Tanggungjawab seorang suami cukup besar, dialah ketua dan dialah pembimbing untuk isteri dan anak-anaknya agar menjadi insan yang mulia.
Umumnya sebagai seorang ketua, sesiapa pun mahu menjadi yang terbaik untuk mempimpin orang di bawahnya, apatah lagi jika orang yang dipimpin itu adalah isteri dan anak-anaknya.
Jadi bagaimana caranya untuk menjadi yang terbaik, ikuti perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini. Jom semak.
Sebak di airport tadi jumpa beberapa orang dapat berkongsi nasihat. Ada seorang abang ini baik sangat orangnya. Beliau menangis tanya soalan bagaimana ingin menjadi suami dan ayah yang baik. Beliau menangis bantu saya ustaz…
Saya ingin bawa isteri dan anak saya masuk syurga. Ustaz selalu kata kita isteri dan anak cermin diri kita..saya terlalu sayangkan isteri dan anak-anak saya.
Ads
Allah sayang abang. Saya suka bila seorang ayah dan suami menangis kerana ingin menjadi yang terbaik untuk keluarga. Abang penatkan. Cian abang. Begitulah isteri abang..
Pertama
Kita suami setiap hari solat 2 rakaat taubat minta petunjuk dan pertolongan Allah. Minta ampun kerana kurangnya kasih sayang dan didikan kita pada keluarga..
Ads
Kedua
Kedua hidupkan amalan Talim dalam rumah setiap hari. Rumah kita dipenuhi para malaikat. Anak isteri kita dapat sifat Taat dan kasih sayang..bimbing mereka dengan baik.. Ketiga bawa keluarga solat fardhu awl waktu. Ajak solat tahajud.
Ads
Anak hari ini mereka rindu dua perkara kasih sayang mak ayah. Dan kasih Sayang Allah.. Bawa isteri dan anak jaga solat dan sujud pada Allah. Allah sayang abang. Kami berpelukan dan beliau menangis.. Kita semu rindu dan cinta sebenar..cinta pada Allah.
Ketiga
Ketiga di rumah haramkan perkataan menghina atau merendahkan. Selalu beri pelukan dan suap makan. Dengar cerita isteri dan anak kita. Mereka rindu ayah mereka. Isteri kita sunyi rindu suami mereka..Allahuakbar.
Kesibukan dengan urusan kerja dan juga rumah tangga membataskan adik-beradik untuk bertemu. Lebih lebih lagi jika tinggal berjauahan. Jadi, musim cuti atau raya beginilah ada peluang bertemu alangkah seronoknya. Dapat berkumpul ramai-ramai dan bermesra sekali gus mengeratkan kembali hubungan antara satu sama lain.
Namun, adakalanya timbul isu merendah diri dek kekurangan yang ada pada keluarga sendiri. Apatah lagi melihat adik-beradik lain ada yang berjaya dan hebat-hebat belaka. Persepsi begini patut dibuang jauh-jauh kerana ia boleh merosakkan hubungan kekeluargaan. Sikap iri hati, tidak boleh lihat adik-beradik lain lebih darinya mengundang masalah.
Sedangkan setiap orang rezekinya berbeza-beza, usah terlalu merendah diri sedangkan ahli keluarga yang lain tidak punya sedetik pun rasa bangga mahupun riak dengan kelebihan yang ada. Buang jauh-jauh sikap merasakan ibu bapa pilih kasih dan membandingkan anak-anak kerana sikap begini boleh menjadi duri dalam hubungan kekeluargaan.
Perkongsian dari saudara Andy Sulaiman ini wajar dibaca untuk manfaat bersama.
“Bang, raya ni kita balik raya sebelah family abang dulu kan?” tanya isteri.
Suami angguk.
“Adik beradik abang semua balik ke?” tanya isteri lagi.
Suami angguk sekali lagi.
Cuma kali ini si suami nampak riak wajah isteri sedikit berubah.
“Kenapa?” tanya suami.
“Eh tak ada apa-apa. Saja tanya,” kata isteri.
“Tak ada mananya awak saja tanya. Mesti awak ada rasa sesuatu ni,” kata suami.
“Hmm. Bukan apa bang. Saya segan sikit kalau semua balik. Ya lah, adik beradik abang semua hebat-hebat. Kaya-kaya semuanya”
*** (Sekadar lakonan. Tiada kena mengena dengan aku, dengan kau atau dengan sesiapa yang masih hidup atau meninggal dunia.)
Nahh. Pernah hadap situasi gini? Pernah jumpa? Bukan kata drama tv. Real life pun banyak kes macam ni kan?
Belum apa-apa lagi dah rasa bukan-bukan. Padahal nak balik raya ni.
Tak ada siapa pun buat pertandingan kereta siapa paling besar balik raya.
Tak siapa pun ajak berlawan phone siapa paling canggih di hari lebaran.
Tak ada siapa pun pagi raya nak tanya berapa duit saving kau tahun ni, lagi banyak dari tahun lepas?
Tapi perasaan tu datang sendiri. Tak ada siapa buat pun dia terasa sebenarnya.
Rasa rendah diri secara tiba-tiba tak pasal-pasal. Rasa gini yang buat kemeriahan raya hilang tiba-tiba ni.
Tak boleh gitu.
Kata raya ni hari bermaaf-maafan. Hari kesyukuran. Hari kemenangan.
Mana kesyukurannya kalau dalam hati ada rasa kurang, rasa rendah diri sebab orang lain ada, kita tak ada?
Mana kemenangannya kalau awal-awal lagi dah rasa kalah sebab kurang dari segi harta benda je?
Adik ipar dapat bilik depan, kita terasa. Mentang-mentang la kita kerja biasa je. Bilik belakang mak mertua kasi kat kita.
Padahal adik tu baru kahwin, anak pun belum ada. Bilik depan tu kecik je. Kita tu anak dah 8, bilik belakang tu besar. Padan lah.
Barang nak masak raya, Kak Long yang beli. Mak ucap terima kasih sampai 8 kali. Siap puji lagi. Kita pun terasa hati. Sebab kita tak mampu nak beli.
Tapi kita tak perasan, Kak Long tu haram satu apa masak pun tak reti. Nasib baik lah ada bini kita, tau masak serba serbi. Mak puji untung mak ada menantu pandai masak macam ni.
Kan balance tu.
Ayah mengadu bumbung rumah bocor. Adik bongsu yang power meniaga online sale 2 juta sebulan belikan bumbung.
Tiba masa, tukang tak ada. Adik bongsu tau beli je. Mana reti tukar bumbung.
Kita reti bertukang. Kita panjat bumbung, gantikan bumbung baru. Ayah tercongok duduk bawah pokok pelam, tengok kita buat kerja.
Tak ada dia pergi duduk mengadap muka adik kita yang tengah sibuk balas whatsapp customer. Balik kampung pun busy lagi ni.
Nasib baik kita yang kerja JKR ni, time tak kerja phone entah tercampak ke mana. Boleh tolong ayah.
Ayah kata “nasib baik kau ada”. Kalau tak, basah lah ayah dengan mak bila datang hujan selagi tak ganti bumbung ni.
Nampak? Kan ada juga jasa kita. Apa yang kalahnya?
Pagi raya, biras kita kemain pakai baju kurung moden, labuci dari dada sampai ke lutut, lampu kelip-kelip kat belah belakang.
Lakinya pulak pakai baju melayu, butang dekat 300 sebijik.
Kita pakai baju kurung kain cotton beli kat Mydin. Tak pasal-pasal rasa rendah diri. Padahal tak ada apa pun.
Bila pergi beraya rumah saudara mara, yang berlabuci tadi biru muka time duduk, ketatnya baju tu nak cerita ni.
Kita rileks je santai-santai duduk, bangun, lari bila kena kejar lembu. Kat kampung kan, kena la ada adegan dikejar lembu.
Nampak? Kan ada juga menang kita tu.
“Along, angah, ingat pesan mak ya. Kat rumah Atok nanti jangan sentuh tab atau phone anak Mak Ngah tu. Rosak karang! Mak tak ada duit nak ganti. Kita orang susah, tak macam diorang. Orang kaya”
Tudia. Awal-awal lagi dah pasak dalam kepala anak sikap beza-beza, sikap berkasta macam tu.
Anak pun balik raya, buat hal sendiri. Tak campur dengan sepupu-sepupu.
Anak baru je nak join main dengan sepupu, mak dari dapur dah besarkan mata. Anak pun terkedu je tak tahu nak main apa.
Tak boleh gitu. Tak syok lah balik jarang-jarang sekali, tapi suasana gitu.
Merapu, merapu juga. Point aku is, kita buang lah rasa tak syok yang kita cipta sendiri.
Rasa iri hati, rasa nak berlawan-lawan dengan adik beradik, rasa tak best kat mak ayah sebab lebihkan yang tu, kurangkan yang ni.
Mak ayah tak ada beza-bezakan anak-anak pun. Kita je yang ada rasa gitu. Apa yang kita ada, kita ada lah. Yang tak ada tu tak ada lah. Dah bukan rezeki kita.
Tidak dinafikan kebiasaanya di dalam kereta pasti ada sekurang-kurangnya sebotol dua air mineral yang sengaja ditinggalkan. Alasanya satu, kononnya jika terasa haus semasa memandu bolehlah diminum seteguk dua bagi membasahkan tekak yang kering.
Tapi tahukah anda, air yang dibotolkan apabila terdedah dengan cuaca panas melampau akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mampu mengundang barah!
Umumnya, wanita memang terdedah dengan pelbagai penyakit, hinggakan jika meminum air dari botol plastik sekalipun boleh menjadi punca kanser payu dara.
Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yang diakui oleh selebriti antarabangsa, Sheryl Crow. Dia mengakui salah satu punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yang diletakkan di dalam keretanya. Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam satu rancangan bual bicara, Ellen Show lama dahulu.
Manakala dalam satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia mendapati bahan kimia yang terdapat dari plastik mempunyai kemudaratan.Beliau berkata, ramai tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya.
Jadi cuba bayangkan jika kita kerap minum air yang ditinggal di dalam kereta, bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah jika ahli keluarga yang lain juga minum air tersebut akan mendap kesan yang sama.
Menyedari hal ini, Najmi Zawawi turut terpanggil berkongsi bahaya minum air yang tersimpan lama di dalam kereta. Jom ketahui apa katanya.
BAHAYA AIR MINERAL DALAM KERETA
Aku sendiri pun tak tahu tentang perkara ini pada awalnya. Biasa dari zaman sebelum kahwin lagi air mineral dalam kereta sangat menyelerakan lebih-lebih lagi bila baru balik dari bermain di padang dan sebagainya.
Dalam keadaan dahaga, pastinya air dalam kereta ini akan disambar terlebih dahulu. Boleh habis satu botol dengan pantas. Tak semestinya air mineral, bahkan 100 plus dan apa-apa air dalam botol plastic jika kita tinggalkan dalam kereta sebenarnya sangat-sangat bahaya.
Nasib baik isteri aku sedar dan cepat nasihatkan. Sejak itu aku berhenti minum apa-apa air yang ditinggalkan berhari-hari dalam kereta.
Secara logiknya, botol air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel tidak normal iaitu barah.
Hawa panas yang memanaskan bahan plastik (botol) memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser.
Bila dah tahu macam ini, ubat-ubatan pun sebenarnya tidak terkecuali dan sangat berisiko jika ditinggalkan dalam kereta terlalu lama. Begitu juga dengan botol susu anak dan sebagainya.
Kononnya nak tinggal ubat atau air dalam kereta senang untuk kegunaan di kemudian hari. Malangnya ianya pasti tidak akan sama lagi akibat kesan perubahan kimia dari plastic dan bahan itu sendiri.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.