Tentu sahaja doa dan pengharapan setiap antara kita berbeza-beza. Namun apa yang pasti, setiap apa yang kita hajatkan diharapkan tercapai dan dimakbulkan.
Cara bagaimana agar doa yang dipohon segera dikabulkan, bolehlah anda ketahui 3 tips yang dikongsikan ini.
3 Tips Doa Terkabul
Di dalam al-Quran surah al-Anbiyā’ ada menceritakan beberapa doa para nabi yang dikabulkan oleh Allah SWT.
Berikut merupakan doa-doa para nabi yang dikabulkan di dalam surah al-Anbiyā’:
“Dan (ingatlah kisah) Nabi Ayyub, ketika dia berdoa kepada Tuhan-nya, “(Ya Tuhan-ku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik). (Al-Anbiya: 83-84).
“Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan menyulitkannya, (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami). (Al-Anbiya: 87-88).
“Dan (ingatlah kisah) Nabi Zakariyya, ketika dia berdoa kepada Tuhan-nya, “Ya Tuhan-ku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya…. (Al-Anbiya: 89-90).
Setelah menyebutkan doa-doa para nabi yang dikabulkan, Allah menceritakan rahsia dikabulkannya doa mereka. Allah SWT berfirman:
(Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. (Al-Anbiya: 89-90)
Daripada ayat al-Quran di atas, terdapat 3 rahsia agar doa dikabulkan, iaitu:
1. Bersegera dalam mengerjakan kebaikan.
2. Berdoa dengan penuh harap dan gerun takut.
3. Khusyu’ ketika menghadap Allah SWT.
Inginkan doa-doa yang kita dikabulkan oleh Allah, mari kita lakukan 3 tips dari ayat al-Qur’an ini.
Mencari penawar untuk melegakan batuk dan hidung tersumbat yang dialami kadang kalanya boleh mendatangkan kebingungan. Apatah lagi, setelah banyak kali mencuba pelbagai jenis ubat, namun batuk masih tidak reda-reda.
Ini sama keadaannya terjadi kepada Masni Mohd hinggalah akhirnya dia mengamalkan satu petua sebagai ikhtiar untuk merawat penyakit batuk dan hidung tersumbat yang dialaminya.
Jadi buat anda yang mengalami masalah yang sama, bolehlah amalkan petua yang dikongsikan olehnya di salah satu group facebook untuk manfaat bersama.
Ini perkongsiannya.
Kalau kita tak ikhtiar memang tak kan sembuh. Lama dah hidung tersumbat, batuk-batuk. Macam-macam ubat dah telan. Masih tak mampu membantu. Kita cuba yang tiga benda ni,alhamdulillah,syukur. Memang padu keputusannya. Terima kasih ya Allah.
Bahan-bahan:
Cengkih
Lemon
Madu
Cara buat :
1. Lemon di potong sesuka hati nak berapa keping pun boleh
2. Ambil 6 biji cengkih dicuci
3. Kemudian masukkan 2 sudu makan madu
4. Letak kesemuanya dalam cawan dan kemudian tuang dengan air panas. Tunggu suam-suam kuku, baru minum.
Ekstra tips : Elak kan minum dengan ais batu.
Meninjau di ruangan komen, ada yang telah cuba mengamalkan petua ini dan salah seorang daripadanya adalah Dira Salleh, ujarnya “Saye dah amal minum . Untuk 3 hari ni . Alhamdulillah, deria rasa ada balik”
Manakala Norfalisa Norman turut mengamalkan petua yang sama, “Saya pun buat mcm ni… cuma buat siap2 nk minum ambik je…”, ujarnya sambil turut berkongsi gambar.
Begitu juga Dae Sakura meninggalkan komen, ujarnya minuman seisi keluarganya. Bahkan anaknya yang berusia 5 tahun juga amat menggemari minum air teh lemon letak cengkih.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Anak adalah cahayamata yang menjadi penyeri sebuah rumahtangga. Kehadiran zuriat ini menjadi pelengkap buat kebahagiaan keluarga. Sehubungan itu, anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang termasuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.
Namun naluri ibu begitu kuat berbanding ayah yang sentiasa inginkan yang terbaik buat anak. Ada ibu sanggup bersengka mata menemani anak belajar. Jadi tidak mustahil, jolokan ‘harimau jadian’ atau ‘naga’ atau ‘hulk’ sering ditujukan kepada ibu-ibu ketika mengajar anak.
Lebih-lebih lagi ketika ini anak-anak mengikuti pembelajaran secara PdPR akibat pandemik. Memang cabaran buat ibu menguruskan anak, lebih lagi mempunyai anak yang ramai. Situasi ini juga sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kepada para ibu. Biarpun anak masih di prasekolah cabaran mendidik anak tetap sama. Apapun usaha yang dilakukan ia sedikit sebanyak untuk kebaikan anak-anak dalam pembelajaran.
Begitulah situasi yang dilalui seorang ibu ini yang telah meluah rasa hati menerusi perkongsian facebooknya.
Bukan untuk menyalah sesiapa, ia sekadar kongsi cerita tentang cabaran mendidik anak kala pandemik ini.
Namun, wanita ini tidak keseorangan dibiarkan tidak keruan, warganet memberi komen memberi kata-kata motivasi dan nasihat.
Semoga kita muhasabah diri dalam mendidik anak-anak. Bukan mudah untuk menjadi ibu yang sempurna buat anak-anak. Semoga jadi iktibar.
Ummi rasa mental sangat. Ini baru ummi yang rasa. Tak tau la anak 5 tahun macam mana. Hari-hari kena marah dengan ummi suruh siapkn.
Suruh buat cantik-cantik. Tak boleh tak siap. Tak boleh tak cantik, Bila dia buat kerja cantik cikgu bagi bagi bintang dia suka sangat.
Berseri-seri muka dia. Next day push buat cantik-cantik smpai nangis-nangis. Sampai tengah malam atas tilam baru siap. Ummi memang jenis tak boleh simpan..tak puas hati memang kena luah.. tak tau la parents lain.. kadang-kadang ummi rasa nk berentikan je.
Bila difikir-fikir, tiada salahnya bila en suami ringankan tangan untuk membantu isteri melakukan kerja-kerja di rumah. Bukankah bila setiap tugas dibuat bersama-sama, kerja akan lebih ringan dan secara tidak langsung kerja cepat siap?
Selain aspek masa dan tenaga, ada satu perkara penting yang mungkin ada yang terlepas pandang tentang bila suami isteri ini pandai membahagi tugasan. Nak tahu apakah itu, jom semak perkongsian Puan Ashikin Hashim ini.
Suami Tak Tolong?
Saya pernah diajar oleh seseorang untuk sama-sama beri tanggungjawab rumah dan anak kepada suami. Jangan buat sorang-sorang. Jangan tanggung sorang-sorang.
Walau benda sekecil buang sampah. Suami duduk depan TV. Kita beri dia tanggungjawab untuk buang sampah itu. Bukan jeles dia duduk depan TV tapi kita tak mahu kedekut seorang diri buat kerja rumah.
Percayalah. Tak semua lelaki tahu nak buat kerja rumah tanpa disuruh. Mereka adalah lelaki yang kita mesti terus terang. Tak boleh nak cakap alas-alas atau hint-hint sahaja.
Ramai suami yang kalis muka merajuk isteri. Selagi tak cakap minta tolong, dia tak akan faham muka cuka isteri dia tu sebenarnya nak suruh suami dia tolong buang sampah.
Ramai suami yang telinga kalis bunyi. Walaupun isteri hentak-hentak kaki ke hempas barang ke, dia tak akan faham yang isteri tu suruh basuh berak anak selagi dia tak cakap – abang, boleh tak basuhkan berak anak ni.
Contoh lain. Hal anak-anak.
Walaupun kebanyakan masa kita sebagai ibu yang paling banyak masa dengan anak, tapi tolonglah bagi suami merasa untuk pikul tanggungjawab tersebut. Jika anak beri surat nak pergi lawatan contohnya. Minta anak untuk tanya izin ayah. Walaupun duit mak yang bagi misalnya. Tapi didik anak untuk minta izin dari ayah. Didik anak bahawa ayah adalah ketua keluarga.
Bila kita berbagi tanggungjawab dan tugas, suami akan rasa dia bertanggungjawab atas keluarga dia. Dia tak akan rasa – alah isteri aku boleh hidup tanpa aku, isteri aku pandai semua benda.
Ya, memang isteri tu kalau campak dalam hutan pun boleh hidup, tapi kita nak suami pun rasa macamana urus rumah, macamana nak beli barang dapur, macamana nak urus berak anak.
Ramai isteri yang makan hati sebab geram suami tak tolong. Ramai isteri tertekan sebab suami lepas tangan. Janganlah pendam. Jangan pikul sorang-sorang.
Ingat ya. Ini semua bukan sebab hanya takut suami tu tinggalkan kita. Tapi mungkin kita yang akan pergi dulu meninggalkan dia. Siapa yang nak jaga anak-anak kita kalau suami kita tak tahu tanggungjawab dia? Jom kita bantu suami kita.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...