Orang selalu kata, untung siapa yang jadi suri rumah tangga, tak payah penat fikirkan hal kerja. Tetapi mereka tak tahu, kerja suri rumah lebih memenatkan lagi.

Bermula seawal subuh sehingga ke tengah malam, masih ada ibu-ibu yang berjaga menyiapkan kelengkapan anak dan suami.

Semua kerja kalau boleh nak dilakukan sendiri sehinggakan tubuh dan otak penat. Itulah yang menyebabkan pelbagai masalah berlaku.

Si suami pula, jangan terlalu membiarkan isteri sendirian dalam menguruskan rumah tangga.  Tak perlu menjadi sempurna tetapi sederhana itu sudah cukup membahagiakan. Jika terlalu ‘push’ diri juga akan memudaratkan diri dan juga keluarga yang lain.

Perkongsian oleh Firdaus Shakirin ada benarnya juga.


“Nak Jadi Isteri Baik Itu Boleh, Tapi Jangan ‘Terlalu’ Berusaha Untuk Menjadi Yang Terbaik…”- Deep Perkongsian Lelaki Ini!

Nak jadi isteri yg baik itu boleh, tapi jangan ‘terlalu’ berusaha utk menjadi yg terbaik…”

Ads

Buat setakat yg mampu, setakat yg awk boleh then minta suami utk faham keterbatasan awk dlm menjadi seorang isteri, seorang ibu dan juga seorang pekerja…

3 status yg dipegang seorang perempuan setelah mendirikan rumahtangga…

Dia menjadi seorang isteri kpd suami, dia seorg ibu kpd anak-anak dan dia juga seorang pekerja kpd majikan (jika bekerja)…dgn kudrat sebagai seorang perempuan, anda rasa, sampai bila anda mampu utk menggalas ketiga2 status itu dgn baik? Dan boleh melakukan semuanya dgn sempurna?

Please know your limit…

Ads

Tahu kemampuan dan batas awk…jgn buat semuanya terlalu sempurna sbb lama-kelamaan awk akan letih, awak akan penat…bila awk letih, bila awk penat, awk akan beremosi dan cepat sensitive…

Awk akan moody dgn suami, awk cepat marah dgn anak2…Awk dah almost fully utilize fizikal awk, mental awk…

“Nak Jadi Isteri Baik Itu Boleh, Tapi Jangan ‘Terlalu’ Berusaha Untuk Menjadi Yang Terbaik…”- Deep Perkongsian Lelaki Ini!

Ads

Kalau xsempat buat keje umah tu ari ni, buatla esok…jgn paksa diri utk buat jgak bagi setel ari ni…bezakan kerja umah apa yg perlu dibuat dahulu, kerja umah mana yg boleh dibuat dihujung minggu dan sebagainya…jgn anggap semua kerja2 umah tu perlu dibuat dlm hari yg sama, perlu disiapkan dlm hari yg sama…jgn seksa diri sendiri utk semua ni…jgn paksa diri semata2 utk semuanya kelihatan baik dan sempurna…

Jangan…anda bukan robot…

Anda perlukan rehat yg mencukupi utk terus berbakti dan anda juga perlu utk terus sihat dlm menjadi seorang isteri dan seorang ibu…

Sayangilah diri anda sebelum menyayangi diri org lain…

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI