan pakai shower cap atau plastik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian boleh cuci
Amalkan seminggu 2-3 kali
2. MASKER MUKA BUANG BINTIK PUTIH DAN KECUT JERAWAT
1 biji limau kasturi di ambil airnya
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil madu
1/4 sudu kecil baking soda
Kacau sebati dan tambah sedikit air dan sapulah di wajah dan biarkan selama 30 minit . Kemudian cuci dengan air biasa
Amalkan seminggu 2 kali
3. SCRUB MUKA BUANG KULIT MATI
1/2 biji limau kasturi di ambil airnya
1 sudu kecil gula perang halus
1/2 sudu kecil madu
Kacau sebati. Dan scrub la wajah dengan perlahan lahan. Dan cuci wajah dengan air biasa
Ads
Amalkan seminggu 2 kali
4. LULUR BADAN GEBUKAN KULIT
3 biji limau kasturi di blend bersama kulit
4 sudu besar tepung beras
2 sudu besar garam halus
1 sudu besar gula halus
Gaul sebati dan tambah sedikit air kalau terlalu pekat. Lulurlah badan. Biarkan seketika dan bilas dengan air biasa
Amalkan seminggu 2 kali
5. KAKI BERBAU/ FUNGUS/ KAKI KERING/ TAPAK KAKI KERAS
3 biji limau kasturi di blend bersama kulit
1 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar garam halus
1/4 sudu kecil baking soda
Gaul sebati dan sental seluruh kaki.
Amalkan seminggu 2 kali
6. RENDAMAN KAKI
5 biji limau kasturi di perah airnya
1 sudu kecil baking soda
2 sudu garam kasar
Di masukkan di dalam air suam takat buku lali. Rendamlah kaki selama 15 minit.
Amalkan seminggu 2 kali
Ads
7. KEMPIS PERUT
1 sudu kapur sirih
1/2 biji limau kasturi diambil airnya
Gaul sebati
Sapu di kawasan perut dan balut dengan plastik pembalut makanan barulah pakai barut/bandage/korset.
Penggunaan yang kerap mampu membentuk perut idaman
7 . JAMU BUANG ANGIN
1 1/2 halia diketuk
5 helai daun pudina
3 kuntum bunga cengkih
Rebus bahan dengan 500ml air sehingga mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dalam cawan dan perah 1 biji limauk kasturi dan tambah 1 sudu madu .
Kacau sebati dan minum.Minum Sehari sekali sebelum makan.
8. LULUR BADAN BUANG ANGIN
1/2 halia
Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
2 biji limau kasturi
Blend semua bahan.
Masukkan bahan dalam 4 sudu tepung kacang hijau
2 sudu garam halus
Ads
Gaul sebati dan tanbah sedikit air dan lulurlah seluruh badan dan lebihkan tempat yang bermasalah seperti pinggang dan bahu. Biarkan seketika dan bilas dengan air biasa
Amalkan seminggu 2 kali
9. MANDIAN LIMAU KASTURI SEGAR BADAN
15 biji limau kasturi di ambil airnya
2 cawan garam kasar
2 sudu besar baking soda
Masukkan dalam baldi dan mandilah. Kalau boleh berendam lagi bagus. Bagi yang ada tub mandi boleh lebihkan garam dan limau.
Amalkan seminggu 2-3 kali
10. REDAKAN GATAL MUKA AKIBAT RESDUNG
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 biji limau kasturi di hiris
5 helai daun pudina
Rebus sehingga mendidih. Tutup api tuang dalam besen dan waplah muka tu sehingga habis wap. Hati hati dengan kepanasan besen.
Apa yang membuatkan ramai kagum dan terharu dengan si nenek yang mahu belajar menulis dan mengeja dengan cucunya yang bertindak sebagai guru. Walaupun dalam usia sebegitu namun dia tetap bersemangat.
Rupa-rupanya warga emas yang dipanggil Tok itu pernah bersekolah namun terpaksa berhenti di usia muda dek kerana pelbagai kekangan.
Justeru, cucunya mengambil peluang untuk membantu neneknya yang begitu bersemangat mempelajari ejaan-ejaan baru bagi membolehkan dia terus berlatih menulis.
Semangat yang ada pada nenek ini wajar dijadikan contoh buat anak muda di luar sana. Betapa dalam ysia sedemikian dia masih ada sifat ingin belajar.
Walaupun mungkin sukar namun sediki demi sedikit lama- lama jadi bukit kan. Yang penting dapat meraih ilmu, tiada istilah terlambat jika dalam mencari ilmu.
Umumnya setiap kali mengandung bukan saja seorang ibu merasa tidak sabar mengira detik untuk dapat bertemu anak yang dikandung lahir ke dunia. Sama sahaja perasaannya bagi seorang ayah, mahu melihat zuriatnya di depan mata dan menjadikan waktu itu cukup bermakna dalam hidup.
Namun hidup ini penuh dengan perkara yang di luar jangkaan dan begitulah yang dilalui oleh seorang suami ini bila mana isterinya yang sebelum ini tidak pernah menghidap penyakit atau alahan semasa mengandung anak ketiga, tiba-tiba ‘pergi’ begitu sahaja akibat Covid-19.
“Saya minta orang ramai jagalah prosedur operasi standard (SOP) kerana saya sudah kehilangan isteri dan anak kerana Covid-19.
“Kasihanilah anak, isteri dan suami masing-masing serta duduklah di rumah kerana boleh alami nasib sama seperti saya,” kata Mohd Fadli Abd Wahab, 35.
Menurutnya, isterinya, Umaisarah Azmi, 25, yang hamil tujuh bulan disahkan meninggal dunia semalam pada 1.25 tengah hari selepas dijangkiti Covid-19, malah anak dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.
Tiada Hidap Penyakit Atau Alahan
Katanya, isterinya yang tidak bekerja menghembuskan nafas terakhir ketika dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, selepas mengadu sesak nafas dan sakit kepala yang teruk.
“Isteri saya tidak pernah menghidap penyakit atau mengalami alahan sejak mengandung anak ketiga mereka.
“Bagaimanapun, dia mengejutkan saya kira-kira 4 pagi semalam selepas mengadu tidak boleh bernafas, kaki dan tangannya menjadi lemah.
“Saya terus membawanya ke HSAH kerana bimbang melihat keadaannya yang semakin lemah sebelum dia dimasukkan ke Zon Merah HSAH.
“Tidak lama kemudian doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terkilan Tiada Di Sisi
Mohd Fadli yang menetap di Kampung Pokok Asam di sini, tidak menyangka perubahan sikap isterinya yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi mereka adalah petanda dia akan pergi buat selamanya.
Katanya, ketika mengandungkan anak sulung mereka, Muhamad Adam, 3, persiapan yang dilakukannya hanya biasa-biasa tetapi kali ini dibelikan barang yang mahal.
“Saya sentiasa menemani isteri di rumah kerana tidak dapat bekerja disebabkan tempat kerja ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Saya agak terkilan kerana tak sempat bersama di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan hanya melihat tubuhnya kaku ketika doktor panggil untuk tujuan pengesahan,” katanya.
Mohd Fadli yang bekerja di sebuah pusat menjual kereta di Padang Temusu di sini, reda dengan pemergian isterinya itu dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Asam pada 4 petang hari ini.
Menurutnya, dia bersama dua anaknya dan ibu mentua juga menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini dan diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kuarantin hingga 26 Julai ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi mengesahkan berlaku kematian seorang ibu hamil di HSAH kerana Covid-19 dan keluarga mangsa juga diarahkan untuk dikuarantinkan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Jika hendak nampak tinggi, biasanya kita sebagai orang perempuan ini akan memilih untuk mengenakan kasut bertumit tinggi agar memberi ilusi lebih tinggi dan langsing. Pun begitu, menggayakan kasut bertumit hingga 5 inci atau 8 inci setiap hari, pastinya akan memberikan rasa tidak selesa pada bahagian kaki. Namun disebabkan hendak bergaya, ada juga yang sanggup sakit demi untuk menjaga imej.
Sebenarnya untuk terlihat tinggi, ada cara lain yang lebih menyenangkan untuk anda lakukan. Ini sebagai mana menurut guru imej Puan Mary yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran mendalam berkenaan penampilan. Katanya, jika wanita dengan ketinggian bawah 155cm, disarankan semasa membeli pakaian perlu fokus kepada beberapa hal. Nak tahu apakah itu, jom semak!
[su_highlight background=”#fdfcf4″ color=”#8d0e12″]Fokus kita apabila membeli pakaian[/su_highlight]
Pilih pakaian yang memberikan ilusi tinggi; dan/atau
Pilih pakaian yang tidak menyebabkan tubuh kelihatan lebih rendah
Cara untuk memastikan pakaian yang dipilih memenuhi tujuan di atas ialah:
Perhatikan baju dari atas ke bawah
Pecahkan baju berdasarkan perbezaan jelas seperti warna, cara potongan atau perincian
Semakin banyak pecahan maka pakaian tersebut semakin mudah menyebabkan kita kelihatan rendah
Untuk membantu cik puan faham konsep ini, mohon rujuk gambar ini.
Keseluruhan pakaian wanita ini telah memecahkan tubuhnya kepada 4 bahagian berdasarkan perbezaan yang ketara pada gaya ini.
Disebabkan beliau seorang model dengan ketinggian sekurang-kurangnya 165cm, pastinya beliau tidak kelihatan rendah dengan gaya ini.
Namun untuk wanita dengan ketinggian bawah 155cm, gaya ini dengan mudahnya menyebabkan kita kelihatan lebih rendah dan berisi.
Sebagai contoh, wanita berikut mengenakan pakaian dengan hanya dua pecahan jelas.
Gaya pakaian ini amat bagus untuk wanita yang rendah dan wanita yang gempal tubuhnya.
Sumber : Puan Mary
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.