Selalunya kalau beli sayur di pasar atau pasaraya, mesti mereka akan jual dalam kuantiti yang banyak. Betul tak?

Kalau jenis dedaun limau purut, daun kari yang selalunya kita masak harian guna sikit je, bakinya letak je dalam peti sejuk sampai kering kontang lah nanti jadinya, tak ke rugi kan?!

Haaaa… Dah ada petua dari Niza Hamid, mudah la lepas ni! Dedaun tahan lama, duit pun jimat tak payah tiap kali nak masak nak mencari daun yang baru je. Ye dak? jom usha sikit caranya macam mana!

PETUA SIMPAN ANEKA DEDAUN HERBA AGAR TAHAN LAMA

Berapa kerap korang buang dedaun herba untuk masakan tiap minggu? Nak tanam bukan semua orang ada kawasan dan kemudahan kan. Lagi-lagi yang tinggal kat kondo.

Ni Kakniz kongsi beberapa cara nak simpan agar tahan lama, dan tak perlu beli tiap minggu.

🌿Untuk daun kari, daun kesum dan daun limau purut🌿

IKLAN

Basuh bersih, keringkan dan simpan dalam plastik resealable. Letak dalam peti ais bahagian freezer.

Nak Guna Sikit Je, Tapi Beli Sampai Satu Plastik! Petua Mudah Simpan Aneka Dedaun Herba Bagi Tahan Lama

 

🌿Untuk daun pudina🌿

IKLAN

Cara 1: Petik bahagian daun dan pucuk. Masukkan dalam bekas dan letak air paip paras tenggelam daun. Masukkan dalam peti ais, bahagian biasa.

Cara 2: Petik daun dan letakkan dalam bekas ais. Letakkan air, jadikan sebagai kiub ais. Masukkan dalam peti ais bahagian freezer.

Nak Guna Sikit Je, Tapi Beli Sampai Satu Plastik! Petua Mudah Simpan Aneka Dedaun Herba Bagi Tahan Lama

🌿Untuk daun sup, daun bawang dan daun ketumbar🌿

IKLAN

Cara 1: Balut dengan surat khabar, letak dalam freezer atau tempat sayur.

Cara 2: Potong bahagian akar sedikit, masukkan dalam cawan atau botol tinggi. Tambah air melebihi sedikit paras akar.

Cara 3: Asingkan bahagian batang dan daun. Cincang halus, letakkan dalam bekas kiub ais. Tambahkan air. Bila nak guna, masukkan je terus dalam sup atau masakan.

Nak Guna Sikit Je, Tapi Beli Sampai Satu Plastik! Petua Mudah Simpan Aneka Dedaun Herba Bagi Tahan Lama

Ikut suka nak buat yang mana satu, sesuai dengan aktiviti masak kita la kan. Lepas seminggu daun masih hijau dan segar. Yang disimpan dalam freezer, keluarkan dan rendam dalam air jika perlu terlebih dahulu.

Cubalah, takde la asyik membuang je lepas ni kan. #Share untuk simpan petua ni. Untuk rujukan kemudian hari.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI