Mungkin kah cara atau teknik memasak anda penyebab nasi mudah basi? Apakah petua masak nasi dengan betul untuk mengelakkan daripada cepat basi?
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Ads
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Ads
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
Ads
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila anak-anak bakal menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM, STPM dan sebagainya, kita sebagai ibu bapa turut terherat rasa gusar dan bimbang. Apatah lagi persaan anak-anak yang akan diuji kefahaman ilmu yang telah dipelajari selama ini. Pastinya ada yang merasa tidak tenang dan bimbang menanti hari peperiksaan tersebut.
Jika ingin dihitung, peperiksaan UPSR adalah yang paling hampir bakal diduduki oleh anak-anak kita dengan berbaki seminggu sahaja lagi. Tentunya persiapan mental dan fizikal berdepan dengan peperiksaan besar telah dipersiapkan sejak di awal tahun lagi. Kita sebagai ibu bapa juga yakin, pelbagai usaha telah dilakukan oleh anak-anak kita untuk berjaya dalam peperiksaan tersebut.
Pun begitu, usaha tidak boleh terhenti di situ sahaja malah menurut perkongsian PU Salman masih ada lagi amalan-amalan tertentu yang boleh dilakukan sehinggalah sebelum masuk dewan peperiksaan.
Nak tahu apakah amalan tersebut, jom semak.
AMALAN SEBELUM MASUK PERIKSA
Utk pastikan apa yg kita hafal itu kita tidak lupa ini amalan yg diajar oleh guru saya(buat sebelum pergi dewan periksa):
1. Ambil wuduk sempurna.
2. Mengadap kiblat.
3. Ambik secawan air kosong sebaiknya air zamzam.
4. Baca surah al-A’la الأعلى.
5. Bila sampai ayat keenam baca 7 kali sambil masukkan jari telunjuk kanan dan pusing lawan arah jam 7 kali.
6. Abiskan bacaan surah tersebut.
Orang yang kreatif biasanya akan memikirkan sesuatu yang out of the box. Ada sahaja benda atau perkara baharu ingin diilhamkan walaupun dengan menggunakan barangan atau bahan-bahan yang di mata orang lain nampak sudah rosak dan tidak boleh digunakan.
Kelebihan mencipta sesuatu yang baru ini jugalah membuatkan Norpadilah Afandi tidak pernah mensia-siakan bakatnya dalam mengilhamkan perabot dan dekorasi untuk ruangan kediamannya.
Jika diteliti memang unik dan tersendiri.
Terkini melalui perkongsian di facebooknya, Norpadilah berkongsi satu lagi hasil rekaan perabot yang dibuat daripada kerusi makan yang telah rosak dan digabungkan dengan kepala katil lama untuk dijadikan Rustic Bench yang cukup memukau.
Jadi jika dirumah anda ada perabot yang telah rosak bolehlah diberi inovai baru seperti ini.
Di sini turut dikongsikan langkah demi langkah untuk menghasilkan Rustic Bench untuk panduan bersama.
Diy Rustic Bench
Guna pakai kerusi lama yang condition dah mula goyang-goyang tak berapa nak kukuh.. Combined dengan kepala katil lama yang dah mula disinggah anai-anai.
Cara Membuatnya:
1.Kerusi meja makan ni dah mula goyang dijongkang jongket kat anak-anak bertuah. Lama dah letak tepi dulu buat tukun. Baru ni la nak berusik. Papan kita guna 4 keping.
2.Susun kerusi mengadap sweet macam ni. Susun je 3 keping papan ikut saiz yang anda rasa sesuai. Lepas tu attach skru je.
3.Susun je 3 keping papan ikut saiz yang anda rasa sesuai. Lepas tu attach skru je.
4.Kepala katil ini lama dah encik suami bawa balik. Ada bahagian yang memang dah lapuk disebabkan anai-anai. Bahagian yang rosak tu potong, ambik yang masih elok sahaja.
5.Kemudian drill lubang dulu dekat kerusi biar senang apply skru.
6.Manakala kepala katil, potong ikut curve kerusi agar nampak blend macam sejodoh gitu
7. Last sekali attach papan sekeping dekat depan. Kemudian skru dan dicat.
Lebih sebulan dirawat di Hospital Kuala Lumpur, pelakon Aripah Damanhuri, 73 meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada seluruh organ.
Berita duka tersebut disahkan oleh anak bongsu kepada pelakon itu iaitu Fais Nurpais Ismail ketika dihubungi mStar.
Menurut Fais, jenazah ibunya masih berada di hospital dan akan dibawa ke surau Al Tarbiyah Taman Melewar kemudian disemadikan di anah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda.
“Ya, mak baru saja meninggal pada pukul 8.15, tadi di wad 23, HKL. Jenazah masih berada di wad dan Insya-Allah urusan mandi dan kafan akan dilakukan di HKL melalui foresik.
“Kemudian akan bawa jenazah pergi ke surau Tarbiyah Taman Melewar untuk urusan solat. Insya-Allah jenazah akan dikebumikan di Raudhatul Sakinah , dekat area Batu Muda.
“Cumanya pukul berapa sampai sana, saya akan maklumkan kemudian… Insya-Allah.
“Pohon sedekahkan doa kepada mak ya. Kalau mak ada apa-apa hutang yang belum langsai, hubungilah saya, Insya-Allah,” ujar Fais lagi.
Pada 23 April lalu, Aripah Damanhuri, 73, dimasukkan ke HKL kerana paras oksigen menurun dan terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Anaknya, Fais Nurpais memaklumkan Aripah diberikan bantuan pernafasan selain semua jenis ubat penguat jantung sudah dihentikan.
Malah, organ-organ pelakon itu juga semakin sembuh daripada jangkitan kuman.
Adik kepada Allahyarham Aripah iaitu pelakon Normah Damanhuri berkata kakaknya ketika itu menunjukkan perkembangan positif.
Biarpun belum sedar sepenuhnya, namun kakaknya itu memberi respons setiap kali dipanggil.
Allahyarham mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1980 an dan kekal aktif dalam televisyen dan filem.
Antara filem lakonannya iaitu Senario XX (2005) dan 8 Jam (2012) manakala drama berjudul Airmata Maria, Gerak Khas musim 11 dan Antara Maghrib dan Isyak.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...