‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Peribahasa ini memberi maksud perangai atau sifat seorang anak yang persis dengan ibu bapanya. Cuba anda bayangkan, jika adab anak anda sangat baik di hadapan individu lain. Sudah pasti anda yang dapat pujian, bukan?
Pun begitu, bagaimana pula jika anak anda adalah seorang yang nakal dan tidak mempunyai adab yang sopan? Individu lain pasti akan melabel anda sebagai ibu bapa yang gagal.
Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mengajar anak anda agar membesar menjadi seorang individu yang beradab, bersopan dan berguna dewasa kelak.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
Buat ibu bapa, sila tanamkan dan terapkan adab dengan ibu bapa dan individu lain ini dalam diri anak anda supaya dia membesar menjadi seorang yang beradab dan disenangi oleh individu di sekeliling mereka.
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Ads
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Ads
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Ads
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Ajarkan adab seorang anak ini sejak kecil lagi!
adab mendidik anak
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
Allahuakbar, terkejut dengan berita duka kala umat Islam bakal menyambut Syawal tidak lama lagi, apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal terkena renjatan elektrik akibat memegang telefon ketika sedang di caj dalam keadaan keadaan basah. Apakan daya sudah takdirnya tertulis begitu.
Berita duka tersebut dikongsi oleh saudara arwah, Cikna Nana menerusi laman facebooknya lewat malam semalam.
Peringatan buat semua ibu bapa yang ada anak kecil. Saya dikejutkan dengan berita pemergian anak sepupu pada 2 Jun 2019, sedangkan di waktu semua orang tengah sibuk dengan persiapan hari raya yang bakal tiba 2 hingga 3 hari lagi.
ARWAH BARU SELESAI MANDI
Arwah sangat gemar bermain telefon. Pada zaman ini, boleh dikatakan 90 peratus kanak-kanak, tiada yang tak pandai main telefon. Arwah baru saja selesai dimandikan oleh bapanya. Selepas keluar dari tandas, bapa kata,”Tunggu sekejap, nanti papa siapkan”
Si bapa masuk ke tandas untuk mengambil kain tuala dan selang beberapa minit, terdengar bunyi benda terjatuh. Apabila si bapa membuka pintu, dilihatnya si anak sudah kaku dan badannya kebiruan. Terus si bapa mencapai kain dan menarik anaknya.
TUBUH BASAH TERUS PEGANG TELEFON SEDANG CAS
Tetapi apakan daya, Tuhan sudah mengatur segala-galanya. Sudah takdir ajal maut tertulis. Si anak dengan tubuh basah terus pegang telefon yang sedang dicas. Kita tak tahu, kita tak nampak bahaya ada di sekeliling kita.
TERKENA RENJATAN ELEKTRIK
Arwah meninggal sebab terkena renjatan elektrik pada telefon bimbit. Al-fatihah buat Nur Fadila berusia empat tahun. Damailah di sana wahai anak syurga.
Awasi anak agar tidak berlaku perkara yang tidak dingini- Gambar hiasan
Meruntun jiwa dengan perkahabaran duka ini di kala kita bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Takziah kepada keluarga arwah. Moga ibu bapa diluar sana jadikan iktibar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki anak kecil dan menguruskannya sendiri tiada pembantu adakalnya menbuatkan si ibu tak menang tangan. Lebih-lebih lagi jika suami tiada di rumah. Kadang-kadang nak mandi atau ke bilik air pun susah.
Namun, bagi pelakon Eyra Hazali. kehadiran si kecil tidak membataskan dia untuk melakukan kerja-kerja rumah. Lebih- lebih lagi untuk menunaikan solat bila tiba waktunya.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, Eyra memuat naik satu video pendek menunjukkan dia sedang solat sambil memegang anak sulungnya iaitu Muhammad Hayder Qhalish.
Solat itu wajib,tak kira dalam keadaan apa pun,pasti ada cara yang memudahkan. Islam itu mudah. Before this tak tahu,if Hayder cranky,dia nangis teruk memang biar je nangis. Sampai eyra terfikir,takkan takda cara ?
Menurut Eyra, sebelum ini dia buntu untuk mencari penyelesaian ketika anaknya itu menangis sewaktu dirinya sedang solat.
Namun kini Eyra sudah menjumpai penyelesaian tersebut dan mengambil keputusan untuk mengendong Hyder bersama-sama sewaktu sedang solat.
Susah juga macam ni sebab kita susah hati dia nangis kuat. Hayder sekarang memang cranky teruk,nak dukung saja. Alhamdulillah,eyra jumpa cara and sangat2 mudah. Dukung,if dia still nangis,tenangkan saja,tak batal pun,janji kusyuk and aurat terjaga.
Tengok la Hayder,time dukung elok,bila letak mengada2 nk juga guling . Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Eyra telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim iaitu Muhammad Haziq Nadzli pada tahun 2019 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Muhammad Hayder Qhalish.
Anak tidak mahu mendengar kata pastinya menjadi satu kerisauan buat kita sebagai ibu dan bapa. Disogokkan dengan pelbagai anasir tidak sihat di media sosial buat anak-anak makin liar dan mula mengikut rentak sendiri dalam jadual harian mereka.
Ibu ayah makin buntu bila mana berhadapan dengan pelbagai situasi sebegini. Namun ini yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mendidik anak-anak di zaman ini.
Memulakan dengan kata-kata yang baik adalah kunci kepada segala kebaikan. Ikuti segala perkongsian olehnya.
Anak-anak yang mendengar kata ibu dan ayah pastinya menjadi satu kebanggaan. Tiada yang lebih membahagiakan buat hati ayah dan ibu melainkan memperoleh anak yang mendengar kata, rajin tolong ayah ibu, rajin pergi sekalah, tak tinggal solat dan sebagainya.
Semua ini antara ciri-ciri anak yang sentiasa menjadi kebanggaan. Namun tidak semua anak membesar dengan baik dan menuruti segala kata-kata ibu ayah. Ini yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian. Ingatlah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa!
Keluarkan Kata-Kata Baik
Sentiasa mengeluarkan perkataan yang positif buat anak-anak kita seperti anak bertuah, anak bijak, anak mama sayang, anak ayah sayang dan sebagainya. Elakkan sama sekali perkataan negatif buat anak kita ketika kita sedang marah. Takut dan dibimbangi kata-kata yang kita gunakan ini mustajab kerana ianya satu doa!
Tegur Dengan Baik
Tegurlah anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Anak-anak adalah ujian dari Allah, buat ibu dan ayah bagi menilai kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Jadi tegurlah mereka dengan baik, penuh berhemah dan kasih sayang. Gunakan perkataan yang paling baik dan nada lembut dalam menegur mereka.
Sentiasa Gunakan Nama Allah
Sentiasalah gunakan nama Allah dan Rasulullah. Sebagai contoh, “Anak ibu sayang Allah dan Nabi tak?” Kalau sayang Allah jangan tinggalkan solat dan jangan lawan cakap mak ayah sebab kita semua nak masuk syurga dan dapat syafaat daripada Allah SWT. Sentiasalah gunakan nama Allah dalam seharian bagi mendidik sifat mulia anak.
Banyakkan Berdoa
Kunci kepada segala kebaikan adalah berdoa kepada Allah SWT. Ibu dan ayah janganlah putus doa pada anak. Sentiasalah berdoa kepada mereka untuk terus menjadi anak yang baik, patuh pada ibu ayah dan menjadi anak yang terpuji.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.