Melihatkan perwatakannya Didie Alias yang bersuara lantang, tidak hairanlah jika ada yang menggelar dirinya artis yang ‘mulut laser’.
Bahkan, empunya diri juga tidak menafikan pernah bersikap sedemikian.
“Macam saya sendiri, kalau nak ikutkan fasal mulut ‘laser’ ni memang sudah dari azali orang tahu mulut Didie Alias ni memang puaka.
“Tapi ‘laser’ nya kena lah bertempat dan saya seorang yang jenis berterus-terang. Kalau saya kata tak boleh, maknanya tak boleh. Boleh kata saya ni bersikap tegas dengan menantu saya,” katanya.
Begitupun akuinya, hubungan antara mentua dan menantu, perlu ada sifat tolak ansur dan sentiasa berfikiran positif.
“Sebenarnya, hal ini sememangnya pernah berlaku dalam hidup saya dan sudah terjadi pada perkahwinan pertama saya sebelum ini.
“Masa tu saya sedang bercuti lama dalam industri, saya duduk bersama dengan bekas ibu mentua saya.
“Bagi saya, ibu mentua saya bukan seorang yang ‘laser’ sebab bila dia bercakap sangat lembut.
“Tapi kadang-kadang tu ada benda negatif datang kepada kita dan saya biarkan sahaja sebab pada saya ini adalah pilihan yang saya buat.
“Kalau saya bertindak secara meronta-ronta pada ketika itu, mungkin kita akan bergaduh dengan ibu mentua dan suami kita.
“Oleh itu, nasihat saya buat ibu mentua mahupun menantu kalau boleh sentiasa lah berfikiran positif dan fikir yang baik-baik sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Dia yang mengulas isu berkenaa ketika dijemput dalam temu bual bersama program Wanita Hari Ini bagi membincangkan topik ‘Mak Mentuaku Laser’, baru-baru ini.
Untuk rekod, Didie pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular era 90-an, Ridzuan Hashim sekitar tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.
Didie kemudiannya berkahwin buat kali kedua bersama Norisham Ismail. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan, 6 tahun.
Sumber: media hiburan & ladydidiemsia
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club