Sudah tentu impian semua orang ingin bebas daripada masalah kewangan iaitu ‘financial freedom’ tanpa ada masalah beban hutang yang menjejaskan kualiti hidup.
Tidak dinafikan makna ‘financial freedom‘ bagi setiap orang berbeza-beza, ia begitu subjektif.
Ada yang ada simpanan banyak tapi rasa masih belum capai kebebasan kewangan. Tapi ada yang simpanan sedikit sudah bebas tanpa beban kewangan. Ini kerana mereka memilih untuk hidup seadanya mengikut kemampuan pendapatan dan simpanan.
Secara tersurat, kita harus cakna untuk berbelanja mengikut kemampuan, bukan lebih daripada kemampuan. Jika lebih daripada sepatutnya sudah tentu simpanan entah ke mana. Tiada simpanan kecemasan atau tabungan sendiri. Pasti beban makin parah!
Barangkali masih belum terlambat untuk muhasabah diri untuk membetulkan keadaan.
Moga perkongsian oleh saudara Harith Faisal dapat menberi inspirasi untuk merancang kewangan lebih baik agar dana simpanan anda bertambah setiap tahun. Apa yang pasti, berbelanja secara berhemah dan bijak. Barulah dapat hidup tenang tanpa masalah kewangan!
Konsisten buat simpanan
Ads
Kalau tentang kewangan, antara tips supaya kau rasa tenang adalah dengan konsisten simpan 50% daripada gaji bulanan kau. Contoh kau bergaji RM4,000 kau punya lifestyle tu biar macam orang bergaji RM2,000. Automatik kau dapat simpan RM2,000. Jangan kata tak logik dulu. Cuba tengok orang sekeliling kita. Ada yang bergaji RM2,000. Mereka masih hidup, sihat walafiat kan. Iya! Kau mungkin hanya pakai kereta murah, rumah pun kecil atau mungkin masih menyewa, baju murah, lifestyle pun tak best. Tapi, kau akan rasa tenang ya amat. Sebabnya,
Take note semua!
1. Simpanan kau akan bertambah RM2,000 setiap bulan. Kalau letak dalam bank pun, selepas 5 tahun dah ada RM120,000. Letak dalam Tabung Haji, boleh dapat lebih lagi.
2. Kau tak risau sangat kalau dibuang kerja. Jadi, tak resah gelisah kalau ekonomi gawat ke, company tutup ke, pandemik COVID-19 ke, kau steady. Simpanan banyak, kan.
3. Andai dibuang kerja bergaji RM4,000 tu pun, mudah untuk kau cari kerja lain. Walau ditawarkan gaji lebih rendah, kau okay. Dapat gaji RM3,000 pun kau sauk. Masih boleh simpan RM1,000.
Ads
4. Kalau tiba-tiba kau rasa tak nak kerja setahun dua pun tak ada hal. Contoh, ada simpanan RM50,000 kau boleh hidup tanpa kerja 2 tahun, masih ada baki RM26,000. Tapi, saya tak maksudkan kau yang duduk rumah besar tu tak bagus, kau yang beli kereta mahal tu membazir, kau yang beli barang branded tu saja nak menunjuk-nunjuk.
Buat pilihan yang terbaik!
Bagi saya, setiap apa yang orang lain buat, itu hak masing-masing. Pasti mereka dah timbang tara keputusan nak beli itu ini sesuai dengan poket dan tujuan dia.
Kita yang tengok ni yang sebenarnya perlu selalu bersih hati, latih diri sangka baik, tak dengki iri hati, tak rasa diri kita lebih baik. Jangan mudah nak judge orang itu ini.
Ads
Elok kita boleh hidup tenang-tenang, sibuk pula nak banding-banding dengan orang lain. Sudahnya, resah juga. Kita bahagia dengan cara kita, orang lain bahagia cara mereka!
Bagi yang pernah menjejak kaki ke Tanah Suci, pasti ada tahu betapa tenangnya hati berada di sana. Keterujaan untuk beribadah dan memohon sebanyak mana keampunan yang dilakukan sepanjang hidup. Lebih-lebih lagi, kunjungan ke sana bersama keluarga tercinta.
Namun dalam pada keterujaan untuk menunaikan ibadah, pastinya tidak terfikir bahawa kepulangan kita nanti ke tanah air akan meninggalkan sesuatu di sana.
Apabila menonton video yang dimuatnaik oleh Muhamad Nazwan Naziruddin di aplikasi TikTok yang telah kehilangan ibunya di Tanah Suci.
Menurut pemuda berusia 24 tahun ini, dia ke Tanah Suci bersama keluarga dan tiba di Jeddah, Arab Saudi pada 6 Januari yang lalu.
Nazwan bersama arwah ibunya ketika berada di Mekah.
Kunjungan ke sana dibuat selepas ibunya iaitu Che Wan Rahimah Che Wan Malim sering menyatakan hasrat untuk ke sana. Ibunya telah menghidap penyakit kanser ovari tahan 4 sejak lima tahun yang lalu.
“Mama teringin sangat nak ke Tanah Suci, malah dia pernah menyatakan yang dia reda sekiranya meninggal dunia di sana.”
Setibanya di Tanah Suci, ibunya sangat bersemangat untuk memunaikan umrah.
“Sepanjang masa saya bersama dengan mama. Saya sentiasa pantau keadaan mama di sana dengan pergerakannya yang menggunakan kerusi roda.”
Menurut Nazwan, Ibunya mula tidak sihat dan sesak nafas selepas hari ketiga di Madinah.
“Mama dibawa ke hospital Madinah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Ibu koma selama tiga hari.”
Ceritanya lagi, dia berdepan dengan detik cetik apabila kelibat ibunya tidak dijumpai apabila dia datang ke hospital.
“Petang Jumaat tu, (13 Januari), saya cari mama di ICU, tapi tak ada. Pergi cari di bahagian kecemasan pun tak ada. Saya cual sampai cari satu hospital.
“Saya minta bantuan mutawif sebab mak ‘hilang’. Rupa-rupanya mak dah meninggal dunia petang Jumaat.”
“Mama meninggal dunia petang Jumaat. Malam itu saya sudah berangkat ke Jeddah untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada pagi Sabtu.
Nazwan berkata, jenazah ibunya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’ di Madinah pada hari yang sama.
Mengakui dia sangat terkilan kerana tidak sempat menatap wajah ibunya buat kali terakhir, namun dia redha dengan ketentuan ilahi.
“Alhamdullilah, permintaan dan hajat mama sudah tertunai. Sebelum ini, mama nak sangat pergi ke Tanah Suci dan mama dapat menyempurnakan hajatnya.
Menyifatkan ibynya seorang penyayang dan suka bersedekah, Nazwan berkata pada hari-hari terakhir ibunya dimasukkan ke hospitak dan koma, arwah ada bertanya padanya mengenai hari.
“Mama tanya saya hari ini hari apa. Mama siap bilang hari.”
Saya jawab hari ini Rabu dan mama pun senyum. Memang Allah permudahkan urusan mama, dia pergi pada hari Jumaat.”
“Allah sayang mama. Mama menanggung kesakitan selama 5 tahun. allah dah tarik kesakitan mama selama-lamanya.”
Al-Fatihah buat arwah Che Wan Rahimah Che Wan Malim.
Selepas berkongsi momen indah keluarga bila mana anak perempuannya telah ‘melangkah ke alam dewasa’ beberapa hari lalu, terbaru penampilan Dzakira Talita Zahra, anak Shuib dipuji ramai.
Mana tidaknya, Talita yang hadir berhijab pada majlis berbuka puasa bersama keluarga dilihat cukup cantik dan ayu.
Terharu dengan penampilan anaknya itu, Shuib meluahkan rasa bangga dan terharu.
“Talita, daddy bangga la tengok awak. Cantiknya,” luah Shuib terharu.
Shuib berkongsi momen bermakna bagi dirinya itu menerusi Insta Storynya.
Menerusi perkongsian video berkenaan, Shuib berbuka puasa bersama keluarga sebelum memperlihatkan Talita yang tampil memakai jubah berwarna merah hati yang dipadankan dengan tudung rona kelabu. Cantik sekali.
Malah penampilan anak kecil itu dipuji wargamaya yang rata-rata berbangga dan memuji penampilan terbaru Talita yang ayu dan cantik.
Terdahulu, Dzakira Talita Zahra merupakan anak kedua Shuib bersama allahyarhamah Siti Sarah. Shuib dan arwah turut dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.
Mungkin bila kita sebut tentang penggunaan minyak kunyit, ianya bukanlah begitu popular seperti mana penggunaan minyak bawang putih atau sebagainya dalam membantu melegakan permasalahan kegatalan kulit.
Namun, perkongsian pengalaman Ilya ketika waktu kecil dahulu,di mana ibunya sering menyapu minyak kunyit ini bagi melegakan masalah kegatalan kulit yang dialami, nyata begitu serasi dengannya.
Dan untuk itu, ingin dikongsikan bagaimana cara Ilya menyediakan bahan untuk hasilkan minyak kunyit agar lebih ramai dapat manfaatkan khasiatnya.
Ini perkongsiannya:
Minyak kunyit! Untuk kulit yang bermasalah
Sedikit tips untuk orang yang ada sakit kulit.
Resepi ni dari mak. Zaman mak kecik-kecik dulu, mak guna minyak ni sapu pada kulit yang bermasalah.
Saya ada eczema, sejak dari sekolah lagi. Dulu teruk, sekarang dah okay, cuma tak sembuh sepenuhnya.
Saya alah pada bahan kimia dalam kosmetik, bahan dalam sabun, pencuci. Sebab tu salah satu saya tak berani nak cuba-cuba produk kecantikan. Takut sejarah berulang masa alah teruk zaman sekolah.
Sekarang saya baru nak cuba cara mak rawat penyakit kulit.
Bahan-bahanya:
Kunyit
Santan
Garam bukit
Cara-caranya:
Step 1 : Tumbuk kunyit sampai lumat
Step 2 : Campurkan dengan santan
Step 3 : Kacau dan masak lagi sampai pecah minyak. Masa ni masuk garam bukit.