Nak Elak Cuci Kain Buruk, Beli Tisu Dapur Online, Baca Tak Habis Cikgu Ini Dah Terkena!

Share

Kain buruk adalah antara kain yang digunakan untuk membersihkan ruang dapur apabila selesai memasak.

Cara nak bersih kain buruk ini agak sukar maklumlah banyak minyak dan kotoran yang melekat pada kain itu. Kemudian perlu di sidai pada pagar. Rutin biasa dilakukan oleh kita semua.

Kini, banyak ‘kain buruk’ modern di pasaran yang dikenali sebagai tisu dapur. Yang menariknya, tisu dapur ini boleh digunakan semula. Jadi tidak mustahil ramai yang berminat membelinya.

Namun kejadian lucu yang terjadi kepada seorang guru, Mohd Fadli Salleh akibat tidak membaca lanjut mengenai tisu dapur yang ingin dibelinya, dia telah salah sangka mengenai barang berkenaan.

“Terkena aku hari ni dengan Shopee.”

“Terus aku order 3 roll. Senang. Mesti wife seronok sampai benda ni 3 roll.”

Terkena aku hari ni dengan Shopee. 

Kisahnya melintas iklan High Quality Kitchen Towels 8 Layers Cotton Dishcloth Super Absorbent. Tu dia, nama produk panjang namatey.

Beribu orang beli dan review cantik. Aku memang sebelum beli apa-apa akan baca review dulu. Tengok harga, murahnyaaaa. RM3.28 sahaja satu roll.

 

Terus aku order 3 roll. Senang. Mesti wife seronok sampai benda ni 3 roll.

Tunggu punya tunggu, akhirnya barangnya sampai tadi. Sekali buka, dapat 3 helai sahaja. Jimbet betul. Aku ingat 3 roll. Sampai wife tanya,

“Apa benda tu bang?”

Konon nak bagi dia seronok. Sekali dia pun tak tahu apa kebenda aku beli. Kahkahkah.

Apa pun, kain ni tebal elok. Betul dia tak mohong ada 8 layers. Cantik macam dalam gambar la barangnya.

Cumaaaaa. Dalam gambar tunjuk roll, yang dapat sehelai-sehelai. Cis, terkono den niari.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club