Nak Elak Nasi Cepat Basi, Kena Praktik 7 Langkah Ni. Boleh Tahan Sampai Esok!
Nasi adalah makanan ruji masyarakat kita. Ada yang tidak boleh andai seharian tidak mengambilnya. Namun, adakalanya nasi yang dimasak tidak bertahan lama dan basi.
Sakit hati jika nasi yang kita masak hari ni, esok paginya belum sempat masakkan nasi goreng, nasi sudah pun basi. Geram juga. Mungkin salah ketika mencuci atau beras yang tak berkualiti. Semua ini selalu jadi andaian kita.
Mungkin kah cara atau teknik memasak anda penyebab nasi mudah basi? Apakah petua masak nasi dengan betul untuk mengelakkan daripada cepat basi?
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
Ads
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Ads
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Ads
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Meraikan 1 Ramadan, semestinya kita ingin menyediakan menu istimewa untuk bersahur mahu pun untuk berbuka agar berselera dimakan bersama keluarga.
Jadi tidak salah kiranya kita sediakan menu rendang power ni yang dikongsikan oleh Puan Zaimah.
Menu yang disediakan nampak begitu menyelerakan dan ini dikongsikan resipi untuk menyediakannya.
Rendang Daging Power
Bahan
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2 sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*
-sangai bahan-bahan bertanda* sampai cili kering jadi rapuh.. api slow je
-kisar kering sampai halus(ketepikan)
1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bawang merah kecik*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 batang serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lagi lebihkan
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus)
-kisar bahan-bahan bertanda *
-tumis bahan-bahan kisar sampai garing@pecah minyak
-masukkan rempah yang dikisar halus tadi..kacau sebati
-masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
-bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan masak sampai pekat
-masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
-rasakan dengan garam.. saya tak suka rendang yang manis, kalau suka manis nak letak gula pun boleh
-saya buat banyak rendang ni.. boleh frozen kan.. in case ada tetamu datang mengejut boleh pergi cari lemang, panaskan je rendang ni, senang kan?
*rendang saya tak ada lengkuas.. kalau nak tambah boleh jer, selera masing-masing.
Siapa yang suka Nasi Ambeng pasti tahu di dalamnya ada terisi mi goreng yang dimakan bersama-sama nasi dan lauk.
Rupanya mi goreng ini ada nama khas yang dipanggil Mi Goreng Merico. Puan Azlina Ina Fans berkongsi cara membuat mi goreng yang cukup mudah tapi sedap. Menggamit nostalgia air tangan arwah ibunya.Asalamualaikum anak2 mak..Dulu masa kat kg kalau hujan kalau xde apa2 kat rumah arwah mak suke goreng kan arwah abah mee simple gini.
Kalau org jawa kite panggil mee merico dan kalau kenduri ade nasi ambeng je mee ni famous kat kampung mak tau.Sedap die makan kosong pn sedap sgt.Jom mak ajar mee goreng stail org jawa.
Mee Goreng Merico(lada hitam)
Bahan-bahan
Bawang besar 1 labu sederhana besar
Cili besar 3 tengkai hiris serong
5 tangkai cili padi hiris juga
3 ulas bawang putih hiris juga
3 sb lada hitam tumbuk kasar( tp mak xde stok jd guna yg dah sedia serbuk😂kureng la rasa kaw die
Bahan-bahan lain tambahan je kalau tak ada pun tak apa. Dulu arwah mak letak udang kering je
Ayam dada dadu
Fishcake potong dadu
Telur 2 biji
Sawi
Taugeh
Tomato belah
Cara membuat:
Panas kan minyak. Tumis kan bahan-bahan yang dihiris kecuali lada hitam
Dah layu masuk kan ayam dan fishcake. Apabila ayam dan fishcake dah masak ketepikan semua pecah kan telur kacau2 kan.
Masukkan mee yang dah direndam dgn air suam dan lada hitam gaul rata.
Tambahkan 2 sudu besar gula dan kacau rata. Tambah kan 7-8 sb sos cili. Gaul kan
Tambah kan kicap kipas udang dan sedikit air.
Biarkan kejap semua bahan tu serap sebati dgn mee baru tambah garam sket dan perasa.
Last tu tambah kan sayur gaul2 kan dan yeayy siap🥳🥳🥳🥳makan mcm tu pn sedap nak makan dgn nasi pn sedap sebenarnya.
Selamat mencuba anak2 mak eh.kalau sedap cuba bekali kali kalau xkene tekak cuba sekali je la hehe sedap ni ikut tekak korg masing2 eh.Citarasa individu lain2.cuma nostalgia arwah mak buat org dulu2 masak campak2 mmg sedap😋
Ada orang jika diberi pilihan untuk menikmati mee goreng biasa atau mee goreng basah, tentu ada yang lebih menggemari mee goreng basah. Ini memandangkan rasanya lebih enak dek kerana ramuan kuahnya yang pekat membasahi mee, begitu juga adanya udang, telur dan ramuan lainnya yang disatukan sempurna. Begitu menyelerakan!
Jadi buat anda yang tercari-cari resipi yang paling sedap, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Suhasnida Ismail ini yang menurutnya resepi mee goreng basah tersebut dipelajari daripada mak mertua dan birasnya yang memang niaga sebelum ni.
Jadi selamat mencuba.
tips nak mee goreng sedap
Guna sos sos mencukupi,jangan kedekut bahan
kalau nak ada kelainan,guna air rebusan daging dan hirisan daging.memang sedap giler
bawang putih kena banyak,tumbuk kasar kasar
masukkan sedikit cuka makan bila goreng mee.lagi membangkitkan rasa
Gempar satu negara dengan kehilangan bayi kembar berusia 9 bulan di Hospital Kuala Lipis, Pahang.Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap...