
Pengisar yang sering digunakan untuk mengisar bahan masakan seperti bawang dan cili, atau mungkin kunyit hidup pasti akan ‘melekat’ baud an warnanya bukan?
Mungkin anda tidak selesa apabila menggunakan untuk masak masakan lain, tapi bekas pengisar berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.
Jadi, mungkin petua ini boleh membantu anda untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Begini caranya:
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji limau nipis
- 3 sudu makan beras
- Air secukupnya
CARA-CARA:
- Ambil limau nipis. Potong kecil.
- Isi air dalam pengisar dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
- Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
- Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih pengisar anda.
- Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar pengisar. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu.
“Bagus Cara Didik Anak, Kecil-Kecil Dah Ajar Kongsi Rezeki Bersama.” Sambutan Hari Lahir Anak, Cara Zizie Dapat Pujian Ramai!

Mendidik anak-anak dalam berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan bukan sahaja melahirkan empati dalam diri mereka, bahkan membuatkan mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada .
Tidak hairanlah ramai yang sering menjadikan rumah anak-anak yatim atau keluarga yang kurang berkemampuan sebagai tempat untuk berkongsi rezeki.
Bagi pelakon cantik manis, Datin Seri Zizie Izette turut berbuat demikian. Dalam satu perkongsiannya menerusi laman instagram, isteri kesayangan Dato Seri Bung Mokhtar ini memilih mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya di sebuah pusat jagaan kanak-kanak.
Umum mengetahui, Zizie memiliki anak ramai dan ada antaranya merupakan anak angkat yang dibelanya sejak kecil lagi iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.
Anak lelaki angkatnya diberi nama Aaric Zayn Izette itu kini sudah memasuki usia empar tahun dan itu merupakan majlis sambutan hari lahirnya.
Dalam majlis tersebut, pelbagai juadah disediakan Zizie untuk berbuka bersama-sama penghuni pusat berkenaan.
Perkongsian Zizie menerusi laman instagramnya itu mendapat reaksi ramai,. Rata-rata memuji cara Zizie mendidik anak-anaknya dalam berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan.

Sumber: zizieizette
Ini Rupanya Rahsia Nak Tanaman Cepat Berbuah. Guna Hormon Air Kelapa Jer

Rupa-rupanya ada resipi rahsia yang dipraktikkan oleh pekebun di Thailand untuk memastikan pokok yang ditanam walaupun masih muda tapi buah merimbun.
Malah ada buah lebih banyak dari daun. Mereka menggunakan hormon penggalak buah.
Untuk anda yang ingin memastikan pokok berbuah lebat, apa kata cuba resipi ini:
Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Sumber: Sinarfm
“Soal Kesuburan, Bukan Semua Salah Wanita.”Dr Say Shazril Kongsi Pengalaman Hidapi Penyakit Teratozoospermia

Sebut bab anak, pasti sensitif buat sesetengah pihak. Terutama sekali bakal ibu. Setiap yang berkahwin pasti mengimpikan untuk menimang cahaya mata sendiri. Namun jika belum ada rezeki, terpaksa menanti dengan penuhkesabaran.
Namun persepsi masyarakat yang sering menunding jari pada kelemahan kaum wanita sebagai penyebab utama tidak dapat anak disangkal oleh Dr Say baru-baru ini.
Dalam satu catatan, Dr Say berkongsi tentang kesuburan dan akuinya tidak semua masalah tersebut berpunca dari kaum wanita.
Dr Say Shazril atau nama penuhnya Dr. Shazril Shaharuddin seringkali berkongsi tetang tips kesihatan, penjagaan diri dan sebagainya.
Menerusi posting tersebut, beliau merancang untuk tidak mempunyai anak pada dua tahun pertama perkahwinan kerana komitmen kerja.
Topik : Bukan Semua Salah Perempuan Part 1
.
Post ni panjang skit n dikhaskan tuk yg dah atau akan berkahwin sb lusya (18SX) skit. Anyway kami kawin dah 4tahun setengah. 2 tahun lpas kawin kami merancang xmo ade kids sb yelah bz housemanship (xmo habis lmbt n xmo gune ngandung/ anak sbgi alasan salu ponteng/ dtg lmbt) dgn cara kuah asing (buang luar) semata2.
.
Sepanjang 2 tahun kuah asing tu mmg x lekat n sy pun ingat woah power kuah asing ni maka kami teruskan kuah asing smpi lah kami di Terengganu. Bile kt Tengganu pn kami sambung rancang sb suasana agak x kondusif tuk pregnancy (jauh dari family n sy kerja shift n bini pn oncall sokmo). 2 tahun berlalu di Terengganu b4 kami quit gomen n pulang ke Selangor.
.
Sejejaknya kami di Selangor ape lagi kuah campur siap kuah banjir sy bagi tp seperti normal Malays bile xlekat mula pikir salah bini kot sb dulu die pernah operate besar2an belah perut (explorative laparotomy) tuk burst appendicitis. Maka bini herself dh mula risau thinking die xleh pregnant.
.
Maka kami consult specialist kami di Serdang dlu n die sarankan kami both buat checkup. Sy pun typical pemikiran lelaki pikiaq “aku nk buatpa, aku sihat salu p gym jaga makan”. Maka bini buat checkup dlu. Amik darah check hormon normal. Buat HSG (nk tengok saluran peranakan tersumbat) pun came back normal. Now its my turn. Tp kna tnggu part 2 naa peeps ahaha.
.
#sharingbysay
Topik : Bukan Semua Salah Perempuan Part 2
.
Tiba masa sy tuk buat checkup. Sy dgn yakin & bangganya pergi thinking “ah mesti aku ok lah, aku gagah”. Masa pi tu agak ramai lelaki lain yg buat checkup dtg ngn bini masing2. Tp sy relax dtg solo sb yelah kite kuat kan ahaha. Tup tap Semen Analysis (ujian kecemerlangan kuah) sy came back as Teratozoospermia (banyak sperm yg abnormal morfologi, xbnyk sperm yg normal). Terduduk sy bang.
.
Teringat banyak crita2 yg sy dgr sebelum ni bile psgn xleh pregnant, bini dipersalahkan, suami mintak cerai sb bini mandul. Sy pun pikir lah nasib sy “gulp mati aku bini ak mintak fasakh sb kuah aku basi”. Sy sempat curi2 intai keputusan laki2 lain yg kt situ n mostly semua mcm sy Teratozoospermia cuma yg lebih menyedihkan bini depa ada kt sebelah nk mengadap skali kputusan yg kuah lelaki mereka bukan seperti yg mereka idamkan.
.
Sy anta kputusan Semen Analysis sy kt specialist sy sebelum sy roger bini sy. Specialist sy reply “not bad, there is still hope, u kena…”. Bila sy dgr “there is still hope” tu, langit jadi cerah gilaaa bakhang. Maka sy terkinja-kinja wassap bini telling her my result n terus dgn cepat sy sandarkan ayat specialist sy “there is still hope”, bini pun akur & positif.
.
Terus sy amalkan nasihat specialist sy yakni jgn pki seluar ketat2, kurangkan pengambilan caffeine & patuh makan ubat yg disuruh. Awat sperm sy jadi lagu tu? Sy pn xtau, sb sy xamik supplement lama dh tp mmg sy suka gila minum pepsi black dekat 4-5 cawan sehari campur ngn kopi lg & at d same time makan benda2 xsihat. Sy amalkan dekat 2 bulan, lepas tu… Aishhh sabaq naa part 3 coming soon heheh.
.
#sharingbysay
Topik : Bukan Semua Salah Perempuan Part 3 & Finale
.
Part 2 aritu ayat last “lepas tu” eh? Silap2 patutny “tapi”. Tapi dlm tempoh 2 bulan ni mmg challenging. Wlpn kuah sy yg bersalah tp d pressure is always on d female side, mrk lah yg kne berhadapan dgn soalan mek bawang “bile nk dpt anak”, “tunggu ape lg, rezeki xelok tangguh2”, “kilang ko tutup baru tau” n bini being a good bini xkn nk balas “owh xleh dpt anak sb kuah suami basi”. Almost hari2 bini termenung, menyepi & knkdg menangis.
.
Kite laki mmg kite chill. Kalau boleh, nk nmpk mcm bujang selamanya. But seeing bini mcm tu it somehow affects me. One day bini bukak topik nak buat IVF (persenyawaan luar rahim) yg cost easily RM15-18k. Terduduk lg skali sy bang, mane nak cari duit bnyk tu dgn baru pindah rumah & aku keje insta review je. Sy comfortkan bini “bg i masa 3 bulan tuk i habiskan ubat ni & tuk i ubah lifestyle b4 i repeat another Semen Analysis. If xde improvement kite IVF ikut cara u” Bini akur.
.
Maka bermulalah lifestyle changing sy. Kalau korg ikut story sy sb tu lah sy rajin masak sendiri, pagi2 breakfast amik tea instead of coffee, pepsi black mmg sy buang. Semua demi bini (ada skit la sb sayang duit heheh). Tup tap 3 bulan tu xsampai lagi sb skang masih dlm proses perubahan so belum tiba maseny nk repeat balik Semen Analysis sy. Sorry bukan happy ending spt yg korg idamkan cz this is life, bukan Kabi Kushi Kabi Gam.
.
Morale of d story, ketidaksuburan is 50-50 kpd perempuan & lelaki. Wahai kaum lelaki jgn ingat 100% ketidaksuburan terletak kt bini cz dgn environment nowadays yg penuh dgn pencemaran (asap okok, asap2 lain) & gaya hidup yg penuh caca merba (pemakanan melalut, excessive caffeine, supplement yg xtau ada apa dlm) sume bley menyumbang kpd ketidaksuburan. Yang paling penting ego kne letak tepi bang. Jgn ingat kite ni muka tajam, dahi licin, kuah kite lazat pdhl bile chck expired.
.
Kpd mrk yg teka2 mase part 2 yg bini sy dh preggy, sy ambil teka teki anda sbgi doa yg one day kami akan dimurahkan rezeki ye? Alhamdulillah lpas sy buat post ni ramai yg opened up dgn mslh trying to conceive masing2. Till then kalau ada good news InsyaAllah sy share kt sini deh?
.
#sharingbysay
Sumber: say_shazril
The following two tabs change content below.