Hati ibarat raja bagi anggota tubuh, jika baik hati itu maka baiklah perbuatan dan kata-kata yang keluar dari mulut seseorang itu. Namun jika hati tidak dipelihara dan dijaga sebaiknya, maka buruk atau rosak lah seluruh anggota tubuh dan kehidupan seseorang. Ini kerana orang yang hatinya bermasalah, kotor, sakit dan tidak bersih juga diterjemah melalui perbuatan buruk, tidak beramal soleh bahkan tidak memberi kebaikan kepada dirinya dan orang sekelilingnya.
Oleh yang demikian, dalam menjaga hati ia bukan boleh dibuat seperti memelihara anggota badan yang lain. Ada cara dan amalan yang perlu dilakukan sebagai kaedah untuk merawat hati.
Antara yang boleh diamalkan untuk menjaga hati bolehlah diamalkan 10 tips yang dikongsikan ini.
10 TIPS UNTUK MENJAGA HATI
1. Solat dan doa jangan tinggal.
Walaupun bunyi macam sangat biasa sebab hampir semua orang akan memberikan nasihat yang serupa, percaya ianya adalah kunci untuk semua perkara dalam hidup.
Nak tenang, solat dan doa.
Nak rezeki, solat dan doa.
Nak jodoh, solat dan doa.
Segalanya mudah bagi Allah dan Allah memberi dengan cara yang super tidak logik.
2. Maafkan orang selalu.
Kita maafkan orang bukan kerana kita salah atau kalah. Tapi kerana ianya untuk menjaga hati kita sendiri. Percayalah bahawa memaafkan itu sangat mudah dari mengheret dendam. Lepaskanlah….
Maaf bukan sekadar di bibir tau. Namun 100% ikhlas dari hati. Zero dendam.
3. Senyum selalu.
Ketika kita tersenyum… Segala kerunsingan dan kesedihan akan pergi serta merta.
Bagaimana untuk senyum sedangkan hati bersedih? Try….
Ads
4. Tidur secukupnya.
Rehat dan tidur yang cukup adalah sangat membantu untuk kita hilangkan stress. Usah berjaga…main phone. Apa lagi merenung What’sApp yang ada blue tick tapi tak berbalas tu. Nanti anda tambah runsing dan stress! Hehe.
(Mesti ramai yang macam ni kan?)
5. Bersedekah.
Bersedekahlah setiap hari. Sedikit pun tak apa asalkan kita istiqamah. Sedekah itu sangat membahagiakan orang lain yang memerlukan. Dulu saya pun tidak mengamalkan sedekah setiap hari ini. Tetapi setelah tahu tentang ilmu tabung Subuh, ianya jadi sangat mudah untuk kita bersedekah.
Sedekah juga boleh dibuat secara online. Seringgit sehari pun boleh. Asal kita ikhlas.
Ketika kita membahagiakan orang lain, hati kita akan berasa tenang dan sangat bahagia.
6. Hati kita semua adalah milik Allah.
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Adapun Nabi SAW banyak membaca:
يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ
Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar ia berada di atas agamamu.” Kemudian aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang kamu telah bawa. Lalu apakah kamu masih bimbang kepada kami?” Baginda SAW menjawab: “Ya, kerana sesungguhnya hati manusia itu berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah SWT yang mana Dia akan membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya.” [Riwayat al-Tirmizi (2140)][Hadith ini adalah hasan mengikut penilaian Imam al-Tirmizi]
Ads
Ingat ini selalu agar kita tidak terlalu berharap kepada cinta manusia. Kerana hati manusia itu berbolak balik. Hati manusia itu milik Allah. Bahkan hati kita juga boleh berubah dalam sekelip mata.
7. Buat baik dengan semua orang selalu.
Ucapkan kata-kata yang baik selalu.
Buat baik selalu.
Berlembut selalu.
Usah pernah lelah untuk berbuat baik meskipun terhadap orang yang tidak menghargai kita. InsyaAllah kita tidak akan pernah kesal nanti. Percayalah.
8. Amalkan zikir
Ketika sedih, zikir.
Ketika lelah dengan sikap manusia, zikir.
Ketika difitnah, zikir.
Ketika marah, zikir.
Ketika ada terdetik benci, zikir.
Ketika timbul rasa mahu menunjuk kekayaan, zikir.
Zikir adalah ubat yang paling mujarab untuk hati.
Ads
9. ‘Siapa yang kecintaan kepada Allah telah menempati hatinya, maka kecintaan itu akan menyibukkan dirinya hingga ia tidak tahu lagi panas dan sejuk, manis dan masam, hangat dan dingin.” ‘Utbah al-Ghulam
Terlebih bercakap
Terlebih melihat
Terlebih makan
Terlebih berkawan
Tahukah anda bahawa 4 perkara ini ialah punca penyakit hati? Apa-apa letak Allah dulu dalam hati. Tidak kira siapa kita di mata orang lain. Yang penting Allah tahu….
10. “Ya Allah, lapangkanlah dada ku”.
Jangan lupa untuk amalkan doa ini setiap hari ya. Istiqamah dan sabar selalu. Orang-orang yang berlapang dada adalah orang yang tenang.
Dan orang-orang yang tenang adalah orang yang menang.
Mendidik anak dalam serba moden yang mencabar ini bukanlah mudah. Bila anak-anak semakin terdedah kepada media sosial ternyata ibu ayah semakin sukar untuk mengawal anak-anak.
Tak kira anak yang masih kecil atau meningkat remaja, semakin banyak cabaran yang terpaksa dilalui ibu ayah. Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah berkongsi tip mencipta bahagia dalam rumah tangga, menerusi perkongsian Dr Erna Nadia d facebooknya.
Ada baiknya ibu-ibu jadikan panduan mudah ini untuk mendidik anak-anak dalam pelbagai peringkat usia.
Perkongsian menarik dari datuk dr fadzilah kamsah mengenai isu keibubapaan:
Merotan dibolehkan untuk kanak2 berumur 7-11 tahun dengan tujuan untuk mengajar.
2. Jangan rotan anak-anak yang berumur 14 tahun ke atas kerana mereka akan rebel. Jadikan mereka seperti kawan kita.
3. Kanak-kanak perempuan berusia 11-13 tahun adalah fasa yang paling miang/gatal/gedik sepanjang usia mereka. Jadi ibu bapa perlu beri lebih
perhatian jika anak perempuan mereka di usia ini supaya tak hanyut teruk. Di fasa ini mereka sudah berkeinginan untuk tengok porn dan mencuba aksi-aksi daring/ nakal/ lucah.
4. Peluk anak-anak lelaki nakal/garang berusia 16 tahun ke atas. Jangan jerit dan balas setiap kata-kata kasar mereka. Peluk dan baca bismillah, surah al fatihah, surah alam nashrah dan hembus ke ubun-ubun mereka.
5. Setiap kali balik dari mana-mana nak masuk rumah, bacalah surah al fatihah & surah al ikhlas sebelum masuk ke dalam rumah. Insha allah rumah kita dipenuhi kebahagiaan.
6. Ibu bapa adalah cermin anak anak. Ibu bapa yang kasar akan melahirkan anak anak yang kasar
7. Jaga bahasa. Kerana mereka serap setiap bait kata dan tindak tanduk ibu bapa
8. Kalau nak anak-anak baik, ibu bapa perlu jadi baik dahulu. Ajar anak-anak untuk tidak tinggal solat, mengaji setiap hari dan pastikan ada masa berkualiti bersama anak2.
9. Kawal kelakuan dan aktiviti anak-anak. Boleh pakai gadget tapi perlu kawal.
Jangan ibu bapa pulak yang asyik dengan gadget.
So, kita ubah diri kita dahulu sebelum kita bebel anak-anak kita nakal.
Jom lahirkan keluarga yang berjaya.
Dunia & akhirat.
Dr. Erna Nadia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat seorang anak yang berjaya bukan sahaja akademiknya malah akhlaknya begitu terpuji tentu sahaja ingin kita kenali siapa ibu dan ayahnya hingga mampu mendidik menjadi anak yang cemerlang.
Sebagai ibu bapa, kita juga mahu melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.
Melalui perkongsian ini diharapkan dapat memberi inspirasi.
Saya suka untuk berkongsi tip kejayaan seorang ibu mendidik anak-anaknya. Beliau merupakan seorang ustazah dan ibu kepada lima orang anak.
Subhanallah… takjub saya mendengar cara pendidikan beliau kepada semua anak-anaknya.
Pertama, urus masa dengan baik. Kata beliau, sepanjang cuti sekolah, beliau akan habiskan masa bersama anak-anak dengan mengaji al-Quran. Beliau tidak pernah makan angin atau berjalan-jalan.
Kedua, sarapan untuk anak-anak ke sekolah sangat penting. Beliau berikan sarapan anak-anak madu dan susu. Sarapan pagi tidak perlu berat, kerana ia akan menyebabkan anak-anak rasa mengantuk.
Ketiga, beliau memberi makanan tambahan (supplement) kepada anak-anak. Tujuannya, agar minda dan jasmani anak-anak cergas sepanjang hari.
Keempat, beliau menghantar anak-anak ke tuisyen. Ini kerana beliau tidak mampu untuk mengajar subjek teras.
Kelima, tip yang paling wow! Ibu dan anak-anak bersama-sama bangun tahajjud. Kata beliau, “Tahajjud memberi suatu kehebatan kepada pelakunya. Jika ibu dan anak inginkan kehebatan itu, bangunlah tahajjud.
Bangun tahajjud memang susah. Tetapi, janji Allah, setiap yang susah, pasti Allah balas dengan sesuatu yang mudah.”
Keenam, tip ini agak berat sedikit kata beliau. Jika boleh, di rumah, tutup televisyen. Jika boleh, tengok rancangan TV yang memberi manfaat sahaja.
Kata beliau, “Apa yang anak-anak lihat, akan memberi kesan kepada hati. Kajian mengatakan, apa yang anak lihat, mereka boleh ingat sehingga 20 tahun.”
Ketujuh,selepas solat Subuh, baca surah al-Fatihah, surah al-Insyirah dan ayat Kursi. Kemudian, tiup pada wajah anak-anak. Lakukan amalan ini setiap pagi.
Kelapan, hormati guru-guru kepada anak-anak. Kata Saidina Ali krw, “Aku adalah hamba kepada yang memberi aku ilmu.”
Satu tambahan daripada saya sendiri, doa dan redha ibu sangat penting kepada anak-anak. Doa dan redha ibu adalah payung yang menaungi perjalanan hidup mereka.
Akhirnya, kata beliau, apa sahaja keputusan anak-anak nanti, terimalah. Ia adalah kurniaan Allah. Tiada yang berlaku di dunia ini secara kebetulan. Semuanya atas ketentuan dan ketetapan dari Tuhan.
Kecur liur lihat resipi ni kan, bagi keluarga yang suka menu berasaskan daging bolehlah cuba resipi Daging Goreng Thai Style ni. Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan semestinya hasilnya cukup sedap. Memang kebabom.
Bagi anda yang gemarkan resipi yang berempah, ini sesuai dicuba kerana banyak rencah dan lebih ‘rasa’ dalam setiap gigitan.
DAGING GORENG THAI STYLE
Bahan-bahan:
-800gm daging
-5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
-4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
-1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
-2 sb sos tiram 2 sudu besar
– Garam secukup rasa
– Mentega
Bahan-bahan untuk sos:
-Serbuk cili Thai
– Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
– 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
– 2 sb air limau nipis
– 3 sb air asam jawa
– Kicap sotong / sos ikan
– 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
– Daun ketumbar dan daun bawang
Cara buat :
1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.
Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu.
Resepi Original – @Azahari Abdullah @Selongkaq Dapuq Chef -Abang ‘ E
Kredit Resepi Anak Mama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...