
Bercerita tentang pendaftaran online untuk sesi persekolahan 2020/21 yang telah dibuka kini mungkin ramai ibu ayah yang sedia maklum.
Namun tidak kurang juga mungkin ada yang terlepas pandang. Untuk itu, ayuh segerakan kerana sistem ini akan terus dibuka sehingga penghujung Mei ini.
Oleh itu, di sini turut dikongsikan juga info dan pemahaman dalam mengisi maklumat kesihatan anak-anak. Jom semak perkongsian ini.
Salam..sedikit perkongsian bagi ibubapa yang mengalami masalah semasa mendaftar maklumat kesihatan anak untuk pendaftaran murid tahun 1.
DTap/DT (kotak kuning) = difteria, pertussis dan tetanus
Hib (kotak pink) = h.influenza
IPV (kotak biru) = polio
MMR (kotak oren) = gabungan vaksin utk measles, mumps dan rubella
Jadi untuk ruangan Difteria,petusis,tetanus,hib dan IPV adalah sama tarikh untuk masing-masing dos.
Untuk ruangan measles, mumps dan rubella adalah tarikh yang sama (iaitu MMR kotak oren)
Sumber : Kedai Anak Kecik Preloved
Jangan Jadi Toksik Dalam Keluarga. Semak Adakah Kita Salah Seorang Darinya

Adakah kita tergolong dalam orang yang toksik? Sedar tak, dalam ramai-ramai ahli keluarga kita mesti ada paling kurang sorang, yang dia akan selalu bertentangan pendapat dari yang lain.
Orang ini juga akan cuba mempengaruhi orang sekelilingnya untuk bersetuju dengan pendapatnya.
Sedar atau tidak, sifat seperti ini akan memecah belahkan keluarga dan membuatkan hubungan renggang.
Sebaliknya, apa sahaja yang berlaku di dalam keluarga haruslah mencapai kata sepakat Bersama.
Ciri-ciri orang yang toksik dalam keluarga adalah :
- Memperlekehkan usaha atau apa yang yang dilakukan oleh ahli keluarga yang lain
- Suka Masuk Campur Dalam Urusan Yang Lain
- Komen Yang Diberikan sangat Sarkastik
- Mahu Segala Kemahuan Dituruti
- Pendapat Dirinya Sahaja Yang Betul
- Tidak Mahu Mengalah
- Pentingkan Diri Sendiri Tanpa Menghiraukan Ahli Keluarga Yang Lain
- Semua Yang Dilakukan Dalam Rumah Dianggap Pertandingan
- Gemar melihat orang lain dalam kesusahan
- Menyebarkan Kelemahan Adik Beradik Yang Lain
- Apa Sahaja Milik Keluarga Adalah Haknya
- Suka Berbohong Dan Merasa dirinya Betul
- Cemburu Dan Iri Hati Dengan ahli Keluarga Yang Lain
- Suka Manipulatif Cerita
- Menghukum Tanpa Alasan
Jika kita tergolong dalam ciri-ciri ini, ambil langkah untuk mengubahnya.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika, Ini Cara Paling Pantas Anda Kena Cuba!

Kesan hangus pada bahagian belakang seterika buat pandangan jadi kurang menyenangkan. Adakalanya kesan hangus ini turut memberi kesan kepada baju yang digosok terutama pada baju putih.
Jangan bimbang atau jangan sekali-kali terus membeli seterika baru hanya disebabkan ini. Ada baiknya anda mencuba tiga petua mudah ini bagi menyelamatkan seterika anda.
Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.
Cara 1
Losyen
Caranya:
1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.
Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar
Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.
Cara 3
Daun pisang
Caranya:
1. Ambil sehelai daun pisang muda.
2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.
Selamat mencuba!
“Cepat Rawat Atau Jantung Akan Berhenti..” Dr Ni Kongsi Kisah Pesakit Terkena Serangan Jantung, Sila Take Note!

Serangan jantung boleh berlaku pada bila bila masa sahaja kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang berisiko tinggi. Berkongsi tentang serangan jantung ini, Dr Erna Nadia berkongsi pengalamannya berdepan dengan situasi cemas pesakit yang terlibat kemalangan akibat terkena serangan jantung.
Diharapkan perkongsian ini akan dapat memberi lebih cakna untuk kita semua menjaga kesihatan jantung untuk seisi keluarga dan sekiranya ada tanda-tanda awal seperti yang dinyatakan, perlulah segera mendapat rawatan doktor.
Ikuti perkongsian kisahnya di sini.
‘Doktor, jom cepat ada orang kemalangan depan pintu hospital!’ Berlari laju lah saya seperti biasa.
Masa adalah nyawa.
Sampai di tempat kejadian, seorang lelaki dalam keadaan tidak selesa, bukan sebab keretanya terbabas ke tepi longkang tapi tangan kanannya menekan dada kirinya. Berkerut dahinya, berpeluh muka dan badannya.
‘Shot! MI ni! Cepat keluarkan dia dan terus ke ED!’ (MI tu myocardial infarction aka heart attack)
Nasiblah betul betul sebelah pintu ED.
Sampai katil, ecg memang sah sahlah MI.
Maka, bermulalah segala proses rawatan untuk pesakit yang kena serangan jantung sebelum beliau dihantar ke hospital yang mempunyai pakar jantung dan fasiliti berkaitan.
Tak boleh terlambat kalau lambat nanti proses baikpulih akan lambat dan meninggikan risiko kematian juga. Kena cuba sehabis baik untuk selamatkan pesakit. Masa tu takde masa dah nak jadi comel atau apa.
Serangan jantung boleh berlaku pada bila bila masa sahaja kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang berisiko tinggi.
Sangat sakit kerana darah tak sampai pada salah satu salur darah besar di dalam jantung menyebabkan bahagian jantung itu tidak mendapat bekalan darah. Sebab tu kena cepat rawat atau jantung akan terus berhenti berdenyut.
Faktor risikonya adalah :
- Mempunyai sejarah keluarga yang ada sakit jantung/ mati disebabkan masalah jantung.
- Obesiti
- Mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi.
- Merokok
- Tidak aktif
- Lelaki lebih berisiko berbanding perempuan.
- Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK459157/
Jika anda mempunyai salah satu faktor risiko ini, bolehlah membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Monitor your health condition annually.
Jangan kata umur 40 baru nak mula periksa sebab sekarang ini ramai yang usia masih muda juga sudah ada pelbagai penyakit.
Tanda tanda serangan jantung adalah :
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Meloya/ muntah
- Berpeluh peluh
- Rasa melayang/ berpusing
- Sakit di bahagian bahu/tangan
Jika ada simptom ini, dan rasa tidak selesa, jangan tunggu, terus ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan.
Ubahlah gaya hidup kita mulai saat ini ya.
Untuk menjadi lebih sihat. Bagi kebaikan kita juga.
Makan dan minum yang sihat dan ikut masa.
Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.
Elakkan/manage stress dengan baik.
Berhenti merokok.
Banyakkan bersenam.
Nasihat yang sangat cliche but believe me ianya amat berguna.
Nota kaki : nasib baik tiada sebarang trauma/ patah anggota badan atau tidak melanggar kenderaan lain/orang lain semasa berlaku insiden tersebut.
Sumber : Dr. Erna Nadia
Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club