Kesibukan menguruskan keluarga di rumah di samping bebanan tugasan di pejabat, membuatkan penjagaan kulit wajah yang sempurna sering kali dibuat secara ala kadar.
Risau pula kalau terus dibiarkan akan menyebabkan adanya masalah kulit seperti berjerawat, jeragat dan sebagainya. Bila ini terjadi bukan sahaja kita sendiri tidak suka, malah bimbang juga kalau-kalau En. Suami pun berasa tidak selesa melihat masalah kulit wajah isterinya.
Oleh itu, berikanlah perhatian dalam penjagaan kulit wajah dalam rutin harian, pun begitu tidak mencukupi,ketahui juga 5 punca penyebab kepada terjadinya masalah kulit wajah.
- TANGAN KERAP MENYENTUH KULIT WAJAH
Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan anda perlu diingat pasti ada kuman. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit wajah lantas mengakibatkan kerengsaan dan akhir sekali terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’ sekerap yang mungkin.
- BERKONGSI BERUS SOLEKAN
Penggunaan berus solekan yang kotor dan berkongsi berus solekan dengan orang lain boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat. Ia juga mengakibatkan kuman daripada alat solek mudah tersebar kepada bahagian lain pada muka. Cuba gunakan jari atau berus berasingan untuk setiap alat kosmetik dan jangan lupa cuci setiap minggu. Jangan pandang remeh dan tidak mengendahkan perkara sebegini kerana ia mungkin penyumbang terbesar dalam masalah kulit anda.
- PENGELUPASAN KULIT BERLEBIHAN
Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.
- PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN
Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.
- TIDUR TANPA MENCUCI SOLEKAN
Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.
Dan ini pula rahsia kecantikan kulit wajah selebriti:
ANZALNA NASIR
- Menyapu putih telur pada wajah dan sering berselawat setiap kali membasuh muka.
ROZITA CHE WAN
- Amalan semenjak remaja, mencuci muka terlebih dahulu dengan air sejuk pada waktu pagi bagi mengecilkan pori wajah.
SITI NURHALIZA
- Pengambilan Vitamin C, E, antioksida dan B Complex serta berselawat setiap kali mencuci muka.
JENNIFER ANISTON
- Pengambilan air dan tidur secukupnya serta pemakaian krim pelindung tabir suria.
KATE MIDDLETON
- Mendapatkan rawatan wajah “Bee Venom Facial” untuk tampil muda dan berseri.
SCARLETT JOHANSSON
- Memilih ‘toner’ ataupun penyegar wajah yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu campuran air dan pati lemon untuk mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah.