Nak Guna Air Fryer Pun Ada ‘Pantang Larang’ Tau! Ikut Tip Ni Kalau Nak Elak Rosak

Share

Boleh dikatakan sekarang ni mak-mak semua gilakan gajet. Aik gajet apa tu? Sabar… Bukan gajet telefon bimbit tu, ni gajet di dapur! Peralatan yang memudahkan mak-mak dalam penyediaan makanan. 

Cumanya ikut pada individu itu sahaja, nak beli yang paling murah hingga paling mahal pun boleh, ikut pada citarasa masing-masing. 

Salah satunya gajet yang paling menjadi perhatian orang ramai ialah air fryer. Betul tak? Kalau dulu, nak bakar apa-apa, tak kisah la kek ke, biskut ke, nak bakar ayam ke, hanya guna oven je kan? Sekarang ni, dah tak payah ada oven pun tak apa, cukup lah ada gajet kesayangan mak-mak ni, semuanya jadi mudah! 

Tapi, kena ingat tau nak guna air fryer ni pun ada ‘pantang larang’. Bukan pantang apa pun, nak pastikan air fryer kita tahan lama untuk digunakan. Takkan sanggup guna sekali dua lepas tu rosak kan? Big nooo!!! So, jom tengok tip nak guna air fryer bagi tahan lama hasil dari perkongsian Abdul Razak Abdul Rahim

.

Tip Penggunaan Air Fryer Bagi Kekal Lama

1. Pastikan air fryer (AF) berada 15cm atau lebih jarak dari dinding dan sekeliling.. Ia boleh cair jika berlaku pantulan haba.

2. Jika masakan dah masak.. tetapi minit masih berjalan..boleh tarik keluarkan loyang.. pemanasan akan terhenti(kalau tefal la) tutup suis dan biarkan minit tersebut kembali ke kosong dengan sendiri.. timer dilarang undur.. akan mudah rosak timer.. jangan la tutup suis semasa tgh memasak.. sudah tentu la kita keluarkan loyang tu nk cek makanan masak x.. masa tu la pemanasan terhenti.. boleh la tutup suis.. apa apa pun ikut la kesesuaian Af masing2.. just nk cakap elakkan paksa timer kembali ke minit 0..

3. Jangan masukkan bahan ringan yg mudah terbang dalam AF kerana di dalam AF ada putaran angin yang kuat.. bahan ringan akan terbang dan terbakar bila terkena pemanas.. cth.. kulit popiah.. kertas pelapik.. AF akan terbakar..

4. Jangan terus basuh bekas nonstick sewaktu panas.. nonstick akan cepat tertanggal…

5. Elakkan air didalam air fryer.. masak maggi x sesuai guna air fryer.. tertengok ada yg pos masak maggi kari.. hmmmm .. namanya fryer.. bkn steam. Bukan rebus..

6. Pastikan loyang tidak menutup terus tapak AF.. bhgn bawah AF.. haba tidak dapat berputar dgn lancar.. mknn akn masak atas shj.. n suhu jd tidak stabil. Jgn guna loyang yg muat2 je.. guna yang lebih kecil dr bekas AF.. kita manusia pun rimas pakai baju ketat.. hehehe

7. Kuantiti makanan yg di masak mempengaruhi penggunaan suhu dan masa.. analogi.. goreng 1 bijj karipap shj.. dan goreng 4 biji karipap serentak.. guna suhu dan masa yg sama.. karipap yang mana akan hangus.. atau masak dahulu..??? Pokonya try n error k.. belajar dr pengalaman.. sbb ada yg mengadu guna resepi org nj x jd.. tipu ek.. mcm mcm la..

8.saiz AF juga memainkan peranan.. analogi.. suhu 37′ .. anda berada di dalam bilik kecil 10 minit seorang diri.. dan suhu 37′.. anda berada di dalam dewan besar 10 minit.. seorang diri.. yg mana akan berpeluh lebih byk… berbezakan.. begitu juga makanan di dalam air fryer.. nak makan 2 org tp air fryer 5.8 liter.. n nak makan 6 org tapj airfryer 1.8liter.. Mcm mana nk urus.. cuba pk.. jom berpk…

9. boleh lap pemanas yg berlingkar mcm ubat nyamuk tu dengan tisu basah.. kalau ada kotoran….jangan siram air.. kotoran apa? maybe minyak atau air dari ayam bakar terpercik ke.. jangan la pasang suis.. pastikan AF x digunakan dalam tempoh tertentu sblm dan selepas lap.. jangan la lps masak terus lap.. buta pegroot namanya.. atau lps lap terus guna.. pastikan ianya kering semasa hendak digunakan.. guna la wet tisu biasa.. jgn la guna yg ada perisa strawbery atau alcohol..

10.. makanan beku boleh je AF terus asalkan ada penjarakan sosial.. x bercantum satu sama lain..

p/s : Nak cari perkakas rumah yang cantik-cantik? Meh tengok kat sini!