Cef selebriti, pakar motivasi, hos dan pelakon, Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini memberi maklum balas mengenai kenyataan seorang pengguna Twitter yang mempersoalkan siap segelintir wanira yang lebih gemar berhias di luar berbanding dengan suami ketika di rumah.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fazley telah memuat naik komennya setelah mendapat permintaan para peminat untuk dia memberi pandangan mengenai kenyataan itu.
Dia yang menyifatkan kenyataan adalah sebuah perspektif fikiran yang jumud atau sempit.
Dia tidak menafikan bahawa wanita perlu berhias cantik dihadapan suami namun mempersoalkan adakah suami juga berpenampilan sempurna dihadapan isteri.
Katanya, jika suami nak isteri berhiasa, suami kenalah menjaga kebersihan diri seperti mengelak mulut berbau dan memakai kaian yang tidak berbau.
Malah menjelaskan bahawa perkahwinan itu bagaikan sebuah kumpulan atau teamwork.
Selanjutnya ikuti perkongsiannya.
“Wow ramai share tweet ni pada saya sejak semalam. Maaf, jumud sangat pemikiran penulis ini (Tak faham jumud sila google)
Memang betul isteri seeloknya berhias untuk suami di rumah, TETAPI, kalau tak penat lah kan? Yakni, lepas jaga anak, basuh baju, memasak, cuci pinggan, bersihkan tandas, kemas katil, beli barang di pasar, siapkan homework anak2, handle perangai mak mertua (kalau yang jenis mak mertua tak sporting), siram bunga and pokok kat luar, kemas beranda rumah – ini semua sebelum pergi office dan selepas balik office!
Jadi kalau isteri kat rumah tak bersiap, tetapi keluar dan rumah semua di jaga elok, dah kira hebat dah tu? Suami nak isteri berhias? Suami pun kena lah trim bulu ketiak, mulut jangan bau petai, rajin mandi, jangan asyik pakai kain pelikat bau kepam
Barulah adil kan? Perkahwinan ni is a teamwork.. bukan tanggungjawab salah sorang je 🤣
Setuju? Atau masih ramai yang Jumud?”- Fazley
Sumber: fazleyyaakob
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.