HomeKekeluargaan“Nak Jadi Isteri Baik Kena Jaga Makan Pakai Suami, Jangan Bagi Orang...
“Nak Jadi Isteri Baik Kena Jaga Makan Pakai Suami, Jangan Bagi Orang Gaji Buat & Jangan Terlalu Control.” Kongsi Tip Rumah Tangga, Nora Ariffin Pegang Pesanan Ibu
Rumah tangga yang bahagia terletak pada kepercayaan pasangan. Dalam masa yang sama, komunikasi dua hala antara suami isteri juga penting selain saling bertolak ansur.
Menurut penyanyi, Nora Ariffin, sejak dahulu lagi dia berpegang pada nasihat ibunya. jelasnya demi memastikan rumah tangga harmoni dan bahagia, seseorang isteri itu perlu taat pada suami dan tidak terlalu mengongkong.
Ads
Bersama satu-satunya ibu tercinta.❤️ Diantara nasihat yg sentiasa dipegang utk menjadi isteri yg baik. Ma selalu pesan….nak jadi isteri yg baik….
Ads
Kena…. Jaga makan pakai suami, jgn bagi org gaji yg buat, taat pada suami, patuhi hak dia & jangan terlalu control suami.In Shaa Allah suami tak akan cari lain.❤️
Ads
Demikian perkongsian Nora di laman instagramnya baru-baru ini beserta sekeping gambar bersama ibu yang tersayang.
Keadaan kuku yang sihat akan memberi tanggapan terhadap kesihatan tulang dan kecantikan diri seseorang itu. Ini bermakna adalah sangat penting, kita menjaga kesihatan kuku agar bukan sahaja nampak bersih malah tidak rapuh.
Menurut portal rasmi, MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, plat kuku ialah bahagian sebenar kuku yang diihat oleh mata kasar, terdiri daripada lapisan keratin lutsinar berlamina.
Plat kuku ini tumbuh dari pangkal kuku. Apabila sel baru tumbuh, sel lama ditolak keluar ke hujung jari dalam bentuk lapisan keratin yang keras dan padat.
Kuku tangan tumbuh dengan kadar tiga milimeter sebulan iaitu dua hingga empat kali ganda kadar pertumbuhan kuku kaki. Dasar kuku pula ialah lapisan kulit untuk yang menampung plat kuku. Warna sebenar kuku mengikut rona dasar kuku yang kaya dengan kapilari dan kelenjar. Justeru, warna kuku boleh mencerminkan tahap kesihatan diri kita.
Tanda kuku sihat:
1. Bersih
2. Permukaan licin tanpa alur
3. Warna seragam
4. Bebas daripada tompokan , pudar dan berubah warna.
Oleh yang demikian, apa kata dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kuku kita amalkan petua yang mudah ini. Jom semak!
Limau Nipis
Caranya cukup mudah, dimana anda perlu potong limau nipis kepada dua bahagian. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Kemudian barulah dibilas dengan air. Amalan ini jika dilakukan secara rutin dapat memastikan kuku sentiasa cantik dan sihat.
Bawang Putih
Kupas kulit bawang putih dan bersihkannya. Tumbuk sehingga lumat dan gosokkan bawang putih tadi ke atas kuku. Cuci dengan air sehingga bersih.
Kuku akan lebih berkilat dan dalam masa yang sama bawang putih boleh menguatkan struktur kuku. Ia baik dalam mengatasi masalah kuku mudah rapuh.
Belimbing Buluh
Gosok buah belimbing buluh terus ke atas permukaan kuku. Selepas itu, rendam kuku di dalam air suam yang telah dicampur garam untuk hasil yang lebih efektif. Biarkan ia kering dengan sendiri.
Lemon
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon mampu membuatkan kuku tampak lebih cantik dan berkilat. Hiris beberapa kepingan buah lemon. Sapukan hirisan lemon di atas kuku untuk beberapa minit. Bilas dengan air. Amalan ini boleh membantu dalam mengatasi kuku yang kekuningan.
Kulit Tembikai
Percayalah yang kulit buah tembikai boleh memberikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih. Caranya adalah dengan menggosok kulit buah tembikai ke atas permukaan kuku. Biarkan ia mengering. Cuci dengan air sehingga bersih.
Minyak Zaitun
Gunakan minyak zaitun dengan cara merendam kuku anda pada minyak tersebut. Minyak zaitun dipercayai boleh memberikan kepadatan dan menguatkan jika kuku anda mudah patah. Rendamlah kuku anda dengan minyak zaitun yang telah dicampur dengan air suam setiap dua hari sekali selama 15 minit.
Selain amalkan petua untuk cantikkan kuku dari luaran, ada juga beberapa makanan yang perlu diambil bagi memastikan zat yang diperlukan dapat dibekalkan.
Contoh :
Oat
Oat mengandungi mikronutrien seperti tembaga dan zink yang penting untuk kuku sihat dan penyelenggaraan tulang. Ia juga mempunyai mangan, silikon, dan vitamin B-kompleks, iaitu yang menggalakkan kuku dan tulang yang sihat.
Telur
Satu lagi makanan yang berasid iaitu telur mempunyai tempat dalam diet tulang sihat. Ia adalah salah satu sumber vitamin D, dan kandungan protein yang terkandung adalah penting untuk kuku yang kuat. Tidak seperti daging, protein dalam telur adalah sangat mudah dicerna dan mudah diambil oleh badan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak masak jagung ni nampak je senang tapi kalau salah caranya memang akan jadi keras, kecut dan tak sedap.
Nak tahu petua supaya jagung yang dimasak menjadi lebih sedap boleh ikuti panduan ini.
6 TIP MEREBUS JAGUNG:
1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Sumber: Resipi Pembuka Selera.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dr Hannan Medispa sumbang inkubator neonatal RM80K, “Arwah anak saya pernah dirawat di NICU.” Hannan Medispa Sdn Bhd telah menyumbangkan dua unit inkubator neonatal bernilai RM80,000 kepada Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian.
Dr Hannan Medispa Sumbang Inkubator Neonatal RM80K, “Arwah Anak Saya Pernah Dirawat Di NICU”
Pengasasnya, Dr. Hannan Yusof berkata, sumbangan tersebut bagi keperluan unit neonatal Jabatan Pediatrik yang mengalami kekurangan mesin berkenaan pada masa ini.
Sebelum ini, arwah anak saya pernah dirawat di NICU, HPUSM dan saya memilih hospital ini untuk program CSR ini dan Insya-Allah bantuan ini akan diteruskan pada masa akan datang.
Tambahnya lagi, diharap mesin ini dapat membantu bayi-bayi pramatang yang memerlukan.
Saya dalam usaha untuk menyumbang mesin ultrasound kepada HPUSM juga.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset HPUSM, Dr. Mohamed Asyraf Mohamed Daud berkata, terdapat 60 pesakit yang menjalani rawatan dalam wad namun hanya ada 20 buah mesin sahaja yang digunakan.
Pihak hospital memerlukan tambahan mesin bagi menampung kekurangan. Setiap tahun, pihak hospital akan memohon penambahan aset namun kekangan bajet juga menjadi faktor utama. Apabila ada sumbangan seperti ini, pihak hospital sangat mengalu-alukanya.
Untuk info, Hannan Medispa turut membantu mangsa banjir di daerah Tanah Merah.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.