Ramai yang suka berkebun, tapi pokok tak subur dan layu disebabkan serangan serangga perosak.
Selain menggunakan racun perosak, apa kata guna tanaman lain sebagai ganti racun. Pokok kita pun selamat dari bahan kimia yang bahaya itu.
Jom ikuti panduan oleh Mahadzir Hashim yang menanam 6 jenis tanaman penghalau serangga perosak dalam kebun.
Tanaman penghalau serangga perosak yg perlu ada di taman kebun anda:
1. Kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam.
Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di taman anda.
2. Pudina
Hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
Ads
3. Petunia
Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, dan belalang
4. Bayam Duri
Ads
Adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di pinggir2 kebun anda untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Ulam Raja
Merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
6. Ketumbar
Ads
Tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Cara posisi tanaman
Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran anda atau tanamkan pokok2 ini di setiap penjuru kebun. Angin akn membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pd serangga perosak di kebun anda.
Nota
Tumbuhan penghalau serangga yg lain
1. Serai wangi
2. Daun kesum
3. Daun pandan
4. Kemangi
5. Bawang
6. Limau purut
Moga bermunafaat
Cukup sempoi dan happy go lucky, itulah antara persamaan yang ada pada penyanyi Ezad Lazim dan isterinya, Zeana Ramli.
Mereka juga senada dan seiring baik dalam hal kerjaya mahupun rumah tangga. Pasangan sama sepadan kini cukup bahagia ditambah dengan kehadiran sepasang anak comel sebagai penyeri rumah tangga.
Cukup berterima kasih dan bersyukur dikurniakan isteri yang memahami, akui pemilik nama sebenar, Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, dia beruntung kerana isterinya juga bertanggungjawab sebagai pengurus peribadi.
Pengorbanan isteri tidak terbalas
“Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya begitu juga saya. saya beruntung kerana adanya dia. Memang ada kala saya kasihan melihat dia kepenatan urus saya dan rumah tangga, tetapi dia tidak mengeluh.
“Sebagai suami saya bantu mana yang patut. Yang pastinya dia banyak buat tetapi saya cuba bantu mana yang boleh. Pengorbannya tidak terbalas. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga juga sentiasa ada dan tak putus sehingga kini.
“Ini semua berkat doa dan usaha isteri yang banyak membantu. Pada saya, populariti bukan perkara utama buat saya sekarang. Yang penting diberikan kesihatan yang baik dan dapat menampung kehidupan sekeluarga serta menghasilkan karya buat peminat seni.
“Untuk semua bakal dan mereka yang bergelar suami, segala kesilapan boleh diperbaiki dan dijadikan pengajaran. Mudah-mudahan kita jadi lebih matang dan lebih baik daripada sebelum ini. Sebab tu sebagai suami termasuklah diri saya sendiri, kena hargai orang tersayang disekeliling terutama isteri dan anak-anak.
Urus masa secara bijak
Jelas bapa kepada Puteri Rania Keisha dan Putera Muhammad Darwish, tak ada masalah untuk membahagikan masa dengan anak-anak kerana dia dan isteri sama-sama menguruskan mereka sendiri.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana urusan kami sekeluarga sentiasa dipermudahkan. nak kata tak ada masa tetapi sebenarnya sentiasa ada kerana kita sendiri yang kena urus secara bijak.
“Isteri seorang yang tahu bagaimana untuk bahagi masa antara kerjaya saya, sebagai ibu dan isteri serta dan masa yang sama bisnesnya. Tetapi kami selalu doa dan harap Allah permudahkan segalanya,” ulasnya lagi dengan panjang lebar.
Cabaran ibu bapa generasi sekarang
Isu gajet dan media sosial seperti tiktok dan sebagainya memang satu cabaran untuk ibu bapa generasi sekarang. Bagi Ezad, perkara tersebut turut dialami olehnya dan isteri.
“Zaman sekarang tak sama dengan kita dahulu, begitu juga cara pemikiran dan pengurusan anak-anak sekarang pun tak sama. Jadi cukup mencabar dalam mendidik anak-anak, tetapi kami berdua memang had kan.
“Nak kata tak bagi pun tak boleh juga sebab kami sebagai ibu bapa pun menggunakan medium tersebut terutama untuk tujuan bisnes dan kerjaya.
“Tetapi kami akan terangkan dengan baik kepada anak-anak supaya mereka faham kenapa saya dan ibunya menghadkan penggunaan medium tersebut.
Isteri garang suami simple
Tambah pelantun lagu Demi Cinta ini lagi, isterinya banyak ajar anak-anak berdikari manakala dia pula berbeza kerana sejak dahulu jenis yang simple.
“Soal garang memang Zeana lagi garang, tegas dengan anak-anak. Mereka banyak meminta dengan saya kerana ikut apa jua kemahuan anak-anak. Walaupun penat saya tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah, pada saya bahagiakan anak-anak dan isteri adalah terapi dalam rumahtangga.
“Lagipun ini pengalaman sebagai ibu bapa sementelah kami berdua berkahwin dalam usia agak lewat dan membesarkan anak-anak sendiri jadi itu tidak menjadi masalah. Anak-anak jua punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
Ayah kurang peka berbanding ibu
Mengulas mengenai sambutan Hari Bapa yang tidak ‘semeriah’ Hari ibu, akui Ezad lagi, semuanya bergantung cara sesebuah keluarga itu meraikannya.
“Soal sambutan hari bapa ni bukan nak kata tak meriah tetapi sebab orang lelaki khususnya kaum ayah ni yang memainkan peranan. Benda-benda begini mereka kurang peka berbanding kaum ibu. Malah ada yang tak ingat hari-hari istimewa baik hari lahi mahupun ulangtahun.
“Biasanya kaum Wanita yang selalu ingat tarikh istimewa, bukan nak kata kaum ibu jenis beria tetapi bab begini mereka memang alert dan partikular bab-bab begini. Tetapi tak bermakna ayah tak nak tunjukkan kasih sayang lebih cuma mungkin mereka jenis pelupa,” kongsi Ezad lagi.
Anak lebih rapat & selesa dengan ayah
Akui suami kesayangan Zeana ini lagi, tanggungjawab ayah dan suami sangat besar terutama dalam hal mencari rezeki. Tetapi tak bermakna anak-anak tak rapat dengannya.
“Cuma ibu lebih rapat kerana daripada awal lagi sentuhan pertama anak-anak adalah daripada ibu baik mengandung hingga melahirkan.
“Dalam hal saya sendiri misalnya, anak-anak lebih rapat dan selesa dengan saya. Tak marah-mara, itulah cara saya dengan anak-anak. Kalau ikutkan saya bukan jenis membeli barangan tetapi daraipada segi percakapan dan pergaulan saya layan mereka seperti kawan-kawan.
“Adakala isteri bengang atau marah kononnya saya tak ambil berat dengan anak, padahal saya lebih suka pendekatan ‘cool’. Bila anak-anak selesa jadi mereka lebih telus dan mudah nak berkongsi atau mengadu jika ada masalah. Tetapi kena ada juga peranan ibu cuma cara dipraktikkan ibu dan ayah berbeza. Tetapi yang penting tujuannya sama iaitu mahukan anak-anak membanggakan kami kelak,” ungkap Ezad sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Hargai kedua orang tua pasti kehidupan kita dipermudahkan. Bagi pelakon Aedy Ashraf, sebagai menghargai jasa dan pengorbanan ibunya, pelakon terkenal ini telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta.
Kejutan tersebut dibuat oleh pelakon berkenaan ketika keluar makan bersama ibunya dan beberapa ahli keluarga yang lain.
Ibunya, Leeza Zain yang juga merupakan seorang pelakon nyata terkejut dan terharu dengan ingatan tersebut.
Lebih mengharukan si ibu tersayang bila mana Aedy sendiri mengedit dan memuat naik video berkenaan beserta kapsyen yang membuatkan si ibunya sebak.
“Maaf tak dapat nak berikan ijazah seperti yang ibu mahukan, tapi saya boleh bagi kereta.”tulis Aedy di dalam kapsyennya.
Perkongsian tersebut mengundang keterujaan pada pengikut di laman instgram pelakon tersebut. Rata-rata memuji dan terharu dengan ingatan pelakon berkenaan terhadap ibunya.
azie_adananiYou are lelaki yang menghargai semua wanita .. Beruntung siapa yang jadi jodoh you .. How you treat your mother, that’s how you treat your future wife .. Semoga you sentiasa dimurahkan rezeki .. Sentiasa diberkati dan sentiasa dibawah lindungan اَللّهُ SWT .. Salam sayang dari Brunei
sya_uollsGreat man is the one who loves his mom unconditionally. A man like u will love n appreaciate ur girl just like how u treat ur mom. Congrats aedy
myuniekamarudinSebak tengok.. Ciri2 lelaki yang baik. Adalah yg mengutamakan seorang ibu lebih dari segalanya . @aedyxashraf Tahniah . semoga berjaya dunia & akhirat .aamiin
eyrx6104So sweet..??? x ade degree pon x pe bang..yg penting bakti kita kpd ibu bapa..itu yg paling Allah suka..insyaallah dgn membahagiakan ibu bapa Allah merahmati dan murahkan lgi rezeki abg @aedyxashraf .. betul x ibu @lizazain_68 ??
aaheunjTahniah ibu @lizazain_68 kerana berjaya mendidik @aedyxashraf menjadi anak yg sgt membanggakan.. degree doesn’t guarantee anything. Rezeki masing2 laen caranya Allah tentukan. Moga terus success n terus membahagiakan ur ibu aedy! Im 1 of ur big fan!
marvellous_kitchen82Tahniah..sejuk perut ibu mengandung.semoga terus dimurahkan rezeki,manalah tahu lepas ni boleh hadiah banglow pulak kan.aaamiin.so proud of u.
nurhafiza.aliI m touched. Yg ada degree pun tak mampu buat mcmni pd fmily. Tahniah utk ibu punya anak yg baik?
Bagi yang mengikuti pelakon jelita, Emma Maembong, mesti tahu bahawa sekarang ini dia sekeluarga sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci.
Semalam, di samping berkongsi gambar-gambar sesama di sana, Pelakon Emma ada berkongsi di bahagian kapsyen tentang kisah doanya pada tahun 2019 yang diangkat satu per satu mengikut permintaan diri.
Menerusi hantarannya di laman Instagram, Emma menyatakan bahawa dia memohon doa agar dipercepatkan jodoh pada tahun 2019 di hadapan Kaabah dan doanya diangkat pada tahun seterusnya.
Malah, sekali lagi, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Binti Ismail dijemput ke Mekah untuk menunaikan ibadah bersama suami, Muhammad Shazli Azhar dan anaknya, Shariq Gabriel.
Susulan daripada itu, pelakon tersebut meluahkan rasa syukur kerana doanya didengari dan dimakbulkan mengikut kemahuannya.
“2019 Emma berdoa depan kaabah untuk percepatkan jodoh , doa Emma nak kawin next year tu jugak, dan setahun kemudian 2020 alhamdulillah Allah makbulkan doa Emma, Emma kawin dan telah di kurnia kan anak dalam tahun yang sama seperti apa yg Emma doa kan.
“Dan tahun ni emma diberikan rezeki utk dtg balik ke kaabah bersama suami @shazli.a dan anak @shariqgabriel , Ya Tuhan Sekalian Alam, Tuhan Maha Mendengar Lagi Berkuasa, terima kasih kerana mengkabulkan doa ku, syukur ya rabb ❤️😭” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitip doa yang baik-baik untuk Emma dan sekaligus berharap agar Emma dan adik beradik yang lain kekal menutup aurat.
Sumber: Instagram @emma_maembongofficial
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.