Pegaga selain enak dimakan sebagai ulam, juga diketahui banyak khasiatnya dan dikatakan andai diamalkan selalu seseorang itu akan kelihatan awet muda.
Pun begitu, tahukah anda cara yang bagaimana untuk amalkan ulam pegaga selain dimakan mentah.
Untuk itu, di sini dikongsikan resipi minuman teh dengan daun Pegaga. Jom semak.
TEH PEGAGA UNTUK AWET MUDA, OTAK BIJAK, BADAN CERGAS, SUSU BANYAK
Resipi teh ni dikongsikan oleh guru herba fiona, seorang pakar herba hebat dan juga doktor medikal yang dah berkhidmat selama 40 tahun dengan kerajaan.
Kalau ikutkan, boleh terus saja buat jus dari bahan-bahan yang digunakan, namun ada sebab kenapa juicing, blending, smoothie perlu dielakkan, katanya.
Kalau tidak kerana merosakkan khasiat, berisiko mengeluarkan racun, dan yang sedap boleh jadi pahit, pasti dah lama fiona blend.
Sudahnya, kau minum sia-sia saja.
Hari ni fiona kongsi cara buat teh yang bagus diamalkan setiap pagi. Boleh tambah bahan-bahan lain yang bersifat panas.
APA KHASIAT TEH AWET MUDA NI?
1. Bantu badan cergas dan panas (halia, madu)
2. Bantu tingkatkan kecekapan otak (pegaga, teh hijau)
3. Bantu lancarkan darah, dan mudah berpeluh (halia, madu)
4. Awet muda untuk otak dan kulit (pegaga, teh hijau)
5. Kurangkan masalah kembung perut (halia, madu)
6. Lancarkan penghadaman (halia, madu)
BOLEH TAMBAH BAHAN?
Ya, boleh.
Ads
1. Untuk fiona yang selalu ada masalah kekejangan otot waktu bersenam pagi, fiona akan tambahkan seketul dua kayu manis yang dah dipecah-pecahkan kepada saiz kecil.
Boleh guna kayu manis ceylon, boleh guna kayu manis biasa. Takde masalah.
Kayu manis boleh mengurangkan kekejangan otot, dan bantu darah jadi lebih lancar. Bukan itu saja, lemak di perut juga cepat terbakar.
2. Untuk anda yang bekerja berat, dan perlukan tenaga tambahan, boleh makan sebiji pisang lepas minum teh ni ok. Pisang kalorinya tinggi, dan beri tenaga instant.
3. Nak tambah fungsi detox? Boleh tambah beberapa biji halba (beberapa biji saja ok, bukan sesudu), ke dalam teh. Halba ada fungsi detox dan purification.
SAYA MENYUSU. BOLEH MINUM?
Ofkoss boleh. Tapi…ada tapi dia.
Jangan letak teh hijau ok. Kenapa?
Ads
Sebab teh hijau ni ada kafein. Kafein boleh beri kesan pada pengeluaran susu ibu.
Ingat tak resipi air serai yang fiona kongsi dulu? Ok, air serai ni ada green tea. Dan fiona tak galakkan anda campur teh hijau jika menyusu. Dan jika mengandung, tak boleh minum kerana fungsi serai yang mengecutkan rahim.
Pegaga bantu susu ibu jadi lebih banyak. Ibu sihat, susu meriah, anak pun bijak.
SAYA MENGANDUNG. BOLEH MINUM?
Ofkoss boleh. Ibu yang selalu ada masalah kencing kotor, bolehlah minum.
Pegaga juga boleh bantu kurangkan risiko varicose veins (salur darah yang kelihatan seperti sarang labah-labah di kaki ibu).
Halia juga boleh bantu kurangkan kembung perut, rasa mual dan loya.
Ads
SAYA SEDANG BERPANTANG. BOLEH MINUM?
Bagus sangat, sebab teh ni ibarat tonik untuk otak, emosi dan juga kulit ibu.
Kulit cantik, otak sihat, emosi stabil dan ibu pun cergas.
Boleh tambah sikit hirisan kunyit atau kayu manis untuk jadikan ia post-partum tea (teh ibu berpantang).
Boleh tengok cara fiona buat teh ni ok. Tiada bahan tambahan, hanya yang basic saja.
Tidak dinafikan pandemik ini memberi kesan kepada pelbagai golongan. Ada yang hilang pekerjaan dan hilang orang yang tersayang. Dalam pada itu, ada yang tidak dapat bekerja diluar sebaliknya bekerja di rumah.
Dalam pada itu, ada yang mengambil luang masa yang ada untuk dekorasi rumah. Peluang ini memberi ilham kepada yang bercadang mencantikan kediaman.
Begitu yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini. Mengakui setelah 8 tahun menyewa rumah belum berkesempatan untuk tatahias rumah. Bagaimana pun PKP memberi peluang untuk mereka berbuat demikian.
Ikuti perkongsian mereka.
Ingin berkongsi hasil deco rumah sewa kami. Dah 8 tahun kami duk rumah ni. Tapi waktu PKP baru ada masa nk deco rumah. PKP tahun lepas xblh nk deco sbb byk kedai tutup tapi PKP kali ni banyak kedai buka so kita ambik peluang tuk deco rumah kami ni.. Kami deco bajet jaa sbb pintu tu kami x tukar pun,cuma tampal wallpaper, Sofa pun beli kat shoppee jaa dengan harga RM299 Drawer tu pun beli kat shoppee dengan harga RM120.00 kalau dekat ikea mau RM300 lbh tu.
Bunga orkid tu saya gubah sendiri n pasu beli kat MR DIY rm19.00 jaa Kerusi kuning tu dah berkenan teruk so buh pi la 2 biji n pokok tu dh lama duk teringat..beli kat shoppee jgk.. Langsir pun kami beli kat shoppee ja n batang langsir tu saya gunakan batang paip yang saya cat dengan colour putih..bajet sungguh la katakan Pintu bilik pun dh xde selera kami nk tgk so kami buh wallpaper jgk.. Mula2 cat colour grey saya dh mula risau sbb rumah nampak gelap tapi bila masuk colour kuning dia nampak cerah blk.. Alhamdulillah sekarang sudah cukup selesa tuk kami sekeluarga tinggal
Sumber: Aizura Abdullah
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Malang tidak berbau… Demikian yang berlaku pada keluarga ini apabila dikejar Monyet liar. Insiden tersebut menyebabkan anak kecil tercedera dan dibawa je hospital untuk mendapatkan rawatan.
Perkongsian puan Norazimah Bunihan ini dimuatnaik menerusi laman Facebook nya dan mendapat respond ramai.
KAMI DISERANG MONYET LIAR !
8/11/2021
5.52pm
Kami sekeluarga berjalan kaki ke kereta untuk ambil selipar dan ingin ke Teluk Cempedak yang terletak bersebelahan dengan resort kami. Tergerak hati nak rakam video ketika menuju ke kereta. Terdapat segerombolan monyet liar di pokok pokok dan ada juga yang memanjat kereta pengunjung disitu.
Setibanya kami yang berhampiran dengan kereta, suami saya berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta memandangkan ada beberapa ekor monyet yang berada di atas kereta bersebelahan kereta kami. Ketika itu monyet tersebut tidak menunjukkan reaksi terancam. Belum sempat suami tiba di kereta, ada seekor monyet yang agak besar diantara monyet monyet lain terus mengejar dan ingin menerkam suami.
Keadaan ketika tu dah jadi panik dan suami terus berlari semula ke arah resort. Saya dan anak anak yang lain turut panik dan cuba untuk lari kan diri kerana monyet liar tu betul betul berada disebelah stroller bayi saya. Saya cuba untuk selamatkan diri dan anak anak dengan tolak stroller bayi secepat yang boleh.
Tiba-tiba bayi saya terjatuh tersembam ke jalan kerana pusingan stroller yang terlalu pantas ekoran keadaan semakin panik. Bayi saya mengalami luka dan lebam dimuka. Anggota badan lain tidak cedera. Ketika kejadian tiada seorang pun pengawal yang berada berhampiran kami.
Banyak monyet liar disini
Kami terus duduk dilaluan pejalan kaki bersebelahan tempat parking kereta dibahagian dalam. Ada seorang pengawal parking bahagian dalam cuba keluar untuk bertanya apa yang berlaku. Ketika itu monyet tersebut sudah lari ke hutan berhadapan parking luar. Pengawal tersebut terus memanggil Security Manager beritahu apa yang terjadi.
Pengawal tersebut maklumkan kepada kami sebelum ni memang banyak monyet liar disini dan sudah maklumkan pada perhilitan. Dia menyuruh kami untuk menghubungi perhilitan. Saya bertanya semula kepadanya, “kami ke yang perlu hubungi? Bukan pihak hotel?”
Dia maklumkan parking diluar itu adalah diluar kawasan hotel, jadi bukan tanggungjawab mereka. Parking di bawah jagaan resort tersebut dah penuh dan kawasannya agak kecil. Ramai pengunjung memarking kenderaan mereka sebaris kereta kami. Tiada tempat lain, hanya itu dan juga parking dalam yang dah penuh.
Bawa bayi yang ada sawan dan cedera
Security Manager datang menghampiri kami dan bertanya apa yang terjadi? Kami ceritakan semua dan dia meminta pengawal keselamatan resort tersebut mengambil kayu dan menghalau monyet monyet liar disitu.
Selepas itu Security Manager tersebut meminta kunci kereta pada suami dan dia bantu alihkan kenderaan untuk dibawa masuk parking dibahagian dalam di parking oku kerana kotak parking biasa sudah penuh. Memandangkan kami membawa bayi yang ada sawan dan cedera ketika itu, dia benarkan kami parking dipetak OKU untuk mengelakkan kejadian sama berulang lagi.
Security Manager tersebut terus hubungi ambulans di HTAA untuk berikan rawatan kepada bayi saya yang cedera akibat terjatuh dari stroller. Ambulans sampai diperkarangan resort, saya dan bayi serta anak sulung saya terus menaiki ambulans dan menuju ke HTAA. Suami dan anak kedua kami membawa kereta menuju ke HTAA.
Tak ingat nombor ic bayi
Setibanya di HTAA, keadaan agak rumit untuk pendaftaran bayi kerana kami terlupa untuk bawa sijil lahir bayi kami. Selalunya mana sahaja kami pergi, kami pasti akan bawa.
Waimah dalam daerah kami pun saya tetap masukkan sijil lahir dalam begnya. Tapi tak jangka kali ni betul betul terlupa nak bawa dan berlaku perkara yang tak diingini. Okey sambung semula cerita di HTAA.
Setibanya kami disana, pihak pendaftaran HTAA minta kami sijil lahir atau nombor ic anak jika tidak pendaftaran dan rawatan tidak boleh diberikan. Malangnya saya memang betul betul tak ingat nombor ic bayi saya.
Saya terus hubungi pihak Hospital Enche Kluang untuk dapatkan nombor ic bayi saya kerana pihak hospital Enche Kluang ada maklumatnya. Alhamdulillah Allah permudahkan pihak hospital Enche Kluang berikan nombor ic bayi saya.
Menunggu giliran untuk diberi rawatan. Alhamdulillah doktor di kecemasan HTAA maklumkan luka bayi saya tak serius dan telah dibersihkan untuk elakkan jangkitan kuman.
Doktor tersebut meminta untuk kami buat x-ray dikepala bayi kerana dikhuatiri ada retakan dan sebagainya. Alhamdulillah proses tak terlalu lama. Result x-ray dapati semua dalam keadaan sihat dan tiada sebarangan retakan.
Doktor beri kebenaran kami pulang ke hotel dengan syarat pantau keadaan bayi sekiranya bayi ada muntah muntah, menangis tanpa henti atau sawan lain dari yang lain, terus datang semua ke HTAA. Kami terus pulang ke resort.
Pihak hotel ambil berat & tak lepas tangan
Setibanya di resort kami terus menuju ke cafe kerana ketika itu kami sekeluarga sangat lapar dan jam sudah menunjukkan 8.37pm. Tiada mood untuk pergi ke kedai makan yang berada diluar resort kerana masing masing dah letih dan perasaan menjadi tak happy.
Security manager tersebut datang ke cafe untuk berjumpa dan bertanya khabar keadaan bayi kami. Ketika kami berada di HTAA pun dia ada hubungi suami bertanya keadaan bayi kami. Dia minta kami order sahaja apa yang kami ingin makan tanpa bayaran. Walaupun keadaan tu tak setimpal dengan apa yang terjadi, tetapi pihak hotel masih mengambil berat dan tidak lepas tangan.
Saya berharap pihak Perhilitan Kuantan memantau keadaan disekitar kawasan Hyatt Regency Kuantan memandangkan disitu adalah tempat perlancongan dan sudah beberapa kali dimaklumkan pada perhilitan tentang monyet monyet liar tersebut. Saya berharap tidak berlaku pada pengunjung-pengunjung yang lain. Ini melibatkan nyawa.
Terima kasih Hyatt Regency Kuantan Resort atas layanan yang terbaik diberikan kepada kami. Dari check in sehingga check out semuanya tiptop. Tetapi mungkin boleh ditambahbaik tempat parking kereta pengunjung disitu.
Atau boleh sediakan parking valet untuk khidmat hantar dan ambil kereta pengunjung ditempat parking. Kalau tak boleh juga, atleast sediakan pengawal untuk menghalau monyet monyet liar disitu.
Bukan ingin mengajar, tapi hanya cadangan untuk keselamatan.
Seorang ‘mat salleh’ yang menetap di sebuah pekan kecil di Perak mencuri perhatian warganet apabila tular di laman sosial baru-baru ini. Dikenali sebagai Adam Abdullah, dia berasal dari Hungary rupa-rupanya bukanlah orang asing bagi masyarakat di Kampung Gajah dan Bota. MENIAGA LANGOS DI LAMBOR KANAN, PERAK Kelibat Adam berniaga di pasar pagi dan pasar malam sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di kawasan tersebut. Adam bersama isterinya menjual Langos, sejenis makanan tradisi Hungary dan telah divariasikan mengikut citarasa rakyat Malaysia.
Setakat ini ramai yang menyenangi kehadiran Adam dan Langosnya.
Langos versi adam dan isterinya ini telah disuntik elemen tempatan mengikut citarasa rakyat Malaysia. Antara perisa langos ciptaan Adam dan isterinya ialah kaya yang dimasak sendiri, coklat, sambal bilis rangup, bawang putih minyak zaitun serta keju krim masam. Rata-rata pengunjung menyukai Langos yang lain dari yang lain. Terbaik langos kakak ngan abg mat saleh ni..kaya dia terbaik..sementara tunggu langos kakak ni bg mkn langos pelbagai perasa.
Terbaik mmg sedap…alhandulillah
Dah pernah makan Langos Adam & isterinya ni…sedap bagi saya
Itu antara komen pengunjung yang merasai Langor buatan Adam dan isterinya. Pasangan ini menjual setiap hari Jumaat, Sabtu dan ahad bermula jam 3 petang hingga 7 petang. Sumber: VIRAL PERAK
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.